3 Reasons : Why You Should Buy Online In Malaysia
Assalamualaikum.
Lama tak menulis eh? Sementara menantikan aku siapkan entry seterusnya yang masih dalam proses mengarang untuk kolum NAK KURUS, apa kata kita jenguk sekejap entry tentang online shopping di Malaysia.
Masa aku kerja dulu, online shopping memang jadi pilihan utama. Suka sangat duduk mengadap komputer sampai berjam-jam, semata-mata nak cari online shop yang menjual barang berkualiti, harga berpatutan, servis memuaskan dan yang paling penting dapat banyak review positif dari pelanggan. Barulah kita rasa yakin nak berurusan dengan mereka. Benda yang selalu aku beli melalui online macam gadget, baju, movie, dan banyak lagilah. Proses yang mudah kan, order, bank in dan tunggu saja barang sampai depan rumah. Easy peasy.
:)
Jom tengok entry kolaborasi aku dan Zalora tentang 3 sebab utama kenapa di Malaysia, pembelian atas talian adalah lagi best dari conventional shopping.
Budaya atau trend membeli-belah
secara online dah lama popular di luar negara. Tapi,
budaya ‘buy online in Malaysia’ merupakan perkara yang baru
dan sejak akhir-akhir ini, dah makin ramai pembeli yang telah berubah angin
daripada cara konvensional (membeli-belah secara langsung atau offline) ke
online shopping. Walau macam mana pun, masih ada lagi segelintir dari kita pembeli yang masih
was-was dan meragui keberkesanan pembelian secara online. Jadi, apa sebenarnya kelebihan membeli-belah secara online? Kenapa perlu beli secara online?
#Sibuk @
Tidak Mempunyai Masa
Online shopping merupakan pilihan
yang terbaik untuk anda yang sentiasa sibuk di pejabat dan mempunyai kekangan
masa. Tambah lagi di zaman IT, segalanya di hujung jari. Daripada proses mencari barang, order dan buat bayaran, waima tracking parcel sekalipun kita boleh lakukannya melalui atas talian. Zaman dah banyak berubah, tak perlu dah nak beratur bagai buat pembayaran, berebutkan barang sebab cuma tinggal 1. Betul tak?
#Traffic Jam
Sebagai rakyat Malaysia, anda semua pun dah sedia maklum dengan keadaan lalu lintas di negara kita. Tambah lagi bila tiba waktu perayaan atau pun waktu orang baru balik dari kerja. Traffic jam memanjang. Jadi, online shopping boleh menyelamatkan diri
anda daripada tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Segalanya berada di hujung
jari anda apabila membeli-belah secara online. Tak perlu dah sibuk nak cari parking sampai berpusing-pusing dekat tempat parkir kereta sampai 1 jam semata-mata nak tunggu parking kosong.
#Sesak
Ini sebab utama aku tak suka shopping. Tambah lagi hujung minggu, waktu cuti. Orang ramai tak payah nak kata, dah macam sardin. Eh, ke macam lautan semut. Hehe. Sebab faktor sesak inilah aku lebih selesa beli melalui atas talian. Tak perlu nak berhimpit-himpit dan berlaga-laga. Cuma perlu duduk di rumah, buka laptop atau on smartphone saja. Malah, boleh shopping sambil berbaring dan bergolek atas katil. Mudah kan?
Untuk anda yang menggemari online shopping, alamilah pengalaman membeli-belah secara
online yang termudah dan selamat apabila anda membuat pembelian di ZALORA
Malaysia. Portal online yang membariskan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa
ini merupakan destinasi fesyen yang terbaik untuk anda! ZALORA juga menyediakan
perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA terus ke rumah anda.
Akhir kata, selamat membeli belah. Assalamualaikum.
Ulasan
https://www.facebook.com/mdent123