30 Jun 2017

TOLONG!!
TOLONG!!
TOLONG!!
TOLONG!!

Assalamualaikum. Haha. Banyak tolong kan. Tengah dalam mood cuti lagi. Bergolek-golek dalam rumah dengan kucing-kucing kesayangan. Sambil mengemas sana sini sambil duduk dengar radio. Sekali dalam radio berputarlah satu lagu. Menariklah dengar. Sebab pattern telinga aku, suka dengar lagu lemah longlai lembut ala-ala zaman otai 90an kacuk dengan pattern lagu Indonesia. Haaa. 

Jadi risik-risiklah dekat adik aku siapa nyanyi lagu ni? Kononnya nak download dan simpan dalam playlist. Walaupun suara penyanyi dia banyak auto tune, tapi tak kisahlah kan. Hahaha. Terkejut kita bila dengar nama penyanyinya. Haha. Adoi. Adik aku pun cakap, "Serious arr nak download lagu dia?" Errr. Kejap ahh aku fikir dulu. Tolong hentikan aku daripada dengar lagu ni boleh? Hahaha. 

=p



Tapi aku rasa kan, kalau lagu ni orang lain nyanyi, mungkin penerimaan dia lain. Kan kan kan? Hahaha. Kasihan Fattah Amin. Kenapa orang tak suka dia eh? Aku okay aje. Nak kata suka, tak adalah. Nak kata meluat, tak kot. Otak aku ni banyak pengaruh keliling ni. Haha. Jadi, kita layankan ajelah Wanita Terakhir ni. Apa salahnya, ya tak? Lagu dia sedap aje. Tengoklah komposer dia Aizat Amdan ngan Anas Amdan kot. So, jangan judge over sangat eh.

TAK ADIL KAN KITA BILA BUAT BEGINI?



=p

Salam raya kelima semua. Assalamualaikum.

Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates & MyBloggerThemes