Adik Farhana Semester 8 IPGKPM, Akak Farhana Minta Maaf

Assalamualaikum.

*Tunduk kepala*

Lama tak menulis, bila nak mula menulis, yang hairannya semua entry berkisarkan benda yang tak berapa nak best dialami oleh hati dan perasaan. Phew!!! Sepanjang 8 tahun aku memegang lesen kereta, 2 kali aku alami kemalangan. Kedua-duanya bukan dari silap aku. Okaylah juga kan.

Kali pertama, tahun 2007. Masih dalam "P". Tapi itu pun sebab tayar pecah, tambah pula dengan angin lintang dan tak melibatkan sesiapa. Kali kedua pula dalam 3 bulan lepas, itu pun sebab orang ambil jalan aku dan aku terbabas ke tepi dan langgar batu. Dan kali ketiga???

Ya, hari ini. 25 Ogos 2014. 


Keluar dari rumah dengan keadaan tak berapa nak sihat. Tapi masih lagi mampu memandu. Kejadian berlaku betul-betul di tengah simpang empat lebuh AMJ Jalan Maktab. Entah macam mana, semua kereta depan aku buat brek mengejut dan berhenti, dan aku juga ikutlah brek mengejut tapi apakan daya, brek itu masih tak mampu selamatkan aku lalu terciumlah aku dengan kereta depan.

Nasib aku baik sangat, kereta Myvi yang aku langgar adalah kereta anak murid ayah aku. Jadi aku pun ajaklah mereka balik Maktab dan bincang. Rasa macam darah dah kering dalam badan, tak pernah lagi seumur hidup aku, aku yang mencium kereta orang. Tangan sesejuk sejuknya. Takut kot. Sampai dekat Maktab, kami pun berbincang. Al kisahnya, yang membawa kereta bukanlah tuan punya kereta. Aku tahu, adik yang memandu tu mesti rasa takut juga, fobia dan rasa bersalah dekat kawan dia, si tuan punya kereta. Akak minta maaf ya adik. Akak pun cuak sebenarnya. T_T


Kebetulan entah dari mana ayah aku muncul. Aisey!!! Aku tambah lagi cuak, takut kena marah. Huhu. Alhamdulillah, masalah dah settle separuh. Sekarang tinggal nak bawa kereta adik tu pergi bengkel. Kemek sikit bumper, cat pun tertanggal sikit sebab langgar plat kereta aku. Kereta aku tak ada apa-apa. Legalah sikit sebab perlu tanggung kos satu kereta saja.

Makanya, sampai sekarang aku terasa down sangat-sangat. Tak ada mood dan rasa nak menangis. Perasaan aku kosong. Bila dah jadi macam ni, aku rasa bersalah lagi dekat ayah aku. Dah terlalu banyak aku susahkan dia. Semua benda, tragedi yang melibatkan duit terjadi saat dan ketika waktu aku dalam keadaan begini. Dugaan bersilih ganti. Macam dah jatuh ditimpa tangga lalu bergolek-golek jatuh dari tangga, tingkat 10 sampai ground floor. Sakit, memang sakit. Perit rasanya lalui kehidupan yang asyik menyusahkan orang keliling.

T_T


Kepada adik Farhana, semester 8, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, akak Farhana minta maaf seikhlas hati. Kepada adik berdua yang memandu kereta tu juga, akak minta maaf kerana telah menyebabkan kerisauan, ketakutan dan buat kamu rasa bersalah pada kawan kamu. Akak minta maaf sekali lagi atas kesalahan dan kecuaian akak. Maaf.

Kali ini berapa lama pula perasaan down ini akan bersarang dalam diri. Moga terus diberi kekuatan dan kesabaran. Sampai sini dulu. Have a great day ahead guys. Jaga diri.

Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?