O'n'G : Be Strong
Dugaan. Datang dalam macam-macam bentuk. Bukan namanya kehidupan kalau tak ada dugaan, tak merasa kesusahan. Sebelum tidur, hela nafas panjang-panjang, lepaskan beban di bahu, maafkan semua orang, lapangkan dada, lelapkan mata. Moga hari esok kita, lebih kuat dari hari-hari yang sudah. Belajar jadi kebal dari rasa kecewa, rasa sedih. Lali kena hambat, kena jerit, kena tengking. Itulah kehidupan.
Tapi apa pun, perasaan semalam adalah... Hmm. :'(
Lumrah. Adat orang kata. Kita dewasa dari pengalaman.
Untuk mak abah, terima kasih atas sokongan emosi. Okay semua. Jaga diri. Assalamualaikum.
P/S : Perbandingan, membandingkan dan dibandingkan itu sentiasa akan ada. Graduated dari Universiti A takkan pernah sama dengan dengan Universiti B. Perbandingan dah menjadi satu tradisi. Barangkali mereka lupa, setiap manusia ada lebih ada kurangnya. Ahh! Jangan difikirkan sangat. Apa yang penting, kita usaha lebih, untuk buktikan ianya TIDAK BENAR. Setiap dari kita, kalau nak mendaki dan capai puncak gunung, sudah pasti akan bermula dari kakinya. SABAR dan USAHA. Pasti berjaya.
*Cuba senyum kembali.*
Ulasan