Tonton Into The Storm, Perasaan Macam . . .

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Entry yang aku dah karang seminggu lepas, tapi tak ada mood nak publish. Jadi, pagi yang indah lagi tenang ini, mood dah kembali baik, jadi apa kata kita publish entry yang aku conteng lepas aku balik dari menonton wayang filem INTO THE STORM bersama adik-adikku. Kira siblings day out untuk kami berlima. Hanging out with your brothers and sisters is one of the best thing in life. Seriously.
:)

Hari Jumaat tonton, hari Khamis kita dah book. Seriously masuk wayang guna QR code lagi senang. Tak perlu bersusah payah beratur panjang. Cuma masalah bila scanner dia kadang-kadang tak berapa nak sihat sangat. Maka jadi lambatlah sikit.


Kenapa aku nak tonton filem ini? Satu sebab trailer dia nampak okay. Kedua, aku dah tengok filem best-best yang lain, kira INTO THE STORM aku tengok sebab dah tak ada option pun ya juga. Hahaha. Jadinya aku menapak ke dalam wayang tanpa harapan sangatlah. Tapi boleh tahan penuh juga wayang.

Aku bukanlah peminat natural disaster movie. Even filem 2012 pun, baru 2 bulan lepas aku pertama kali tonton. Haha. Sebabnya natural disaster filem kita dah boleh agak idea kasar jalan ceritanya. Dan INTO THE STORM pula mengenengahkan elemen bencana alam, ribut puting beliung.


Permulaan cerita dalam 15 minit aku agak terasa kebosanannya, mungkin kerana sebab pengenalan watak untuk filem ini. Dan perlahan-lahan, tornado mula menampakkan diri dan menjadi semakin garang. Antara scene yang aku paling ingat bila heroin hampir nak terbang ditiup angin tapi sempat berpaut pada kereta kebal mereka. Lagi satu scene di luar gereja yang melibatkan kebakaran, dan puting beliung meniup sekali api dan orang dalam lingkarannya. Scene kapal terbang ditiup naik ke udara sampai berpusing-pusing memang ngeri dan dahsyat. Itu nak tunjukkan betapa kuat dan lajunya puting beliung tersebut. Yang mana ianya bertiup selaju 300km/jam. Gila gila!

Last but not least, bila Pete si storm chaser berada di dalam eye of tornado dan ditiup naik ke langit sampai dia berada di atas awan dan nampak sinaran cahaya matahari. Pergh!!! Memang cantik scene tersebut. Nak tahu apa jadi pada Pete selepas itu? Kena tengok sendirilah.


Aku tak sangka ada orang yang bekerja dan dibayar semata-mata untuk dapatkan footage tornado sampai mereka sanggup membahayakan diri kejar tornado sedekat yang boleh. Unsur lawak filem ini biasa-biasa saja. Tapi unsur ngeri memang akui, ianya buat aku tutup muka dan mencengis jugalah. Perut pun naik kecut. Ngeri kot tengok kemusnahan akibat tornado. Kadang aku rasa filem ini boleh jadi filem FINAL DESTINATION juga. Sebab kau tak boleh jangka, dalam angin kuat begitu, apa benda alah yang boleh terbang dan terhempas depan kau, belakang kau, tepi kau ataupun atas kau. Ngeri kan?

Overall filem ini okaylah. Dari 5 bintang aku bagi 3. Kalau berminat bolehlah pergi tonton, kalau tak tunggu Bluray keluar okay. Hehe. Anyway, selamat menempuh hari Rabu anda dengan produktif. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?