Sedikit Motivasi Untuk Diri Sendiri | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Sedikit Motivasi Untuk Diri Sendiri

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Ingat lagi tak entry kolaborasi dengan Zalora yang lepas tentang DUNIA SHOPPING ONLINE? Alhamdulillah, atas sedikit usaha, dapatlah sedikit reward dari Zalora. Masa itu Zalora tengah ada sale macam nak runtuh. Sampai 90% pun ada okay. Jadi aku ambil peluang ini untuk tunaikan hajat aku dengan menggunakan reward yang diberi.

Kedua-duanya kasut lelaki. Tapi apa ada hal ya tak, asal selesa dipakai. Aku memang tengah mencari kasut untuk aku guna buat workout dan berlari setiap hari, dan alhamdulillah rezeki datang tak terduga. Aku rembatlah satu kasut dari Zalora. Yang sebenarnya hiking shoes, tapi layankan sajalah Labu. Haha. Memang sedap pakai tapi besar. Kekeke.

Dan dengan lebihan reward dari pembelian kasut tadi, aku pilih lagi satu kasut. Yang ini denim sneakers, saja nak buat pakai bila jalan-jalan. Nampak cool sikit. Haha. Okay, aku memang tak ada taste sangat dalam pemilihan kasut. Waima dalam pemilihan baju sekalipun, aku memang failed. Bukan perempuan ayu. Haha. Asal cool di mata aku, aku tak kisah sebenarnya apa orang nak kata.

Kedua-dua kasut ini aku dapat separuh harga dengan nilai keduanya RM96 tanpa perlu mengeluarkan walau satu sen pun. Terima kasih Zalora. Servisnya pun cepat, dalam 2 - 3 hari saja barang dah sampai. Ada rezeki boleh kaloborasi lagi kan. Heee.

Sedikit motivasi untuk diri sendiri yang tengah sibuk nak kuruskan badan. Jom berlari dan bakar lemak!!! Tapi esok petanglah. Haha. Selamat malam semua. Take care. Assalamualaikum.


0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.