Maybe I Should Find A Partner Soon

Assalamualaikum.

Wah, tajuk pesen-pesen begini memang dah lama aku tak tulis. Tak macam dulu kala, asal nak tulis entry, tajuk pesen begini yang selalu keluar. Haha. Sekarang dah jarang-jarang. Umur dah lanjut, dah slow and steady dah.

Perkataan "PARTNER" yang aku gunakan di atas bukanlah merujuk kepada life partner a.k.a future husband sahaja, "PARTNER" itu luas. Kawan, sahabat, rakan satu bisnes, pun partner juga.

Aku adalah seorang gadis yang berkecenderungan untuk berkongsi dan bercerita masalah atau apa saja yang merunsingkan aku dengan seorang sahabat. Famili pun tempat meluah masalah juga cuma ada sesetengah perkara, kita susah bercerita pada famili dan lebih senang berkongsi dengan sahabat.


Aku perasan semenjak berlaku transisi dalam hidup aku, aku suka cari sahabat baik aku untuk berkongsi masalah dan meminta pandangan. Aku tak ramai sangat kawan, jadi yang betul-betul baik dan rapat dengan aku cuma ada seorang saja. Jadi apa pun, aku cenderung mencari dia untuk berkongsi masalah atau bercerita. Salah satu sebab mungkin kerana sunyi.

Tapi, aku terlupa dan tak sedar, aku tak patut selalu ganggu sahabat itu. Walaupun dia sahabat baik aku, suaminya juga sahabat aku, tapi situasi tetap dah berubah. Sebabnya, dia sudah bersuami. Kalau aku keluar dengan mereka suami isteri, pasti akan terusik rasa dalam hati aku, "Seronoknya hidup berumahtangga. Seronoknya hidup ada pasangan untuk berkongsi masalah dan cerita."

Dan aku tahu, bila mana aku dah kahwin, keutamaan dia adalah suaminya yang tercinta. Jadi, dia tiada banyak masa untuk aku, tak seperti dulu. Itu yang aku lupa. Bukanlah aku terasa kehilangan, cuma kadang aku terasa sedih sedikit sunyi sedikit. Kawan aku dah jadi isteri orang dan banyak benda dah berubah.

Tapi syukur, Allah itu sentiasa ada. Yang jadi peneman hambaNYA tak kira susah dan senang. Berceritalah padaNYA. Kan?
:)


And, at the same time, maybe I should find a partner soon. Not just a life partner, friends as well. Heee. Morning people. Salam Jumaat. Have a great weekend ahead. Take care. Assalamualaikum.



Ulasan

Unknown berkata…
Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
Time Traveller berkata…
Assalamualaikum ... Fitrah kehidupan :D Moga dapat apa yang di cari . insyallah :D
PetakBunga berkata…
betul.
lepas kahwin..kawan2 makin hilang..mm

mmm

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?