Botol Air



Assalamualaikum.

Selamat pagi Sabtu. Oh, dan salam 15 Ramadhan. Hari ini lepas Subuh, duduk kemas-kemas sikit, sampai sekarang pukul 9 tak pula mengantuk. Tapi bila kena hari kerja, masuk kerja pukul 7.30, pukul 8 dah mengantuk. Hahaha. Magik tak?

Nuzul Quran hari Isnin ni Kuala Lumpur cuti. Maknanya, kita takkan jejak kaki ke pejabat selama 3 hari. Hahaha. Boleh golek sepuasnya. Ops!! Nak balik Melaka, tapi tengah bulan, nampaknya memang duduk di KL aje gayanya.

Oh, kenapa cerita pasal botol air bulan-bulan puasa ni? *jeling kiri kanan* Haha. Sebenarnya semalam masa break solat Jumaat, aku dan kawan sekerja keluar pejabat kejap. Terjah Quill City Mall sebab nak beli stok air mineral. Bulan puasa kuat pula minum air lepas berbuka. Sebab takut tak cukup tangan aku pun cuma beli 2 botol 5.5L punya air. Nak kata berat sangat, tak adalah. Kudrat wanita aku masih lagi boleh angkat. Cuma sebab semalam ada beli lagi barangan lain, tangan sebelah dah penuh. Jadi terpaksalah bawa air 2 botol guna satu tangan saja. Dah biasa pun bawa sebelum ni. Tapi mungkin penampakan aku nampak macam terseksa bawa 2 botol air guna satu tangan dengan berpeluh-peluh sakan, maklumlah kita pergi balik kerja kan jalan kaki. Haha.

Makanya saat aku jejak masuk pagar rumah aku, ada seorang anak gadis belasan tahun berbangsa Arab berkejar ke arah aku. Uii, kenapa ni. Hahaha. Rupanya dia berlari dekat aku sebab nak tanya, "Do you need help?" Ouch. I is touching, sob sob. Tak sempat aku jawab balik, "Tak mengapa", dia dah ambil sebotol air dari tangan aku. Lekas-lekas dia ikut aku sampai dalam lif. Dia letakkan botol dalam lif lalu terus keluar sambil tersenyum. Aku sempat cakap, "Thank you, happy break fasting."

Dan lepas itu, sepanjang 29 tingkat lif itu naik, aku terus tersenyum. There is indeed love and peace in this world. Never lose your trust on love and peace. Even though, out there people is talking about how serious hatred, terrorism, cruelty in todays world, do believe that love and peace will win everything over. Definitely.

Tolong orang bukan saja dapat pahala, tapi hati kita akan gembira, tenang, dan orang yang anda tolong akan sangat berterima kasih dan mendoakan kesejahteraan anda. Kita tak tahu, mungkin dengan pertolongan dari kita walaupun kecil tapi ianya mungkin sangat bermakna untuk orang yang kita tolong. Jadi tolong menolonglah ya.

Selamat berpuasa semua. Salam hujung minggu dan selamat bercuti. Assalamualaikum.
:)


Surah Al Maidah Ayat 2




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T