Filem Hindi 2014 Yang Best Dan Wajib Tonton #1 : Hasee Toh Phasee & Bobby Jasoos

ALL PHOTOS CREDIT TO THE RESPECTED SITE. TAKEN FROM GOOGLE.


Assalamualaikum.

Woot woot. Hari ini rasa semangat nak menulis. Jadi sebagai penggemar tegar filem Hindi dari dulu sampai sekarang aku nak kongsikan 2 filem keluaran tahun 2014 yang bagi aku adalah dalam kategori wajin tonton. Orang selalu kata filem Hindi alaf baru adalah "full of crap" dan tak setanding langsung dengan filem Hindi zaman dulu.

Partly, it is true. Tapi tak semua filem Hindi zaman sekarang adalah sampah. Ada banyak juga filem yang berkualiti dan mencapai box office, dan di bawah ini adalah salah satu daripadanya.

HASEE TOH PHASEE

RATING AKU   : 4.2 / 5
RATING IMDB : 7.1 / 10
PENGARAH      : VINIL MATTHEW
PRODUSER       : KARAN JOHAR (DHARMA PRODUCTION)


Hasee Toh Phasee filem keluaran Februari 2014 menerusi syarikat Karan Johar ini menampilkan Parineeti Chopra dan Sidharth Malhotra sebagai teraju utama. Filem bergenre romantik komedi ini memang mengikat aku dari awal sampai akhir. Jalan ceritanya pun dah cukup memikat hati aku.

Filem ini cukup lengkap dengan elemen romantik, komedi dan kekeluargaan. Terutama sekali aspek komedi dan kekeluargaan. Bagi medical student yang meminati subjek Psychiatry macam aku dulu, menerusi filem ini anda boleh tengok heroin dalam filem ini bersikap pelik kerana pengambilan SSRI (ubat anti-depresi). Antara kesan sampingan ubat tersebut adalah AKATHISIA (restless), MEMORY LOSS and etc. Yang mana heroin menunjukkan kesemua simptom tersebut dan inilah yang mewujudkan elemen komedi dalam filem ini.


Salute dengan Parineeti Chopra sebab berjaya bawa watak si genius yang terlalu bergantung dengan ubat anti-depresi kerana masalah keluarga. 5 bintang aku beri pada heroin filem ini. Dan ini adalah filem kedua Sidharth Malhotra yang aku tonton selepas STUDENT OF THE YEAR. Jujurnya aku tonton filem ini pun sebabkan dia dan tak mengharap sangat dengan jalan cerita ini. Tapi tak sangka, jalan cerita dia buat aku melekat dan of course the quirkiness of the heroin herself. 

Filem ini agak kompleks di mana di awal cerita, 7 - 8 tahun yang lalu, Meetha (Parineeti Chopra) dan Nikhil (Sidharth Malhotra) dipertemukan di perkahwinan kakak Meetha. Ketika itu, Meetha sedang melarikan diri selepas "mencuri" duit ayahnya untuk digunakan bagi researchnya. Nikhil membantunya melarikan diri ketika itu walaupun mereka cuma kenal gitu-gitu aje. Dan dalam majlis itu, Nikhil bertemu dengan Karishma (adik Meetha) dan mereka jatuh cinta.


10 tahun selepas itu, mereka sedang sibuk untuk persiapan perkahwinan mereka. Hubungan mereka selalu ada turun naik, ayah Karishma pun tak berapa berkenan dengan Nikhil sebab dia macam tak ada semangat bekerja dan buat sesuatu sambil lewa. Karishma pun selalu bangkitkan isu duit pada Nikhil. Jadi Nikhil berjanji dalam masa 7 hari sebelum hari perkahwinan mereka, dia akan berjaya dan kaya raya. Pada hakikatnya, cita-cita Nikhil adalah ingin menjadi pegawai kerajaan seperti ayahnya, tapi kerana Karishma dia menceburkan diri dalam dunia bisnes.

Dan saat ini, Meetha kembali ke India untuk cuba mendapatkan wang lagi dan paling utama sekali ingin berjumpa dengan ayahnya kerana terlalu rindu. Karishma cuba menyembunyikan kakaknya itu daripada pengetahuan ayah, ibu, adik-beradik dan pakciknya kerana menurutnya, mereka semua sangat membenci Meetha kerana dia seorang penagih dadah dan lari dari keluarga selepas mencuri sejumlah wang dari ayahnya sendiri. Jadi Nikhil ditugaskan untuk menjaga Meetha dan menyembunyikannya.

Waktu inilah macam-macam hal berlaku, daripada suspens, lawak, sedih dan semuanya mendekatkan Nikhil dan Meetha hingga akhirnya mereka tak sedar yang masing-masing telah jatuh cinta. Bak kata Meetha pada Nikhil, kau adalah oksigen dan aku double hidrogen, dan chemistry kita berdua seperti air. Haha. Ayat dari seorang chemistry genius. 


2 scene yang paling aku ingat dan tinggalkan kesan mendalam adalah apabila Meetha yang begitu teringin sangat nak jumpa ayah dia, tapi tak dibenarkan oleh Karishma. Jadi Nikhil tolong Meetha supaya Meetha boleh nampak ayahnya walaupun cuma menerusi balkoni rumah. Touching habis aku tengok.

Next scene of course scene mereka sekeluarga bertemu semula dengan Meetha. Sekotak tisu aku habis tengok scene ni. Haha. Sedih sangat. Overall filem Hasee Toh Phasee ini adalah wajib tonton.

