A Moody Day : Pengalaman Bedah Gigi Bongsu

Assalamualaikum.

Hari ini, 15hb Ogos 2014, telah melakar lagi satu sejarah dalam hidup aku. Insiden yang menyebabkan hari ini menjadi hari yang sangat "moody". Hari ini merupakan hari yang telah dijadualkan untuk aku menjalani pembedahan kecil untuk gigi bongsu atas aku. Nak dicabut memang tak boleh sebab dia cuma tumbuh sikit sangat pada permukaan gusi, kira partial eruption of upper wisdom tooth.

Sebenarnya gigi aku tak adalah sakit sangat pun, cuma sebulan yang lepas bila gigi tersebut tumbuh, rasa sangat tak selesa dan gusi pun selalu sangat bengkak. Sakitnya datang dan pergi sampailah aku tak sanggup dah sebab sakit asyik berulang, jadi aku ambil keputusan untuk buang gigi bongsu tersebut.

Doktor gigi yang buat pembedahan untuk gigi aku tadi adalah Dr. Dharmindra. Aku tak nervous mana pun, tak adalah cuak. Sikit-sikit adalah. Baring atas kerusi, doktor perkenalkan diri dan terangkan step by step apa yang dia nak buat. Jadi prosedur dimulakan dengan 2 suntikan ubat bius. Selepas 3 minit, doktor mula potong gusi sedikit untuk mudahkan proses cabutan. Selepas itu, dia guna mesin, katanya untuk potong sikit tulang supaya ada ruang untuk buat proses cabutan.

Setakat semua proses di atas memang tak sakit langsung. Relax lagilah. Then doktor mula ambil peralatan apa entah, dia kata relaxkan badan, tarik nafas dan lepas, jangan keraskan badan, dia siap suruh nurse pegang kepala aku. Sebabnya dia nak mulakan proses mencabut. Subhanallah. Dah nama pun doktor lelaki, faham-fahamlah kudrat lelaki macam mana kan. Terasa macam nak tercabut kepala terkoyak mulut. Doktor kata gigi bongsu aku kuat sangat sebab dia sayang nak tinggalkan tuan dia, memang seksalah doktor duduk tarik dan goyang. Kepala aku pun naik pusing dah.

Masa proses ni terasa sakit dah, jadi doktor tambah lagi satu suntikan bius. Dan dia ulang proses tarik gigi aku sampailah gigi aku longgar. Akhir sekali dia ambil forsep untuk keluarkan gigi tersebut dan jahit gusi yang dibelah tadi. Aku pun still cool lagi walaupun kaki tangan mengeras sepanjang prosedur dijalankan. Takut weh bila doktor tarik gigi, perasaan macam gigi lain pun nak tercabut sama. Ngeri ngeri!!!


Doktor nasihatkan supaya telan air liur selalu termasuklah dengan darah kalau ada. Jangan berkumur. Jangan makan benda panas, makan benda sejuk saja. Lepas seminggu kena datang semula untuk cabut benang. Sampai rumah, dah tak terkira berapa banyak kapas aku dah tukar sebab darah masih tak berhenti keluar. Even sampai saat dan ketika ini gusi aku masih berdarah walaupun aku dah tala air sejuk, air batu, ice pack dan segala yang sejuk-sejuk belaka.

Kesan ubat bius pun dah habis. Makanya bergoleklah kita atas katil ya sebab sakit dia macam sakit gigi. Kepala berdenyut-denyut, gigi pun berdenyut, memang dugaan sungguh. Kalau cabut gigi geraham aku cool lagi, sakit dia okay lagi. Tapi yang ini aku tak sangka, memang sakit weh. Rasa macam mood hilang terus. Moody gila. Haha. Lapar pun lapar. Adeh.

Kejap lagi telan ubat, harapnya esok beransur pulihlah segala sakit yang ada. Jumlah keseluruhan prosedur yang aku lakukan di Klinik Pergigian Sharlindah ini adalah RM 645. Doktor-doktor dia pun bagus. Soft spoken. Sesiapa yang di Melaka, bolehlah cuba singgah di sini kalau nak buat rawatan gigi.

Okay semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Aku tak harapkan orang untuk faham perangai aku. Cuma aku harap orang boleh hormat cara aku, prinsip aku. Aku cuba nak jaga hati orang, orang tak nak jaga hati aku pun tak apa, cuma jangan buat aku rasa macam aku orang yang bersalah besar.
:)  




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mahal nyer cabut gigi bongsu weh.. eh tp kn, bkn xelok ke telan darah sbb darah kn toksik.. huhu.. sje share
Memang mahal. Menyesal pula cabut. Haha. Thanx for sharing.

But selalunya post surgical, kalau kita tak ada medical problem, darah dia bukan jenis yang mengalir meleleh. Mostly adalah saliva yang mix dengan sedikit blood so tak ada masalah telan sedikit darah. Sebab kita swallow, kita tak nak ganggu proses clot formation, nanti akan berdarah lebih banyak.

But yes, kalau ingest darah dalam kuantiti banyak mungkin membahayakan. Sebab kita takut blood borne infection, ataupun lead to condition yang dinamakan hemochromatosis, building up of iron dalam organ macam hati dan jantung. Iron tu yang toxic. :)
Seri berkata…
Baru pas buat minir surgery buang geraham bongsu bawah 6jam lalu. Di hati ini hanya tuhan yang tahu sakitnya... Omg pas habis bius siksanya mnahan sakit hahahahhaha damnnnn
@AZPEDA O

Hoho. Memang 2, 3 ari jugalah ambil masa nak hilang denyutnya tu. Sabar ya. Seminggu lepas tu okaylah. Bertabahlah. Hehe. :)
Unknown berkata…
Nk tnye brapa mngu gusi tu tertutup...
@salwa ya Selalunya lubang gusi tu akan mula tertutup lepas 2 ke 4 minggu. Saya punya sendiri pun makan masa, dekat sebulan juga. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?