Grab

Assalamualaikum.

Siapa suka pergi bercuti? Siapa yang dah lama tak cuti-cuti jalan sana sini tengok tempat orang?

*Angkat tangan sendiri*

Haha. Cuti-cuti kita cerita dekat hujung-hujung nanti eh. Tiba-tiba rasa macam nak cerita pasal Grab Car. Aku jarang ambil pengangkutan awam, sebab tak ada keperluan waktu itu. Zaman belajar dulu kala pernahlah ambil teksi sekali dua. Bila dah duduk KL, tambah lagi di zaman yang serba maju macam sekarang, bukan saja ada teksi, bas, LRT, malah ada Grab Car, ada Uber.

Duduk KL, kau memang akan rasa malas nak memandu sendiri sebab jalannya yang selalu sesak dan buat kau selalu sesat. Itu akulah. Haha. Jadi, solutionnya, aku mula belajar ambil Grab Car. Mudah pun mudah sebab kita boleh book melalui apps. Kita boleh tengok identiti driver kita, kereta dia, kedudukan dia, dan juga harga tambang yang kita perlu bayar. Canggih betul zaman sekarang eh. Haha.

Jadi sekarang kalau aku outstation, contoh macam minggu depan aku akan ke Damansara, choice of transportation aku mestilah Grab Car. Aku tak nak jadi macam beberapa bulan lepas, nak pergi Sentul tapi sampai Gombak. Zzzz sangat. Memandu seorang diri, dengan Waze yang asyik recalculate, memang meraunglah dalam kereta. Itu tak kira kalau kau sesat time waktu jalan sesak. Perghhh!! Menangis lagi. Kekeke.

Apa yang paling best pasal Grab, aku dapat bagi bintang dekat driver Grab. Adoi! Aku suka betul bagi bintang dekat orang. Rating-rating memang hobi akulah kiranya. Sampai saja destinasi yang dituju, aku akan terus buka apps, dan bagi bintang-bintang berkerdipan pada abang-abang jua pakcik-pakcik, kakak-kakak serta adik-adik. Haha. Aku tak tahulah, mungkin sebab nature aku suka menulis, tangan aku mesti confirm wajib harus tinggalkan komen sekali lepas dah bagi bintang.

Ops!! Setakat ini komen-komen kebaboom puji memuji ajelah yang aku bagi. Sebab semua best-best belaka. Hmm. Agak-agak mereka baca tak komen yang aku tinggalkan eh? Hurmmmm.



Okay, sebelum kita bubuh noktah dan tekan publish, aku nak khabarkan dekat semua orang yang Grab dan Traveloka bekerjasama dan buat satu contest. Hadiahnya adalah tiket penerbangan sekali dengan hotel untuk melancong ke negara-negara South East Asia. Apa tunggu lagi, jom usha apa REQUIREMENT dia. Heeee. Good luck.

Selamat malam semua. Assalamualaikum.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?