* * *

BOBBY JASOOS

RATING AKU   : 3.5 / 5
RATING IMDB : 5.5 / 10
DIREKTOR       : SAMAR SHAIKH
PRODUSER       : DIA MIRZA


Bobby Jasoos, sebuah lagi filem keluaran 2014 bergenre komedi. Romantik ada tapi tak banyak pun. Walaupun tak banyak tapi sweet juga. Haha. Bobby Jasoos dah hampir 2 bulan lebih aku perap dalam hard disk, barulah ada mood nak tengok. Dan keseluruhannya, filem ini tak mengecewakan aku. Bolehlah buat aku tonton dari awal sampai akhir. Maknanya tak adalah bosan tahap melampau.

Hero filem ini, Ali Fazal adalah sangat HOT!! Hahaha. Gatal eh!! Suka tengok muka dia. Kekeke.


Bobby Jasoos (Bobby The Detective), ini menampilkan Divya Balan dan Ali Fazal sebagai teraju utama. Kisah bagaimana Bobby atau nama sebenarnya Bilkis Ahmed berusaha mencapai impiannya untuk menjadi seorang penyiasat yang berjaya. Dia cuba memohon kerja di firma penyiasatan yang popular tapi ditolak mentah-mentah kerana dia tiada sijil kelayakan. Jadi dia bertekad untuk berjaya dan bina firmanya sendiri, berhadapan dengan firma penyiasatan yang telah menolak tawaran kerjanya.

Dia berusia 30 tahun dan masih lagi belum berkahwin. Dan perkara ini cukup merunsingkan kepala ayahnya. Bobby cumalah penyiasat kecil-kecilan yang membantu menyelesaikan kes-kes kecil di kawasan kejiranan dia contoh macam membantu Tasavur (Ali Fazal) memutuskan pertunangannya, mengambil upah dari makciknya untuk spy sepupunya, Afnee yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan abang long kawasan iaitu Lala Bhai.

Sampailah satu hari, seorang NRI, Aneez Khan, mengupah Bobby mencari 3 orang individu dalam 3 kes berasingan dengan menawarkannya wang yang sangat banyak. Pada mulanya Bobby cuma mengikut saja kerana pertama kali dalam hidupnya dia diberikan kes besar dengan upah yang banyak. Jadi dia cuma mengikut tanpa banyak tanya. Dengan duit yang diperoleh dia menyewa pejabat baru, membeli telefon baru dan memberikannya pada ibunya. Cuma ayahnya saja yang tak berapa berkenan dengan apa yang Bobby buat. 


Dan dalam misinya mencari 3 individu bernama Nilofer yang mempunyai tanda lahir di tapak tangan, Aamna yang mempunyai tanda lahir di lengan kanan dan juga Ali yang ibu jarinya kudung, Bobby menggunakan macam-macam cara. Dia juga menyamar macam-macam watak yang bagi aku sangat genius dan nampak menjadi penyamarannya. Dia tak pernah langsung tanya tujuan Anees Khan mencari 3 orang tersebut sampailah satu hari Lala Bhai menimbulkan keraguan dalam hati Bobby dengan mempersoalkan tujuan sebenar Anees Khan dan mungkin Bobby telah membantunya membuat kerja tak elok.

Risau jika Anees Khan melakukan perkara yang tak elok, maka dalam diam dia mengajak Tasavur untuk bersamanya menyiasat siapa sebenarnya Anees Khan dan kemana menghilangnya Nilofer dan Aamna selepas mereka dipertemukan dengan Anees Khan. Dan dalam proses berkerjasama inilah Bobby dan Tasavur jatuh cinta. Weee. 


Cerita ini memang suspens, lawak pun ada, sweet sikitlah. Dan yang penting, jalan ceritanya mempunyai twist dan tak seperti yang dijangka. Memang aku tak jangka langsunglah. Jadi nak tahu apa hasil penyiasatan Bobby bolehlah download sendiri atau boleh tonton dekat Astro Bollyone HD. Oh ya. Boleh tengok macam mana Muslim India berpuasa sebab background filem ini adalah di kawasan kejiranan Muslim dan Bobby sendiri berasal dari sebuah keluarga Islam.

Selamat menonton semua dan selamat berhujung minggu. Assalamualaikum.

P/S : Tengah tunggu filem Happy New Year dari Shah Rukh Khan yang baru ditayangkan. ^^












Ulasan

farhana berkata…
I da tengok Bobby Jasoos. Suka filem ni sbb genre penyiasatan. For me, memang best! 4/5. Yes, tang sweet xbanyak tp ada impak. Memang padan Tasavur dgn Bobby. Sweet nau cara Tasavur pandang Booby (ewah).

TQ sbb sediakan link. U r da best sbb skali dgn sub skali u bagi hehe.
Nnt nk dwnload Hasee Toh Phasee plak.
@farhana Ewah. Best kan. Haha. Glad that I can provide somelaughter and sweetness to people thru my review. Ecewah ayat. Haha.

Next time, I tambah lagi kalau ada filem menarik. Selamat menonton kisah si sentimental dan si gila-gila pula lepas ni. Heee. Cuma subtitle dia kadang ada salah terjemah, tapi bolehlah layan juga. Boleh difahami lagi. Haha. Dan yang penting boleh feel. Kekeke. :D
Lisha Boutique berkata…
tambah satu lg filem..PK dari Amir Khan..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?