Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Belon

Imej
Assalamualaikum.. =) Bila ada yang sentiasa mengambil berat tentang kita, ingin tahu keadaan dan keberadaan kita, hati tersentuh tak? [ . . . . . ] HEART SPEAKS : Dalam keadaan yang sukar , KADANG-KADANG korbankan rasa hati sendiri adalah jalan yang lebih baik barangkali.. Perkataan lebih enak, mungkin bukan korbankan, tapi biar ia dilepaskan.. [Rule that applies to lots of conditions]

No Words

Imej
HEART SPEAKS : Ouh!! What to say..

Coz You're Hot And You're Cold

Imej
Assalamualaikum.. Sekejap saja dah Khamis.. Esok Jumaat.. Kira dah nak masuk 5 hari aku berada di bumi Kuala Lumpur.. Dan dah masuk 3 hari suara aku hilang tanpa dapat dikesan.. Mana agaknya suara emas ini pergi ya? Minggu depan ada jemputan menyanyi kenduri kahwin, suara emas yang ini kena cari semula sampai dapat.. *eh perasan* Hari ini panas dan sejuk.. Dah lama tak merasa hujan setiap petang, panas terik di pagi hari, mungkin itu penyebab suara hilang.. Terima kasih juga buat insan-insan yang sudi memanaskan dan menyejukkan hari saya pada hari ini.. 1) Kepada Joegrimjow, terima kasih sebab suka entry NAK KURUS INGAT JOEGRIMJOW dan memilihnya sebagai pemenang utama kontes .. Tapi kenapa tak boleh join dah lepas ini? Ekeke.. Anyway, thanx again.. =p 2) Buat Faizah Fuad dan Ramizah.. Terima kasih banyak-banyak sahabat tersayang.. Sebabnya sudi memenuhi kehendak perut saya yang mengidam makan Hot N Rolls.. Crispy Wrap with Ice Cream jadi pilihan.. Makin jauhlah suara hilang.. Pertama ...

Nak Kurus Ingat Joegrimjow

Imej
Assalamualaikum.. Kontes lagi .. Tahun lepas aku dah join Malam Indah Bersama Joegrimjow, tahun ini berhasrat nak join walaupun di saat-saat akhir.. Sekadar memeriahkan dunia blog.. Perlu diingatkan, entry ini adalah lebih panjang daripada entry kontes untuk tahun lepas, It's All About Joegrimjow and The Number 22 .. Selamat membaca.. Sebelum itu, untuk penguasaan pembacaan yang maksima, tontonlah video ini terlebih dahulu.. Ngee.. =) P/S : Kandungan entry ini adalah separuh fakta separuh fiksyen.. Harap maklum.. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Ani mencapai alat kawalan jauh Astro PVR di atas meja, lalu ditekan butang PLAY di atasnya. Rancangan yang dirakamkannya menggunakan Astro PVR setahun yang lalu terpasang di televisyen. Bibirnya menguntum senyum sambil tangannya mencapai sebiji buah epal hijau. Begitulah rutin malamnya, makan malamnya hanyalah buah ataupun salad buatan sendiri. Tak kiralah kita tua ke muda ke, kesihatan diri tetap kena jaga, itu pesan suaminya. Matanya kem...

Tempat Baru Seharusnya Semangat Juga Baru

Imej
Assalamualaikum.. Satu.. Dua.. Tiga.. Tarik nafas hembus perlahan-lahan.. Aku jejak lagi kaki ke sini.. Sungguh tak disangka.. Tapi kali ini bukan untuk seminggu mahupun 10 hari tapi lebih dari itu.. 6 bulan yang akan datang ini, di sinilah aku.. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5 dan selamat sampai di bumi baru ini tepat jam 7.. Tak adalah letih mana pun.. Tapi hati masih lagi di rumah, sampai di tempat baru pun dengan rasa sedih dan berat hati.. Ahh!! 2 minggu cuti adalah tidak mencukupi!! :( Dalam hati ada sedih sebab dah tinggalkan Ipoh yang aku duduk hampir 5 tahun.. Tempat baru ini pun tak berapa selesa, maklumlah dah terbiasa duduk di rumah sewa dan ada bilik sendiri.. Tapi di sini, bilik ini dikongsi bersama 5 orang sahabat lagi.. Tak apalah.. Lihat pada bahagian positifnya, tak adalah sunyi dan keseorangan.. Belajar pun boleh belajar sama-sama.. Ya tak? Kalau diikutkan hati yang tak ada semangat dan malas memanjang, memang boleh hancur musnah binasa.. Terpaksa jua dikuat...

