5 Jul 2017

Road To 35

Assalamualaikum.

Dah masuk hari ketiga mula kerja lepas bercuti seminggu. Masih terasa kemalasan dan kemengantukan lagi. Haha. Terpaksalah bancuh kopi bagi segar sikit mata dan otak. Oh ya, dan sambil-sambil kita buka dashboard dan taip entry.

Hajat nak capai balik ribu riban punya view dekat blog. Mana tahu ada peluang boleh apply Google Adsense ke, Innity ke apa ke kan. Side income orang kata. Hehe. Dalam 2 ke 3 hari kemalasan aku bekerja inilah aku duduk berfikir masa depan. Haha.

Hati meronta sangat nak beli rumah. Mungkin sebab cuti raya tempoh hari aku dengar sembang-sembang abah aku dengan Ayah Long aku tentang beli rumah. Rumah lelong, rumah kerajaan Johor dan macam-macam lagilah kan. Tergoda jugalah hati hamba. Aset oii. Umur dah 30, sepatutnya dah ada aset. Tapi di manakah ia? Mana? Mana?
T_T


Bila dah banyak setback dalam hidup kau, automatik banyak benda akan terganggu dan tergendala. Sama juga dengan perancangan nak beli rumah, nak beli tanah, nak kumpul aset. Hmm. Aku ada terbaca satu artikel tentang sebelum capai umur 35, anda dah perlu ada berapa banyak aset. Dan penulis itu kata, kena mula dari umur 25. Adoi. Tergores hatiku membacanya. Umur 30 pun okay lagi kan? Kena kerja kuatlah gamaknya. Nak beli rumah untuk mak abah, untuk diri sendiri. Kalau dapat beli tanah dan bina rumah lagi seronok. Ikut apa yang kita inginkan.

Dulu-dulu berangan nak bina rumah atas tanah sendiri dengan 8 - 10 bilik. Untuk duduk mak abah, adik-adik. Heee. In shaa Allah, doakan aku tercapai hajat aku eh. Heee.

Okay, sambung kerja. Walaupun hakikatnya dah pukul 5. Haha. Have a good day people. Assalamualaikum.





2 ulasan:

nursarah puteri berkata...

plan beli rumah lagi 5 tahun.. lg 2 tahun habis bayar kete boleh kumpul deposit rumah.. xpelah pelan2 kayuh. hehe

Farhana Cahaya Riang berkata...

@sarah

Itulah. Tengah merancang juga ni. Moga dipermudahkan urusan kita. In shaa Allah. :)