"I Am Groot" Bersama Guardians Of The Galaxy! MARVEL Tak Pernah Mengecewakan! | " Cahaya Yang Riang Gembira "


"I Am Groot" Bersama Guardians Of The Galaxy! MARVEL Tak Pernah Mengecewakan!

2 comments
Assalamualaikum.

Suka benar kan tajuk panjang berjela. Baru 3, 4 hari sudah menulis entry pasal raya, sekarang datang pula kerajinan nak tulis satu lagi entry. Gara-gara lepas menonton Guardians Of The Galaxy pada Isnin pagi yang lepas bersama adikku.

Selain dari Lucy, filem Guardians Of The Galaxy ini juga merupakan salah satu movie yang ada dalam TERINGIN WATCHLIST aku. Sebabnya aku tertarik lepas tonton trailernya, dan keduanya dah tentu sebab movie ini merupakan sebuah lagi movie karya MARVEL yang mana kita memang tak boleh sangkal, kebanyakan movie MARVEL memang gempak, best dan terbaik. Kan kan kan?


Seperti biasa, bukan review sebab aku memang tak reti benar nak review nak ulas benda alah macam ni. Jujur aku kata, in my personal opinion, Guardians Of The Galaxy adalah much better daripada Transformers Age Of Extinction. Walaupun aku sebenarnya tak adalah suka sangat movie yang memaparkan benda-benda lain yang selain dari makhluk di bumi. Tapi Guardians Of The Galaxy aku bagi pengecualian. Kekeke.

Hero dia memang hot dan kacaklah, macam biasa. Kalau hero tak hot, cerita pun susahlah nak hot. Eh yeke?! Haha. Watak Peter Quill a.k.a Star Lord lakonan Chris Pratt ini memang kerek habis, stylo, sempoi, playboy dan lawak. Tapi sebenarnya, kalau ikutkan aku, semua watak dalam filem ini lawak-lawak belaka. Memang banyak scene juga aku gelak masa tonton filem ini. Unsur humorous filem ini memang tak mengecewakan. Especially watak GROOT dan ROCKET.


Heroin kita bernama Gamora lakonan Zoe Saldana. Benda yang paling aku ingat pasal watak dia adalah bila Peter Quill pasangkan headphone pada dia dan ajak dia menari. Dan satu lagi scene dalam kapal Yondu sejurus selepas Peter Quill selamatkan dia dari ambang kematian. Gamora dan Peter Quill memang merupakan pasangan yang secocok dan scene mereka kadang mencuit hati juga.

Tak banyak sangatlah ingatan aku pada Gamora sebab watak dia macam biasa-biasa saja bagi aku.


Pasangan Rocket dan Groot memang terbaik. Tak sangka Vin Diesel yang memainkan watak si pokok yang bernama Groot itu. Yang mana vocabulary yang dia ada cumalah 3 perkataan bak kata Rocket, iaitu "I" "Am" "Groot". Haha.  Walaupun dia sebut "I Am Groot", tapi sebenarnya makna yang cuba disampaikan adalah lain dan yang lawaknya, cuma Rocket yang faham apa si Groot kata. Haha. Tapi masa Groot berjaya sebut perkataan lain dari "I Am Groot", memang tersentuh jugalah. Part touching dan meleleh air mata bila Groot korbankan diri dia untuk keselematan kawan-kawan dia. Memang a true guardian of the galaxy.



Drax lakonan Dave Bautista ini juga merupakan salah seorang Guardians of The Galaxy yang mana pada awalnya mengalami masalah untuk berbaik dengan yang lain, terutamanya Rocket. Mereka bertemu di penjara dan mulanya Drax berhasrat untuk membunuh Gamora kerana perkaitannya dengan Ronan. Tapi selepas dibrain wash oleh Peter Quill, Drax ubah hasratnya. Dan dia cuma nak balas dendam pada Ronan atas kematian anak dan isterinya. Tapi lama kelamaan dalam perjalanan cerita ini, dia mula kenal erti persahabatan dan part paling lawak bila Drax panggil setiap dari mereka "KAWAN". Lawak lawak!


Antagonis untuk filem ini, Ronan. Dia tak sukakan perjanjian keamanan yang dimeterai oleh Nova Corps dan berhasrat untuk memusnahkan Xandar atas bantuan Thanos. Atas sebab itu, dia berhajat untuk mendapatkan "ORB" yang dijumpai oleh Peter Quill dengan tujuan untuk menguasai dunia dan menghancurkan Xandar. Kalau nak tahu betapa kuatnya kuasa "ORB" ini, kenalah pergi wayang dan tonton sendiri. Kalau cerita banyak sangat pun tak best. Ya tak?


Dan ini pula Yondu. Dialah orang yang bertanggungjawab menculik Peter Quill dari bumi dan melarikannya ke angkasa luar. Yondu adalah puak Ravager yang mana mereka merupakan lanun angkasa luar. Yondu sebenarnya diupah oleh ayah Peter Quill untuk menculiknya dan dibawa kepada ayahnya. Tapi sebaliknya, Peter Quill tak diserahkan langsung kepada ayahnya.

Menurut Nova Prime (ketua negara Xandar), Peter Quill bukanlah manusia sepenuhnya. Yang mana ibunya adalah manusia tetapi ayahnya adalah makhluk angkasa luar. Sebab itulah Peter Quill mempunyai keupayaan luar biasa untuk handle kuasa ORB tersebut. Memang misteri jugalah identiti ayah Peter Quill dan aku rasa akan diperkenalkan pada sekuelnya nanti.

Alah. Macam biasalah MARVEL, dah tentu ada sekuel punyalah. Tapi aku sempat cari dekat internet pasal komik GUARDIANS OF THE GALAXY semata-mata nak tahu siapa ayah Peter Quill dan dari komik mengatakan ayah Peter Quill adalah Emperor J'son of Spartax a.k.a Jason of Sparta.


Dan sekarang, dah tak sabar nak tunggu sekuel seterusnya pula. Adoiyai! Apa pun, dari 10 bintang, aku bagi 9 bintang untuk filem ini. Berbaloi ditonton. Kalau anda peminat komik MARVEL, memang sah-sah kena tonton. Kalau anda ada sedikit kekecewaan lepas tonton Transofrmers yang lepas (macam aku), filem ini bagus untuk ubati kekecewaan anda. Hehe. Selamat menonton dan selamat bergelak ketawa. Haha.

Asslamualaikum.


2 Comments Here:

Hafiz Hafizol berkata...

tadi kawan kat twitter pun recommend cerita nie.. best dia kata.. kena tengok nie.. hehehe

Ezad Skytech berkata...

watak Rocket memang kelakar habis...paling terbaik masa Rocket tipu Star-Lord masa nak lepaskan diri daripada penjara tu...HAHA

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.