Drama Korea Temptation : Kisah Godaan Dan Suami Orang
Assalamualaikum.
Dah lama eh tak cerita pasal hobi yang satu ini. Bukan apa, bila dah dilambakkan dengan pelbagai jenis macam drama-drama Korea yang baru, memang tak ada masa nak duduk cerita satu persatu. Sekarang pun yang dalam watching list dah ada 5 ke 6 drama, yang lain semua on hold. Kita bagi peram dulu sampai mesra baru kita tonton. Haha.
Tapi yang nak ceritanya pasal drama yang satu ini. Tajuk dia TEMPTATION atau orang Melayu kita sebut GODAAN. Di Korea sekarang drama ini dah masuk episod 14. Di Malaysia pula, ianya ditayangkan menerusi saluran ONE yang aku tak berapa pasti dah berapa episod, tapi rasanya masih lagi awal-awal episod.
Aku tak berapa pastilah samada dekat Malaysia popular atau tak drama ini, tapi dekat Korea, ratingnya pun tak gah mana. Suam-suam kuku saja. Orang tonton pun sebab rindu dengan gandingan hero heroin Stairway To Heaven ini, iaitu Choi Ji Woo dan Kwon Sang Woo.
Tapi rata-rata aku baca forum atau komen-komen tentang pandangan penonton pasal drama ini, ramai yang membangkitkan pasal isu MORAL. Bagi mereka apa yang si watak lelaki utama buat dalam drama ini adalah tak bermoral. Jujur aku cakap, aku tak follow drama ini. Aku tengok sikit-sikit saja, lompat sana sini. Tapi aku baca juga sinopsis dan recap yang mana sempat. Jom tengok sinopsis sikit.
Synopsis
A melodrama about a married man, Cha Suk Hoon (Kwon Sang Woo) who receives a huge sum of money from a woman, Yoo Se Young (Choi Ji Woo) to repay the huge debt he owes. Complications arise when the woman demands total submission from him, jeopardizes his relationship with his wife.
Masalah tak akan timbul kalau si lelaki sayang gila setia mati dekat si isteri. Ops!! Jangan marah dengan ayat kita. Haha. Aku memang tak tengok sepenuhnya drama ni, tapi aku nampak si lelaki tadi pun ada perasaan dekat perempuan yang tolong dia tu, sama juga macam perempuan tu ada rasa sama pada suami orang tu. Kira suka sama suka. Godaan, boleh datang dari macam-macam bentuk. Lelaki, perempuan, wang!!!
Aku still okay lagi kalau drama ini cuba nak tonjolkan macam mana kuatnya si suami untuk tahan perasaan dia dari menyukai perempuan yang satu lagi tu dan cuba jaga perkahwinan dia. Tapi kalau sampai bercerai berai, si suami dah mula lovey dovey keluar dating dengan perempuan tu, si isteri pula terima lamaran lelaki lain, memang aku bengang jugalah. Tapi ada juga individu yang komen cakap, walaupun dia tahu salah, tapi dia mengharapkan happy ending untuk Suk Hoon (si suami) dan Se Young (perempuan kaya). Well, mungkin sebab itu orang kata cinta tak kenal siapa kot. Kadang walaupun tahu salah, tapi kita tetap harap kita boleh kecap bahagia. Amboi ayat!!! Semuanya balik semula pada jodoh. Jodoh kan ketentuan DIA.
Dunia sekarang dah selalu sangat kan kita dengar kisah bercinta dengan suami orang. Pada aku sendiri, kalau boleh elak kita cuba elak. Kalau tergelincir sikit perasaan, cepat-cepat bangun dan kemas bersih perasaan, dan cuba untuk jangan tergelincir lagi. Jatuhkan perasaan pada yang lebih berhak dan yang lebih sesuai. Elakkanlah secret love dengan suami orang, yakni tanpa pengetahuan isteri dia. Lain ceritalah kalau isteri dia tahu dan isteri dia redha si suami nak bernikah satu lagi.
Rasa satu perasaan yang berat dan bersalah kan untuk buat perempuan lain sedih hanya untuk diri kita sendiri rasa bahagia. Lagilah kalau yang perempuan itu bergelar "ISTERI". Orang selalu kata, apa yang kita bagi, itu yang kita akan dapat. Kita beri bahagia, InsyaALLAH kita akan dapat bahagia. Kan?
Salam pagi Rabu semua. Have a great day guys. Assalamualaikum.
HEART SPEAKS : Perasaan, kasih, sayang dan cinta itu tak pernah salah dan tak pernah berdosa. Salah atau betulnya itu terletak pada si manusia itu. Perasaan memang lahirnya tak boleh dipaksa tapi boleh dikawal dan dijaga.
Ulasan
Saya layan drama ni. Ada sebab yg membuatkan perkara2 tersebut berlaku. Setiap watak ada salah masing-masing termasuk isteri. U tengok la balik dr awal. Boleh tahan best.