Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan
UPDATE : Seperti yang dah aku tulis di perenggan terakhir, lebih elok ditanyakan perkara ini pada yang lebih arif jika masih ada sebarang kemusykilan.. Ada pendapat berkata begini, ada pula yang berkata begitu.. Makanya elok dirujuk pada yang lebih arif.. Aku ada terbaca dalam satu group Facebook di mana ada yang berkongsikan tentang artikel aku ini.. Ada juga yang kongsikan sumber rujukan dari JAKIM.. Sama-samalah kita teliti dan kaji, tak tahu tanyalah pada yang arif..
Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan..
Hari ini hari cuti.. Bolehlah rehatkan sikit otak dan badan dari cengkaman kerja.. Ecewah! Just a short post, aku jumpa di laman Facebook, dikongsikan oleh seorang sahabat aku yang bekerja sebagai jururawat.. Sesuatu yang kadang-kadang buat aku sendiri tertanya-tanya juga.. Malah ada juga segelintir pesakit yang masih ragu-ragu dan tidak tahu tentang letak duduk perkara-perkara seperti di bawah..
PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN
1) Semua jenis suntikan (Intravenous atau Intramuscular) kecuali Parenteral Nutrition (Fluid Therapy)
2) Tablet NITROGLYCERIN dan yang seumpaman dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan oleh pesakit jantung.
3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti VAGINAL SUPPOSITORY, PENCUCIAN (DOUSH), VAGINASCOPE atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (VAGINAL EXAMINATION).
4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan melalui saluran kencing seperti URETHROSCOPE, BARIUM, PENCUCI URETHRA.
5) TAMPAL GIGI atau CUCI GIGI selagi mana ianya tidak ditelan.
6) PENDERMAAN DARAH atau MENERIMA DARAH.
7) BANTUAN OKSIGEN atau GAS PELALI (ANAESTHETIC GASES).
8) SEMUA JENIS KRIM ATAU MINYAK YANG DISAPU PADA KULIT walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit.
9) AMBIL DARAH untuk ujian makmal.
10) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana anggota badan.
11) Laparoscope yang dimasukkan ke dalam badan dengan tujuan pembedahan.
12) SEMUA JENIS UBAT KUMUR, MOUTH GARGLE atau PENYEMBUR MULUT selagi mana ianya tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
13) UTEROSCOPE atau IUCD (alat pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
14) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati, atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).
15) Ubat asthma (INHALER).
16) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur).
17) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (General Anaesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
18) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui dialisis samada peritoneal atau hemodialysis.
19) Memasukkan GASTROSCOPE ke dalam perut dengan syarat TIADA SEBARANG CECAIR atau apa-apa BAHAN RAWATAN yang disalurkan.
* * * * *
REFERENCES
1) Fiqh Ramadhan, Ikatan Muslim Malaysia
2) Fiqh As Sunnah, Sayyid Sabiq
3) At Taqrirat As Sadidah Fi Al Masail Al Mufidah
4) Ibadah Pesakit Terbitan Perubatan Mesir
Jika masih ada sebarang kemusykilan, eloklah sekiranya ditanyakan pada yang lebih arif.. Selamat menunaikan ibadah puasa untuk pembaca semua.. Jaga diri ya.. Assalamualaikum..
Ulasan