3 Jenis Pemanduan Merbahaya

Assalamualaikum.

Selamat pagi Khamis. Esok Melaka cuti woiii! Haha. Sekarang dah masuk bulan Oktober, dalam 2 bulan lebih lagi berakhirlah tahun 2014 yang bagi aku memang banyak sangat dukanya. Setelah difikirkan masak-masak, timbang baik buruk, untuk kebahagiaan diri serta insan-insan keliling, aku berhajat nak membuat satu perubahan dalam hidup. Beralih dari satu fasa ke satu fasa lain. Puas dah berfikir sebenarnya, mungkin ini yang terbaik.

Okay, tutup kisah tahun 2015. Beralih pada tujuan utama tulis entry kali ini. Dah lama sebenarnya nak tulis pasal pemanduan merbahaya, al maklumlah dalam 2 3 bulan kebelakangan ini aku banyak memandu. Walaupun aku bukanlah calon terbaik nak cerita benda begini sebab aku pun bukanlah berhemah mana sangat. Haip! Tapi tak adalah sampai duduk menyetan atas jalan raya okay. 

Kalau nak diikutkan ada terlalu banyak jenis pemanduan merbahaya. Contohnya macam speeding, menelefon atau berSMS sambil memandu, tak pakai tali pinggang keledar, nak tukar arah laluan "MALAS" nak guna signal, macam benda alah tu berat 1 tan, dan banyak lagilah major-major things yang menyebabkan pemanduan itu jadi merbahaya. Untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.

PICTURE TAKEN FROM GOOGLE IMAGE. CREDIT TO THE RESPECTED SITE.

Tapi yang 3 ini aku nak tulis secara terang-terangan di sini, memandangkan inilah masalahnya yang selalu aku jumpa di kalangan pemandu-pemandu di negeri yang aku diami iaitu Melaka. 

1) TAK ADA LAMPU BRAKE

Memang sangat mendebarkan buat pemandu yang memandu di belakang kereta yang tak ada lampu brake. Kadang rasa annoyed jugalah, bila mana lampu brake dah tak ada, tambah lagi bawa kereta 30 - 40 km/jam. Hoho!!! Memanglah kita boleh agak dengan usha keadaan kenderaan di depan, tapi kereta kalau tak ada lampu brake memang merbahaya dan boleh menyebabkan kesesakan dan juga kemalangan. Ini betul okay, siap boleh kena saman kalau pak polis nampak. Jadinya, rajin-rajinlah tengok lampu brake kereta. Bukan tengok sesaja, checklah berfungsi ke tidak. 

2) BILA DAH ACCIDENT, BERHENTI TANG TANG TU JUGA

Adoiii. Yang ini memang betul aku tak faham. Memang selalu sangat dah aku nampak. Dari jauh dah jam. Hairanlah juga sebab waktu yang tak sepatutnya jam tapi jadi jam. Rupanya ada accident dekat depan nun, tapi kereta ada di tengah dunia. It is understandable kalau kereta anda tak boleh bergerak langsung lepas kemalangan, tapi apa kes kalau cuma minor accident, langgar bumper, tapi duduk settle tengah jalan sampai jalan jam.

Memanglah kita akan gabra bila accident, tapi ambil masa beberapa saat dan tenangkan diri. Bawa kereta anda ke tepi jalan, ajak kawan yang berlanggar sekali tu settle tepi jalan. Tak adalah jalan jam sangat. Peace.

3) BILA KERETA TENGAH LAJU, DAN ANDA KELUAR SIMPANG. YANG ITU SAYA MASIH BOLEH TERIMA. YANG TAK BOLEH TERIMA BILA DAH KELUAR SIMPANG, TAK PICK UP THE SPEED, DAN BAWA 40 - 50 KM/ JAM

Haaa!!! Gitu panjang penjelasan dia. Prinsip bawa kereta senang saja, atas jalan raya bukan aku seorang saja yang memandu. Ada orang lain lagi selain diri anda. So always be considerate dalam keadaan yang memerlukan anda untuk considerate. Contoh macam keadaan di ataslah. Tak suruh pun bawa laju, tapi janganlah slow sangat sampai belakang anda diekori oleh seekor anaconda. Panjang tu kereta beratur belakang awak. Hehe.

So, always be considerate. Tak kisahlah orang tak consider perasaan anda, tapi anda jagalah hati orang. Eh!!! Ni cakap pasal memandu ke pasal hati perasaan? Haha. Boleh sajalah Labu. Till next entry. Take care. Assalamualaikum.

Ulasan

Mohd Nasri berkata…
nak tambah lagi 1 jenis

jenis yang duduk di lane emergency lepas tu bawak laju nak mampos..haha

part ni paling tak boleh terima la sebab kereta dekat betul, salah bawak boleh terlanggar..
HaziziYusof berkata…
yang no 3 tu memang betul..kerap berlaku keadaan macam ni.. bahaya dan kes cam ni yg sering berlaku kemalangan.apa pun kita sendiri kena tetap hati2 walaupun org lain tak.

kelapangan singgah ke blog saya yer.. sana ada murah, murah & murah.pasti anda suka

http://izzium2u.blogspot.com/

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T