[SPOILER ALERT!] Tak Sabar Tengok Episod Akhir Good Daughter Hana Punya Pasal


Assalamualaikum.

Pertama kali, ampun maaf dipinta kepada sesiapa yang terlanding dalam entry yang penuh dengan spoiler ini. Maaf!!! Sila jangan teruskan pembacaan kalau masih ingin mengekalkan suspens dan debaran. Hahaha.

Sekarang musim makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik, malah mungkin juga pakcik-pakcik dan abang-abang duduk melayan drama Korea yang berjumlah 122 episod ini di saluran ONE HD 393. Drama yang bertajuk Good Daughter Hana @ A Well Grown Daughter Hana ini dah pun habis tayangannya di Korea dalam bulan 5 yang lepas.

Drama yang diterajui oleh Park Han Byul dan Lee Tae Gon ini aku memang tak layan pun. Tapi sebab mak dengan abah aku layan, kadang aku pun duduk terlayan samalah. Lagipun aku jarang tengok Lee Tae Gon berlakon, jadi berhasratlah nak tengok sampai ke sudah siapalah gerangannya yang akan bersama Hana di pengakhiran cerita.

Minat dengan Lee Tae Gon ini semenjak dia jadi guest dalam Running Man episod KING RACE. Perghhh!!! Kuat sey!!! Haha. Jadi kerana tak sabarnya aku nak tahu pengakhirannya, nak tunggu TV pun lambat lagi, jadi aku download sendiri. Hahaha.


Inilah scene akhir sekali dalam drama ini. Hana bersama dengan insan yang dia cinta. Part bila Hana beritahu si jejaka yang dia tak bertepuk sebelah tangan memang touching habis. Han Yoon Chan pun dah sibuk sorong beg Akademi Fantasia sebab nak tinggalkan Korea dan mulakan hidup baru. Tsk tsk!!!




Park Han Byul sangat cantik dan hot. Maklumlah, model. Aku kenal dia bukan kerana lakonan dia, tapi lebih kepada sebagai kekasih kepada penyanyi Se7en. Lama gila mereka bercinta. 10 tahun lebih rasanya. Perghhh!!!

Aku suspens juga bila tengok scene ni. Sedih ada, touching ada, semua adalah.


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V



Tapi sedih kejap aje. Sebab akhirnya dapat tengok happy ending untuk Hana. Haha. Simpan perasaan seorang diri memang perit kan, mencintai dalam diam. Hmmm. Boleh ke aku dapat happy ending macam Hana? Huhu. Abaikan.

Okay semua, sampai sini. Selamat malam. Jaga diri. Assalamualaikum.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Boleh x bagitahu ap tjuk lagu wktu promo citer ney dkatone hd?sya cri x jmpa...
bz the witch berkata…
Hahaha...ayat 'yoon chan tarik beg akademi fantasia' tu buat saya ketawa sorang2 hehe

kann...lamanya tunggu mereka bersama. episod akhir barulah dapat tengok mereka saling meluah. best sangat...agak2 wujudkah lelaki yang punya cinta sejati macam yoon chan tu? hehe...

cik penulis blog, minta izin copy ye gmbar Ha-Na dan Lee Tae Gon.
@Anonymous Saya pun tak berapa pasti sebab jarang nengok promo. Tapi pernah dengar sekali, tak berapa nak cam sangat sebab sekejap sangat lagu dia. Tapi kemungkinan salah satu dari lagu ni rasanya, sebab suara penyanyi perempuan tu lebih kurang macam ni.

http://www.youtube.com/watch?v=qymo1B4T7J0

http://www.youtube.com/watch?v=8p9Tv6Om1iU

Kalau ada tertengok lagi promonya saya cuba dengar balik. :)
@bz the witch Lama sangat. 100 lebih. Haha. Wujud kot. Cuma tak jumpa lagi kot? Hehe.

Boleh. Amik je. No problem. :)
Tanpa Nama berkata…
Minta videonya boleh,hantar d sni kalau blh...wechat id.anizakai.episod 94hingga habis
Tanpa Nama berkata…
Kat mnerrr erkk nak download cter nie .. coz tgk kat dramania xder plk ..
@Anonymous Ada 2 site yang boleh download.

http://doramax264.com/21087/one-well-raised-daughter-drama-2013/

http://freekordramas.blogspot.com/2013/12/a-well-grown-daughter-hana-01-raw-00-sub.html#more
Mal Zakiah berkata…
Is that so :) Pnnyi dia Jo Eun Ae klau x silap

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?