Hikmah

Assalamualaikum.

Salam 10 Ramadhan. Esoklah kan 10 Ramadhan? Cepat betul masa berlalu. Dah sepertiga bulan Ramadhan berlalu.

:'(

Dalam bulan puasa kali ini, aku berpuasa di rumah sewa. Macam tahun-tahun sudah waktu tengah tanam anggur, sedaplah duduk rumah dengan parents kan. Bila dah duduk menyewa, dah lain dah senarionya. Banyaklah timba pengalaman baru. Belajar berjimat cermat. Masak ke beli ke. Persoalan yang selalu nak hadaplah kan. Bila masak kita jimat sikit duit, bila beli pula kita jimat masa. Haha.

Dan masa hari kelima atau keenam berpuasa, aku dapat berita yang research/abstract aku berjaya diterima untuk poster display semasa International Forum on Quality & Safety in Healthcare. Berdebar jugalah, sebab kali pertama hantar research (pertama kali juga buat), dan sekaligus berjaya diterima untuk acara yang akan berlangsung di KLCC bulan Ogos ini. Syukur sangat sebab diberi peluang ini. Rasa macam satu lembaran baru lagi dicipta dalam hidup aku, yang mana aku sendiri tak pernah bayangkan pun sebelum ini.

Berkat dari "pushing" pihak atasan, dalam keterpaksaan juga sebenarnya masa tengah kalut duduk fikir nak hantar topik research apa, malas nak buat, sebabnya tak pernah buat. Tapi sebab bos dah suruh, nak tak nak kita buatlah. Tak sangka pula, ianya diterima. Rezeki aku anggap. Mungkin ini langkah pertama untuk aku mula ceburkan diri dalam bidang healthcare management. 

Semenjak bekerja di tempat baru, banyak sangat benda baru aku belajar. Aku rasakan ianya kena dengan jiwa aku, dan aku seronok bekerja di situ, stress sikit-sikit, biasalah. Banyak rancangan untuk masa depan sebenarnya, cadangnya ada rezeki nak sambung master. Nak buat MBA dalam Healthcare Management. Tengoklah macam mana nanti. Hmm.

Betullah orang kata, hikmah. Kadang kita nampak, kadang kita tak nampak. Sesuatu yang dah terjadi itu, jangan kita pertikaikan, persoalkan seolah-olah ianya satu benda yang teramat buruk dalam hidup kau. Percayalah, setiap yang jadi, memang ada hikmah. Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. DIA lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Kita sebagai manusia kena sabar dalam menjalani ujian, dan bersyukur selalu padaNYA atas segala apa yang dah dikurniakan.

Ingat, setiap kesusahan akan ada kesenangan dan kegembiraan. Kan? Heeee. Selamat malam semua. Assalamualaikum.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?