29 Jun 2017

Food Poisoning

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri. Sekejap aje dah nak masuk raya keempat kan? Masih cuti lagi ke tu? Aku cuti seminggu.

=p

Alhamdulillah, dah selamat sampai lepas Melaka petang tadi lepas tabahnya mengharung kesesakan di lebuhraya. Kali ini, balik ke Kota Tinggi selama 4 hari. Rayu aku biasa-biasa saja. Macam tahun-tahun sudah juga. Cuma yang beza adalah seperti yang tertera di tajuk atas. Haha. Sebenarnya ikutkan dah lama sangat tak kena food poisoning. Adalah dalam 2 ke 3 tahun kot.

Entah tak tahulah lauk mana yang aku melantak yang ada problem, sebab boleh kata kebanyakan ahli dalam rumah tu ramai yang kena keracunan juga. Adik aku 12 kali masuk tandas, mak aku 9 kali, sepupu sepapat aku berkali-kali juga, dan aku sendiri 6 kali. Melelas ooo. Perit oi oi. Hahaha. Memulasnya tak payah cerita, lama sangat dah tak rasa sakit memulas sebab food poisoning. Memang seksa sangat. Tambah pula aku rasa kuman kali ini agak degil dan powerful. Heh.

Okay, apa aku buat kalau kena keracunan makanan / cirit-birit / muntah-muntah? Selalunya aku akan simpan kit ubat aku sendiri. Ubat yang wajib ada mestilah ubat untuk senggugut, ubat allergy dan juga ubat cirit-birit. Kalau kena cirit-birit, selalunya aku akan ambil 3 jenis ubat.

1 - activated charcoal (untuk cuci perut dan buang segala kuman-kuman dan racun degil)
2 - buscopan (untuk kurangkan memulas) 
3 - lomotil (ubat tahan cirit-birit)

Dan kalau kata muntah-muntah aku akan ambil maxolon. Bila kau dah memerut banyak kali dan banyak air keluar, elok jugalah kau ambil air garam / Oral Rehydration Salt. Aku selalu ambil 2 biji charcoal dan rendam dalam 100 plus. 

Bila teruk sangat dan ubat tak jalan, baru aku ke klinik. Heee. Jadi untuk anda-anda yang akan ke beraya dan ke open house sana sini, jaga makan. Jangan sampai kena macam aku. Tapi kalau kena jugalah, tak apalah. Sakit kan penghapus dosa.

:)

Selamat malam semua. Assalamualaikum.




P/S: Katakanlah kau suka seseorang, suka sangat, sampai kau decide nak tunggu dia. Walhal dia tak tahu pun kau suka dia. Atau mungkin tahu, entahlah. Hahaha. *Ya tahu, ini gila!* Satu hari, orang yang suka dekat kau, risik-risik kau, dah mula tanya-tanya, apa kau akan buat? Tunggu sampai umur dari 30 jadi 31 jadi 32 dan seterusnya? Atau berhenti menunggu dan berterus terang mana tahu dapat jawapan positif? Atau juga terima ajelah orang yang sayang kita? Errrrrrr.

=p

Tiada ulasan: