17 Jun 2017

Assalamualaikum.

Oh. Macam biasa kalau hujung minggu, lepas sahur mata mesti segar bugar. Tak macam waktu hari bekerja. Pandai eh mata Farhana pilih time dan hari. Haha. Semalam, aku dah tiga lagi orang housemate cadang untuk buka puasa sama-sama di luar. Bila masak hari-hari, kau akan jadi thought block, jenuh fikirkan apa lagi menu nak dimasaknya.

Bila ada idea nak masak, bahan pula tak ada. Haha. Adoiyai. Contohlah kan macam hujung minggu ni, aku cadang nak buat kuih sum sum, tapi cari perisa ros tak jumpa-jumpa. Pandan, no no. Gula melaka, pun no no. Jadi nanti tengoklah macam mana kesudahannya ya. Haha.

Tahun sudah rasanya rutin biasa aku buat, aku tak buat. Rutin hantar kad raya. Maklumlah bila tengah tanam anggur, belum musim menuai, tak adalah hasil. Jadi tak dapatlah beli kad raya. Kekeke.

Tapi makin makan tahun, makin susah nak cari kad raya. Puas cari dekat kedai buku, akhirnya jumpa dekat AEON Quill Mall. Mungkin tak suatu hari nanti tradisi kad raya ni akan pupus? Hmm. Mungkin.

Apa sebenarnya makna di balik kad raya? Kenapa aku suka hantar kad raya? Hehe. Cuba bayangkan di zaman sekarang yang mana kau selalu dapat ucapan raya melalui Whatsapp, Facebook, SMS dan cara online yang lain, the value and meaning of kad raya will be at a whole new level. Bila kau dapat kad raya, rasa best kan? 


Orang kata itu tanda ingatan tulus ikhlas. Bukanlah aku hantar kad raya supaya orang ingat dekat aku, cuma aku rasa nak buat si penerima gembira, supaya dia tahu, dia selalu dalam lipatan ingatan kita. Ecewah ayat kau. Haha. Kita bukan minta balasan, kalau kata kad dah sampai pun, kau tak rasa nak beritahu kad yang dikirim dah sampai pun aku tak kisah, kau nak ignore orang yang kirim pun tak kisahlah, cuma harapannya kad tu tak termasuk dalam tong sampah aje. Penat I olls perah keringat menulis okay. Haha.

=p



Okaylah. Selamat berhujung minggu. Selamat berpuasa untuk semua. Assalamualaikum.

Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates & MyBloggerThemes