Ku Tak Peduli, Bila Ku Benar-Benar Cinta

Imej
UNTUK LINK DOWNLOAD MP3 BOLEH KLIK DI SINI Assalamualaikum.. Sabtu ini, seharian badan dijamah ketidakenakan, beginilah bila dah mula sakit tekak dan selsema.. Dalam kurang sihat, masih juga tegar menonton Maharaja Lawak melalui YouTube sampai pukul 2, 3 pagi semalam.. Gegeh nak tengok Sepah, Jozan dengan Man sebenarnya.. Minggu ketiga semalam, ternyata Sepah dah berjaya mencuri hati aku!! Sejak dari pagi sampai saat tadi, dah berpuluh-puluh kali aku tengok persembahan Sepah untuk Maharaja Lawak malam semalam.. Tiap dialog dan bait liriknya pun dah melekat dalam kepala otak aku.. Kenapa abang? Kenapa abang? Kau diam Peah!! Haha.. =p Bergelak ketawa itu satu ubat untuk stress kan? Mahu masuk tidur lebih awal, esok perlu pulang ke tempat menuntut ilmu.. Tempat baru, dan aku harap aku dapat menyesuaikan diri di sana selama 6 bulan yang akan datang ini.. Mudah-mudahan.. Ucap selamat tinggal untuk Ipoh.. Sedih pula.. Huhu.. Aku tinggalkan dengan sebuah lagu yang aku tertarik sangat bila Joz...

Isteri Kepada Kapten Azahari

Imej
Assalamualaikum.. Hai hai semua.. Ingat lagi tak entry DIA SEORANG PILOT ? Kapten A yang menjadi sebutan Cik Farhana itu.. Hari-hari dengan Kapten A, tak pernah lekang dari bibir.. Auwww!! Rindu Kapten A sangat-sangatlah.. Meh datang dekat meh.. Nak bagi tahu siapa nama Kapten A yang sebenar.. Ya ya.. Nama beliau Kapten Azahari.. Panggilan manjanya Abang Arie.. Seorang pilot yang terbang ke sana ke mari.. Ke Perth.. Ke Amsterdam.. Setiap kali fly, tak pernah dia lupa bawa ole-ole pulang untuk yang tercinta.. Ada patung koala, ada rantai.. Minta bunga tulip saja tak pernah dapat.. Sampai hati Abang Arie.. Masa mula-mula kenal, memang asyik gaduh.. Tiap kali jumpa, gaduh.. Sampaikan ada gelaran Mamat Tiga Suku untuk Abang Arie.. Sebagai balasannya? Minah Sewel jadi panggilan.. Kejam betul Abang Arie.. Bila dah mula berkawan, gaduh-gaduh tetap ada.. Tapi bukan gaduh cakar-cakar, tapi gaduh manja-manja.. Eh!! Tidak!! Bukan pasangan tapi sebagai kawan yang baik.. Itulah dia....

Faedah Penubuhan Fanpage Dialog-Dialog Filem Kak Limah : Mengeratkan Silaturahim

Imej
Assalamualaikum.. Tajuk dah cukup panjang untuk cerita agaknya.. Sebelum tidur, jom layan golek-golek gelak-gelak dulu.. Tadi adik aku yang ketiga up status di Facebook, punya marah status dia.. Aku dengan adik kedua aku apa lagi, terus pergi LIKE fanpage dialog-dialog filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Bukan apa, senang aku nak komen.. Daripada nak marah, terus adik aku gelak guling-guling tak ingat dunia.. See!! Bukan saja untuk fun dan entertainment, penubuhan fanpage ini juga bagus untuk mengeratkan silaturahim adik beradik, kawan-kawan, suami isteri.. Terima kasih admin.. Ngee.. Okay semua.. Selamat membaca.. Dan selamat malam.. Assalamualaikum.. =) SILA KLIK UNTUK VIEW YANG LEBIH BESARRR!!! P/S : Tapi budak zaman sekarang punya penggunaan perkataan memang pelik-pelik.. Pendekkan sampai aku pun tak faham.. Hoho.. :: Selamat malam balik.. :: Ooppsss!!! Heee.. =p Okay.. Sambung tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham.. =)

Air Itu Water : Boleh Kurus Ke Minum Air?

