Koleksi Gambar Penuh Kasih Sayang Seorang Pencinta Kucing
[TERBONGKAR] Aktiviti Rahsia Haiwan Peliharaan Korang Bila Rumah Kosong Tanpa Penghuni Assalamualaikum. Salam 2.30 pagi. Adoi. Nak tergelak aku bubuh tajuk bunyi pesen gitu untuk entry kali ini. Rasa nak buat lagi cheesy tapi takut orang muntah bila baca. Haha. Saja aku nak kongsikan minat aku yang baru mula bercambah awal tahun 2016 ini, tepatnya dalam bulan Februari. Bila mana adik aku telah berjaya memikat hati seekor kucing jalanan yang tengah bunting. Mulanya adik aku cuma bagi dia makan, tapi entah macam mana dia ikut balik, dan bersalinkan anak-anaknya depan rumah kami. Aku sendiri namakan kucing pertama kami itu dengan panggilan Bella. Sebagai seorang penakut kucing, ambil masa 2 bulan jugalah untuk aku buang jauh-jauh rasa takut aku dan gantikan dengan rasa cinta. Ecewah. Walaupun cuma dapat jaga Bella selama 2 bulan lebih, itu dah cukup bermakna dan buat aku menangis seharian bila Bella tinggalkan kami semua. Bella tinggalkan 4 ekor anak-an...