A Challenge And A Smile
Assalamualaikum.
Pukul 1 dah, mata pun ngantuk sebab siapkan kerja yang bertimbun dan bertangguh. Tapi gigih juga nak tulis entry. Haha. Hari ini baru saja balik dari outstation, sampai saja di rumah sewa, terasa heaven sangat sebab tandas ada hos paip, dan aku dapat jumpa balik kipas kesayangan aku. Haha.
Serious, aku tak gemar kalau duduk hotel tapi tandas dia tak ada hos paip. Aku orang Melayu okay! Tak reti nak pakai bidet bagai ni semua. Zzz. Dan aku rindu kipas sebab aku lagi prefer kipas dari aircond. Siapa sama kita geng! Kikiki.
Petang tadi rakan sekerja aku tolong snap gambar majalah yang sememangnya aku nanti-nantikan kehadirannya dari bulan lepas lagi. Heeee. Awal bulan lepas rasanya, tiba-tiba dapat tugasan mengejut dari bos, walaupun report bertimbun tapi ku gagahkan juga sebab aku kan suka menulis, tambah bila dah diberi peluang, siapa yang nak lepaskan, betul tak?
Aku diberi satu tugasan yang agak mencabar. Bagi aku sangat mencabar jugalah. Memanglah aku bercita-cita nak terbitkan novel sendiri suatu hari nanti, tapi novel bahasa Melayu. Tak pernah terfikir nak tulis dalam bahasa Inggeris sebab penulisan aku biasa-biasa saja. Masa nak merangka artikel ini memang agak stress jugalah, banyak kali aku padam dan tulis, lalu padam lagi, dan tulis, dan begitulah seterusnya. Sampailah kerajinan tahap super datang, aku abaikan segala rasa stress, memang aku menghadap benda alah itu ajelah. Dalam 2 ke 3 jam siaplah artikel aku berjumlah 5 helai muka surat A4.
Lega, sebab berjaya siapkan seperti yang diminta, iaitu dalam masa 3 hari. Haaa! Setelah ditunjukkan pada bos dan ditambah sana sikit sini sikit, akhirnya artikel ini aku hantar pada pihak editor, dan Alhamdulillah tak ada perubahan pun dan berjaya dicetak minggu lepas.
Jangan lupa ya beli majalah INFOMED keluaran JULAI - SEPTEMBER 2017, dan baca artikel dari aku. Hihi. Walaupun cita-cita nak publish novel belum tercapai lagi, mungkin ini satu langkah kecil ke arah itu, siapa tahu, kan?
So happy. I get an opportunity that I never even dreamt of. And I'm grateful for that. Syukur Alhamdulillah. More to learn, more to gain, more to go.
Selamat malam semua. Assalamualaikum.
P/S: Never underestimate yourself and never think that you cannot do it. YOU CAN DO IT!! Believe in yourself. Smile when you face a challenge.
:)
Ulasan