Imej
Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Rabu dah berlalu, Khamis pula menjelma.. Masa cuti yang ada sekarang, gemar aku gunakan untuk mencoret Cahaya Yang Riang Gembira sepuas hatiku.. Pagi Khamis ini kita cakap pasal air.. Air kosong, air masak, air mati atau apa saja yang anda gelar untuk minuman yang anda minum sehari-harian.. Perjumpaan aku dengan Joegrimjow (Jurutera Badan Anda) beberapa hari yang lalu menimbulkan tanda tanya pada aku.. Pesan Joegrimjow, MINUM AIR BANYAK-BANYAK.. Satu hari 3 Liter sehingga 4 Liter.. Selalunya kita disarankan untuk minum 8 gelas air sehari atau bersamaan dengan 2 Liter.. Tapi sekarang dah jadi sampai 3 Liter ke 4 Liter.. Apa cerita? Kemonlah, kemon.. Cecite cecite.. (Tagline yang semakin popular di Facebook sehingga banyak group-group telah diwujudkan dek kerana tagline-tagline ini semua) Siapa tak tertanya bila disuap dengan fakta sebegini.. Ya tak? Aku pun carilah informasi apa yang patut mengenai perkaitan minum air yang banyak dengan penguranga...

Dia Seorang Pilot

Imej
♥ ♥ ♥ Kapten A.. ♥ ♥ ♥ :: HEART SPEAKS :: Tak sangka, mula-mula selalu gaduh sakan.. Dek asyik bergaduh, Abang A terjatuh cinta dengan gadis yang suka buat lawak kartun.. Kata orang, jangan tak suka, jangan dibenci, nanti jadi orang yang disayang pula.. * Senyum terus *

Eh Awak!! Dah Pernah Tengok The Snow Queen Kan?

Imej
Eh!! Awaklah!! Ya!! Awak!! Dah pernah tengok The Snow Queen kan? Kisah si genius Matematik yang kacak itu.. Hee.. Jadi, entry ini untuk awak.. =) * * * * * Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu untuk semua.. Sekejap betul rasanya masa berlalu.. Hari Rabu tiba sekelip mata saja.. Berapa hari lagi ya berbaki cuti ini.. Ahh!! Agak-agak tak cukup, aku benarkan diri aku membuat cuti tambahan sendirilah gamaknya.. Ekeke.. =p Dilema lagi sebenarnya kali ini, saat ini.. Kehidupan.. Terlalu banyak benda yang perlu kita pilih, kadang kita fikir, kita perlu buat pilihan yang betul ATAU yang pilihan yang baik.. Sukar sebenarnya, tapi kata sahabat, apa yang kita mampu, hanya doakan yang terbaik saja hendaknya, biarlah pilihan itu betul atau salah, baik atau tak baik, yang utamanya, kita mohon biar apa jua pilihannya, pilihan itu akan bawa kebaikan untuk diri kita.. Mudah-mudahan.. =) Balik pada cerita The Snow Queen kita.. Ya!! Ini untuk anda.. Senyum terus.. =) Utamanya adalah lagu di sebaliknya.. Ak...

Setahun Sudah Berlalu : 12 April 2011

Imej
Assalamualaikum.. Terasa seolah seperti semalam aku ungkap kata Selamat Hari Lahir untuknya.. Tanpa aku sedar, dalam saat dan waktu yang mana aku tak menyapanya, tiada mendengar khabar darinya, setahun sudah berlalu.. Setahun satu hari barangkali.. Kali ini aku bukan yang pertama mengucapnya, mungkin dah jadi yang akhir-akhir saja.. Buat sahabat yang dulu aku gelar Azri Sekandar, selamat hari lahir.. Bangga dengan kamu kerana satu tahun dulu kamu pernah mengeluh tentang masa depanmu, kamu pernah bersedih atas apa yang kamu lalui, tapi kini syukur, apa yang kamu impikan, kamu sedang menitinya.. Doaku dari kejauhan, moga satu hari nanti, kamu akan sampai ke destinasi impian kamu.. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.. Berbahagia selalu hendaknya.. =) Andai pernah ada salah dari sahabatmu yang ini, maaf dipohon.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)

Bermula Dengan Hati Seorang Wanita, Berakhir Dengan Cintamu Di Hati..

Imej
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Malam ini gatal nak berjiwang.. Lama gila rasanya tak berjiwang secara serius.. Jom jom!! Kita mulakan dengan HATI SEORANG WANITA.. * * * * * * * * Farhana.. Nothing extraordinary.. But still, she is special.. Just the way she is.. Hatinya tetap HATI SEORANG WANITA.. Jauh di sudut hati wanita ini, ada harap di satu saat nanti, kamu.. Ya!! Kamu!! Akan meLAFAZKAN CINTAMU.. BICARA HATInya, tetap dan akan terus menanti.. Biarlah apa jua melanda, jarak jadi penghalang, masa jadi pemisah, biar datang GERIMIS DI HATI, biar dilambung ombak tsunami.. Yakinlah.. Di sini KASIHKU ABADI.. Mungkin ada saat-saat yang mana kita makin jauh.. Dek dihambat kesibukan yang tak henti datang menjengah.. Saat itu mungkin kau merasa angin meyapa lembut pipimu, hujan memercik lembut di jemarimu, sesungguhnya itulah titipan BISIKAN RINDUku.. Moga aku, moga kamu, tetap terus sabar dan tetap terus SETIA MENANTI.. Dan tak akan terasa walau secalit perasaan yang SEPI TANPA CIN...

Manusia Berubah

Imej
Assalamualaikum.. Salam Ahad untuk semua.. Cuaca yang redup di bumi Melaka, selepas agak lama bumi Melaka ini panas tak berhujan, rasa ingin tidur sepanjang hari.. Aktiviti di saat ini selain lepak bersama keluarga, minum petang, sambil-sambil mendownload sebuah filem cinta dari Thailand.. Selepas pengalaman menonton Crazy Little Thing Called Love a.k.a First Love , aku secara tak sengaja menyimpan minat untuk menonton lagi karya-karya cinta dari Thailand.. Kebetulan ada kawan yang cadangkan aku untuk menonton Bangkok Traffic Love Story , sebuah filem cinta keluaran tahun 2009.. Harapan semoga ianya mendatangkan bunga-bunga cintalah ya dalam hati.. =) Dah hampir seminggu di Melaka, ada lagi seminggu lebih sebelum pulang ke Ipoh.. Misi yang akan aku mulakan, atas dorongan dan bantuan dari mak dan makcikku, adalah misi menurunkan berat badan secara SERIOUS dan BETUL-BETUL juga TAK MAIN-MAIN.. Hoho.. Sasarannya adalah dalam masa 6 bulan, badan mesti dah susut dan kecut juga mantap!! Haha....

Selamat Tinggal Kawanku, Tak Mudah Aku Pergi.. Bila Wajahmu Sentiasa Di Hati Ini..

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Jumaat untuk semua.. Waktu makin beranjak pergi.. Sudah berapa saat dan ketika berlalu, aku pun tak sedar.. Malas aku untuk mengira detik dan waktu lagi, biarlah apa yang datang, biar datang.. Apa yang ingin pergi, lepaskan ia pergi.. Ada yang bilang, sekeras mana kita mencuba, apa yang takkan terjadi tetap takkan terjadi.. Dah berhari-hari rasanya aku putar lagi dan lagi.. Apa yang melekat dalam kepala dalam hati aku, cumalah bait-bait lirik yang berbunyi "Selamat tinggal kawanku.. Tak mudah aku pergi.. Bila wajahmu sentiasa di hati ini.. Mengapa semua jadi begini.." Hidup ada banyak fasa.. Ada lebih dari seribu satu jenis perasaan di setiap fasa yang kita lalui.. Unik dan istimewanya kita sebagai makhluk yang bergelar manusia bukan? Ciptaan Allah yang dikurniakan dengan segala macam perasaan, juga akal fikiran yang menjadi peneman perasaan, yang menjadi penunjuk arah untuk kita mengharung hidup sehari-harian.. Jodoh, ajal, pertemuan dan perpisah...