Nak Kurus 1 : It Is Not An Easy Journey!

Assalamualaikum.

Morning beautiful people. Salam Jumaat. I've been eagerly waiting for my mood to come so that I can start up a post on my recently started journey. What about my journey? What about it? Well, perhaps it is something that maybe you've been hearing from me over and over again. Haha. A weight loss journey. A journey for a better life.

Kalau nak diikutkan memang dah tak terkira rasanya berapa banyak kali perancangan aku untuk kurus dan jadi sihat macam zaman sekolah menengah dulu. Tapi semuanya memang hangat-hangat tahi ayamlah orang Melayu kata. Cakap lebih tapi habuk tarak. Paling sekejap aku bertahan seminggu, paling lama pun sebulan.


It is hard. It is. It will never be an easy journey. That's why it requires strong will and determination. Together with support and motivation. And of course, an awareness and positive insight. In which I lack on that aspect of weight loss process. 

Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak mula semula langkah yang aku hentikan dulu. Langkah yang aku hentikan sebab aku tak kuat, aku tak yakin diri, aku sentiasa berasa aku berada dalam zon selamat yang mana aku tak. Aku gemuk, aku sakit dan aku tak ada keyakinan diri. Jadi aku kembalikan semula semangat yang terpadam dulu. Tapi kali ini aku mulakan dengan perlahan dan tak terlalu memaksa diri.


Alhamdulillah, hari ini hari kelapan "perjalanan" aku. Misi aku untuk kurus adalah CLEAN EATING dan WORKOUT. Tapi aku buat secara slow and steady. Dari segi pemakanan, aku kurangkan semua portion makanan secara sedikit demi sedikit. Kalau selalu aku makan nasi sepinggan penuh, aku kurangkan jadi setengah. Dan perlahan-lahan akan aku kurangkan sampailah jadi segenggam nasi. Semua bendalah aku kurangkan kuantitinya. Tapi bukan kurang secara drastik, tapi sikit demi sikit.

Dari segi workout, aku mulakan dengan sehari 15 minit. Bila badan dah mula adjust, aku naikkan jadi 30 minit, 60 minit dan seterusnya. Dah masuk hari kelapan, rutin workout aku adalah 3 - 5 kali seminggu selama 1 jam. Aku install aplikasi yang membantu, contoh macam pedometer yang disertakan sekali dengan calorie counter, sebab ianya memudahkan perjalanan aku.


Perkara penting seterusnya adalah AIR. AIR AIR AIR!!! Sangat penting. Keperluan air adalah mengikut keadaan sekeliling, aktiviti dan juga berat kita. Aku mulakan dengan minum 2L air sehari, perlahan-lahan aku naikkan ke 3L dan sekarang aim aku adalah untuk minum 4 - 5L sehari. Untuk memudahkan anda yang tak suka minum air, boleh bahagikan kepada botol-botol kecil dan bawa kemana saja. Lagi satu, ada banyak aplikasi WATER DRINKING REMINDER yang boleh anda install untuk ingatkan anda tentang goal yang perlu anda capai dalam sehari.

Bukan semua benda mudah, tapi kita boleh perlahan-lahan sesuaikan diri kita sampailah benda yang susah boleh jadi senang. Yang penting, hati kena kuat, semangat kena kental, azam perlu tinggi, sabar dan sabar dan sabar.


Oh ya, seperkara lagi yang aku amalkan. Minum air lemon sebiji sehari. Lemon diperah bersama dengan 300 - 400ml air. Nak campur madu sikit pun boleh. Minum waktu pagi masa perut kosong. Lepas 20 - 30 minit, ambillah sarapan anda. Apa yang aku buat, aku "kahwinkan" teh hijau dengan air lemon aku.

Teh hijau aku minum 2 - 3 kali sehari. Waktu pagi sebelum sarapan, sebelum lunch dan sebelum minum petang / dinner. Ada artikel yang aku baca, selepas beberapa bulan amalkan teh hijau, bolehlah bertukar pada teh oolong pula yang lebih power sedikit dari teh hijau yang mana oolong tea boleh membakar lemak 157% lebih efektif berbanding teh hijau.


Masa aku mulakan proses penurunan berat badan aku, aku beli 3 buku. Satu untuk FOOD JOURNAL. Satu untuk WORKOUT JOURNAL. Dan satu lagi untuk PROGRESS JOURNAL. Aku catat semua nota penting yang aku boleh gunapakai, quote yang paling aku suka adalah "KITA KENA PANDAI BERMAIN DAN TRICK BADAN KITA". 

Selain itu, rutin aku setiap malam sebelum tidur, aku akan download video cardio workout, HIIT, kick boxing, zumba dan aerobik untuk aku guna setiap petang selama 30 minit sebelum aku mulakan slow jog sejauh 4 - 5 km. Aku pastikan aku mulakan dengan aktiviti yang low impact supaya tak cedera. Sebab lutut dan tulang belakang aku pun baru slowly nak sembuh.

Selain video workout, satu lagi yang banyak sangat membantu aku adalah video-video weight loss journey dan transformation di Youtube. Rasanya dah dekat 50 video yang aku tonton untuk bakar semangat aku sendiri. Aku perlu tengok setiap hari sebab semangat aku cepat up and down. Seriously. Haha. Bila tengok orang turun sampai 100 pounds lebih, memang tercabar jugalah. Kalau orang boleh, takkan kita tak.

You can push yourself to the max but slowly. Jangan terlalu paksa diri sebab nanti senang down dan patah semangat. Macam aku. Haha. Anyway, doakan aku terus istiqamah untuk kurus, jadi fit dan sihat. Jauh lagi jalan aku. Farhana, fighting!!!

Jaga diri semua. Assalamualaikum.
:)


HEART SPEAKS : Masih ada lagi ke lelaki seperti ini? Menerima dengan seadanya.
:)


Ulasan

farhana berkata…
I love this post! Yes, xlrh nak paksa sangat. I pun skrg ni ambik nasi sekali sehari instead of 3 kali =P

Diri kita sendiri yang lebih kenal badan kita. Bukan orang lain. Orang lain tau nak komen je. Bukan semua tapi kebanyakannya hehe.

Good luck Farhana. I support you! :D
@farhana Thank you farhana. Lets support each other. Heee. Betul sangat. Bila dengar cakap orang ni la kadang semangat tu turun naik. Semua benda perlu masa, cuma yang penting jangan mengalah walau lambat mana pun hasilnya. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?