Kek Lapis Sarawak! Mudah Dibakar, Sedap Dimakan! Eh! Yeke?!

Assalamualaikum.

Salam pagi Jumaat wahai rakyat-rakyat bumi sekalian. Entry lepas dan lepas cerita pasal raya, entry lepas cerita pasal wayang, entry kali ini kita nak kongsikan pengalaman yang teramatlah berharga. Haha. Berhargalah sangat kan?

11 tahun aku duduk di Sarawak, sampaikan mak aku menjadikan aktiviti buat kek lapis Sarawak sebagai hobinya dan bila pulang ke Semenanjung, mak turunkan pula ilmunya pada adik beradik dan sanak saudara. Tapi pada aku, turun tapi aku ni masuk telinga kanan, phew, keluar telinga kiri. Aku kata dekat mak, aku tak ada bakat dan tak ada kesabaran nak buat kek lapis. Tapi aku suka makan. Haha.

Tapi antara banyak-banyak kek lapis Sarawak yang mak buat, yang jadi kegemaran aku adalah Kek Lapis Nona, Kek Lapis Keju, Kek Marble, Kek Lapis Tikar Mengkuang dan kegilaan terbaru adalah yang di bawah, Kek Lapis Aura Seri a.k.a Kek Lapis Pelangi.


Nampak simple, nampak senang kan? Rasanya lagilah berganda sebab. Tak sampai 3 hari, habis satu kek manusia dalam rumah aku telan. Dahsyat ke tak dahsyat penangan si Aura Seri ni. Jadinya untuk memuaskan nafsu tembolok sendiri, aku cakap dengan mak, biar aku cuba buat sendiri kek lapis ni. Walaupun hakikatnya, aku tak pernah buat pun. Kalau tolong bakar selalu jugalah. Tolong pukul, tolong mix, tolong kaup memang bercinta sangat nak buat. Pemalas kot. Haha.

Dek kerana nak makan, gagahkan juga diri cuba buat. Masa proses nak buat memang puaslah kena bebel dengan mak, kena marah, satu pakej semua ada. Maklumlah orang tak pernah buat, tiba-tiba nak buat kek lapis, tok guru pun berasaplah bila ada step yang canggung dan tak betul. Haha. Tapi aku ikutkan saja, nak belajar kenalah tadah telinga.


Walaupun nampak buruk sikit, ada yang tebal ada yang nipis, kek lapis Sarawak ini berjaya aku siapkan dari proses mula memukul, menggaul, guna mixer, sampailah proses melapis dan membakar. Dekat 2 jam lebih jugalah berpenat lelah membanting tulang, akhirnya inilah hasilnya. Rasanya pun Alhamdulillah 90% sama macam mak buat, 10% lagi sebab aku punya kurang manis. Heee.


Tiba-tiba entah dari mana semangat datang nak belajar buat kek lapis Sarawak yang lain. Tak kisahlah kena marah sikit dengan mak, yang penting ada ilmu baru yang kita belajar. Nanti dah kahwin, boleh tunjuk skill dekat rumah mak mentua pula. Kekeke.

Ewah ewah ewah. Gatai!!! Haha. Siapa-siapa yang nak merasa pelbagai jenis kek lapis, singgahlah ke rumah. Raya kan sebulan. Heee. Anyway, salam 12 Syawal semua. Jaga diri ya. Assalamualaikum.

Ulasan

Rizziela berkata…
menariknya..mcm mana kalau nak belajar gak :D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?