Raya 2014

Assalamualaikum.

Salam 5 Syawal. Memang lama benar tak menulis, kemalasan yang begitu menular memandangkan diri ini begitu sibuk mempersiapkan diri mencari bidang-bidang kerja yang lebih sesuai dengan keadaan dan situasi sekarang. Berharap benar permohonan dari SPA kali ini berjaya dan aku mampu ubah jalan hidup aku kepada yang berbeza dan mungkin lebih baik. InsyaALLAH.

Raya tahun ini, raya seorang gadis bujang yang masih lagi keseorangan tapi tetap gembira dengan kehadiran ahli keluarga di sisi. Cumanya beza raya kali ini dengan raya tahun sudah, mungkin tahun sudah mampu bagi duit raya pada mak-mak saudara dan juga anak-anak saudara serta sepupu. Tapi tahun ini, dengan status “bakal menjadi pelajar semula”, duit raya pun tak mungkinlah jawabnya. Memang tahun ini berat sungguh hati mahu pulang ke kampong, mahu pulang menghadap saudara mara terasa malu dan segan. Tapi raya kali ini berbeza, tak lagi beraya di Kampung Makam sebaliknya ke rumah nenek yang sebuah lagi di Taman Kota Mas. Tapi Kota Tinggi memang panas macam ketuhar. Huhu.

Pagi raya tahun ini adalah tahun yang sayu. Sesi bermaafan di pagi hari juga penuh dengan linangan air mata buat keluarga Hajah Maznah. Banyak sungguh dugaan buat kami, keluarga Hajah Maznah, dugaan yang buat kita jatuh berkali-kali tapi tetap terus berusaha untuk bangkit. Aku juga sangat berterima kasih pada seluruh ahli keluarga atas sokongan dan kata-kata semangat yang tak pernah putus. Tersentuh jugalah si hati tisu ini.

Dan dah nama pun raya, dah tentu banyak soalan bonus. Bonus yang orang bagi tapi kita tak nak. Haa gitu! Soalan bila kahwin memang macam dah rutin kan. Tambah lagi orang dah nak masuk umur 27 kan. Bukan tak nak jawab, cuma kita sendiri pun tak tahu jawapannya. Rimas tak sangat cuma kadang tak selesa kalau ada yang nak kenen sana sini. Hati kita ada satu je kot. Haha.

Tahun ini juga kad raya lebih banyak yang dipos dari tahun sudah. Kad untuk Penyebab Senyuman Dalam Rahsia juga tetap ada seperti tahun sudah. Tapi tahun ini, kepala otak aku asyik kata sudah-sudahlah hantar kad raya. Aku bukan kecil hati ke apa ke, cuma yalah, aku pun manusia. Memang aku malu dengan dia dan aku nak sangat tahu apa dia nak kata. Rimas ke dia, meluat ke dia, naik menyampah ke dia. Tiap tahun aku beriya menghantar kad raya pada Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, mesti orang ingat aku ni hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Ya tak. Huhu. Walaupun kadang aku rasa macam tuan badan dah bagi hint dengan sikap dingin dan acuh tak acuhnya, macam nak kata, “Sudah-sudahlah!” Tapi aku memang muka tak malu buat-buat tak faham kan? Haha. Okay, aku akan putus asa. Aja aja fighting.

Tahun ini diuji dengan sakit gigi yang berulang. Ya, tumbuh gigi bongsu atas bawah memang menyeksakan. Gusi sampai bengkak dan naik demam. Kalau teruk sangat, sampai nak buka mulut pun payah. Seksa, nak pergi klinik gigi takut, jadi kita bersaabar dan sepanjang masa tonyoh Sensodyne. Kesannya, sakit cuma akan datang sebulan sekali. Haih, okaylah kan. Haha. Tunggu dah bersedia mental dan fizikal baru kita pergi okay gigi.

Raya 2014 memang bawa banyak makna dan erti. Raya anda pula macam mana? Apa pun, salam aidilfitri dari Cahaya Yang Riang Gembira untuk semua. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?