Yang Mana Satu?

Assalamualaikum.

Selamat malam. Semalam tulis entry di Melaka, hari ini kita tulis entry di KL pula. Haha. Begitulah kehidupan seorang perantau. Dah dapat cuti sampai 9 hari, mulalah terasa kemalasan yang berganda. Kan kan kan? Haha.

Okaylah, semalam entry dah sedih, kita campak jauh-jauh. Bersedih tak payah lama-lama. Sehari cukup. Haha. Daripada duduk bersedih duka lara, kita doakan yang baik-baik aje untuk semua orang, tak lupa untuk diri sendiri juga. Heeeee.

Semenjak dua menjak, otak banyak fikirdan duduk buat percaturan dan perkiraan. Aku dah bekerja di MSQH dah nak masuk bulan kelima. Aku akui kerja ini memang banyak benda kau akan belajar. Kau akan belajar multitasking. Banyak sangat pengalaman berharga boleh kau timba walaupun kau bukan lagi dalam bidang klinikal. Tambah lagi bila kau dapat peluang untuk jalankan akreditasi dekat sesebuah hospital. Bulan Julai ini saja ada 2 hospital yang akan aku pergi.

Kau akan belajar semua aspek dalam pentadbiran hospital. Dan tak lupa juga, dunia klinikal masih ada sangkut paut. Memang kena dengan minat dan jiwa aku. Aku sendiri dah rancang nak sambung Master jika ada rezeki. Nak ambil MBA khusus dalam Hospital Management. Pengalaman yang ditimba dalam bidang ini memang cukup berharga bagi aku. Rancangnya nak stay lebih 2 tahun, In shaa Allah.


Ada rakan aku yang utarakan soalan ini pada aku, dia tanya mana satu yang akan aku pilih, kerja yang kau boleh timba pengalaman yang banyak dan berharga tapi gaji tak setimpal walaupun dah kerja lama ATAU kerja yang biasa-biasa macam robot tapi gaji banyak bonus banyak, senang kata masalah duit tak runsinglah. Haha.

Aku jawab apa? Entah. Aku tak bagi jawapan apa-apa. Sebab situasi aku sekarang tak melayakkan aku untuk jawab soalan seperti itu yang lebih berat sebelah. Anda-anda semua, apa yang anda-anda akan pilih? Hehe. Teringin juga nak tahu pandangan orang lain.

Okaylah. Tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.






Ulasan

Hanis Amanina berkata…
kalau after HO nak masuk hospital management / administration, boleh tak?
@HANIS AMANINA

Boleh. Kira masuk JKN atau kerja dekat Kementerian Kesihatan. Ada juga doktor yang ambil diploma dalam hospital administration. But maybe you'll fall in love with medicine after doing HO dan nak continue practicing. :))

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T