[SPOILER ALERT!] Tak Sabar Tengok Episod Akhir Good Daughter Hana Punya Pasal
Assalamualaikum.
Pertama kali, ampun maaf dipinta kepada sesiapa yang terlanding dalam entry yang penuh dengan spoiler ini. Maaf!!! Sila jangan teruskan pembacaan kalau masih ingin mengekalkan suspens dan debaran. Hahaha.
Sekarang musim makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik, malah mungkin juga pakcik-pakcik dan abang-abang duduk melayan drama Korea yang berjumlah 122 episod ini di saluran ONE HD 393. Drama yang bertajuk Good Daughter Hana @ A Well Grown Daughter Hana ini dah pun habis tayangannya di Korea dalam bulan 5 yang lepas.
Drama yang diterajui oleh Park Han Byul dan Lee Tae Gon ini aku memang tak layan pun. Tapi sebab mak dengan abah aku layan, kadang aku pun duduk terlayan samalah. Lagipun aku jarang tengok Lee Tae Gon berlakon, jadi berhasratlah nak tengok sampai ke sudah siapalah gerangannya yang akan bersama Hana di pengakhiran cerita.
Minat dengan Lee Tae Gon ini semenjak dia jadi guest dalam Running Man episod KING RACE. Perghhh!!! Kuat sey!!! Haha. Jadi kerana tak sabarnya aku nak tahu pengakhirannya, nak tunggu TV pun lambat lagi, jadi aku download sendiri. Hahaha.
Inilah scene akhir sekali dalam drama ini. Hana bersama dengan insan yang dia cinta. Part bila Hana beritahu si jejaka yang dia tak bertepuk sebelah tangan memang touching habis. Han Yoon Chan pun dah sibuk sorong beg Akademi Fantasia sebab nak tinggalkan Korea dan mulakan hidup baru. Tsk tsk!!!
Park Han Byul sangat cantik dan hot. Maklumlah, model. Aku kenal dia bukan kerana lakonan dia, tapi lebih kepada sebagai kekasih kepada penyanyi Se7en. Lama gila mereka bercinta. 10 tahun lebih rasanya. Perghhh!!!
Aku suspens juga bila tengok scene ni. Sedih ada, touching ada, semua adalah.
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
Tapi sedih kejap aje. Sebab akhirnya dapat tengok happy ending untuk Hana. Haha. Simpan perasaan seorang diri memang perit kan, mencintai dalam diam. Hmmm. Boleh ke aku dapat happy ending macam Hana? Huhu. Abaikan.
Okay semua, sampai sini. Selamat malam. Jaga diri. Assalamualaikum.
Ulasan
kann...lamanya tunggu mereka bersama. episod akhir barulah dapat tengok mereka saling meluah. best sangat...agak2 wujudkah lelaki yang punya cinta sejati macam yoon chan tu? hehe...
cik penulis blog, minta izin copy ye gmbar Ha-Na dan Lee Tae Gon.
http://www.youtube.com/watch?v=qymo1B4T7J0
http://www.youtube.com/watch?v=8p9Tv6Om1iU
Kalau ada tertengok lagi promonya saya cuba dengar balik. :)
Boleh. Amik je. No problem. :)
http://doramax264.com/21087/one-well-raised-daughter-drama-2013/
http://freekordramas.blogspot.com/2013/12/a-well-grown-daughter-hana-01-raw-00-sub.html#more