Pesanan Seorang Bakal Isteri Kepada Bakal Suami.. Dahsyatlah Tajuk Entry..

Assalamualaikum semua.. Ouh.. Rasa macam dah lama sangat aku tak conteng-conteng, bebel-bebel dalam blog tercinta.. Semenjak jejak kaki ke Taiping, dah 3 hari rasanya tak berupdate apa-apa lagi kot.. Aku di sini, di Hospital Taiping, menjalani posting Ortopedik selama sebulan.. Baru 3 hari tapi aku dah rasa diri aku macam zombi Bandar Taiping.. Kelas dari pagi sampai petang pukul 6.. Kadang-kadang Specialist akan merajinkan diri dan kelas kami melarat sampai ke pukul 10 atau 11 malam.. Dah boleh tidur sambil berjalan dah rasanya.. =p



Kenapa letak gambar baby? Heee.. Saja nak bawa anda semua menelusuri saat kita semua masih bayi dan comel loteh, ketika keluarnya kita dari perut mak lepas 9 bulan sarat kita dikandung dan dibawa kita ke mana saja.. Betapa besar kan pengorbanan seorang ibu.. Ayah pun begitu juga..


Selama 3 hari aku di sini, jejak saja kaki di wad, kebanyakan pesakit adalah lelaki-lelaki muda yang berumur lingkungan 15 tahun hingga 25 tahun.. Terlebih dahulu, ortopedik adalah cabang perubatan yang melibatkan soal-soal tulang, sendi dan otot ya anak-anak semua.. Heehee.. Makanya, pesakit yang dimasukkan ke dalam wad kebanyakannya adalah kerana kemalangan kereta atau motosikal.. Patah tulang tangan, tulang kaki, tulang punggung, macam-macam tulanglah.. Calon-calonnya? Anak-anak muda kitalah..


Psssttt.. Ramai juga yang kacak dan comel belaka, sempatlah kenal seorang dua pesakit.. Kalau sebulan, pasti boleh kumpul lagi ramai calon.. Kan? Eh.. Niat serong dah Cik Farhana ni.. =p


Pesanan sebalik bebelan yang panjang? Love yourself.. Take care of yourself.. Mak susah payah kandungkan kita 9 bulan, jagalah diri dan sayanglah nyawa juga tubuh badan kita ya.. Jangan memecut semasa memandu.. Jangan bermain SMS semasa memandu.. Jangan tidur sambil memandu.. Dan don't drink and drive.. Bila dah accident, patah sana patah sini, masuk besi sana, masuk besi sini, pasang skru, wayar itu ini, sangat susah dan perit.. Aku dah tengok dengan mata kepala sendiri.. Jadinya, sayangilah diri dan ingatlah orang-orang yang kita sayang.. =)


Okey.. Hari ini kelas habis tepat 6 petang.. Selesai kelas, akan terus memecut balik Melaka.. Berbuka dalam perjalananlah jawabnya.. Kopi pun kena teguk banyak-banyak.. Zombi punya effect masih kuat.. Adeh.. Take care semua.. Selamat bercuti raya.. Selamat berpuasa.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Kepada bakal suami Cik Farhana, tak kira siapa anda dan di mana anda berada, sila memandu motosikal atau kereta atau apa-apa sajalah dengan amat berhati-hati.. Sayangi diri ya.. Coz I haven't met you yet.. And you haven't met me too.. Ngee.. =)


Ulasan

Hizami Li berkata…
hehe.
berhati2 ye.
jgn jatuh cinta kat pesakit sudah.
:)
adrinaqamarina berkata…
akak, pandu balek melaka elok3 oke! kirim salam kat orang melaka. akak balik johor tak? ngee
wachak berkata…
Dan don't drink and drive di siang
ari erk. Puasa ... ahak33

moga selamat pergi dan selamat
kembali. Surah AlFatihah tu sentiasa
dibibir. Insya Allah selamat.
Unknown berkata…
huh. aku baca dari first hingga last. jauhny pesanan utk bkl suami tuh. hahaha

btw..ye, aku sgt rajin pegi bhgian otopedik ni dlu.! smpi tiap kli kuo dr situ ak akan muntah...

huuu.~ ta mmpu nk tgk mcm2 jenis patah tulang..
zulkbo berkata…
Salam..
suka nota kaki tu lah??
tetiba terasa cam ada chemistry
la pulak..la la la..
jangan lupa belikan saya belacan
melaka bila balik nanti erk..hu hu
Suraya I. berkata…
hopefully u da arrived safely kt melaka =D

slmt ari ry~
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
wah..dah cuti ke kak? heheh..lama cuti?
LaiLiE iZaNi berkata…
kt hospital byk choice ek drfarhana...lau da byk choice bak mai pass sorang kt sy...hehehehe...kdg2 mmg perlu cr tarikan kt tmpt keje, br la ari2 g keje semangat gile...hehehe
kyuubi berkata…
wah2 cik ni.. ada udang sebalik mee nampknya :D
Sophie Al-Yahya berkata…
zulkbo punye komen kelakar.
hhehehe..

ortopedik?susah tuuu.
Kuwe berkata…
alaa u ni.
sangat keibuan lah u ni.
kehkeh.


Nak sambung sikit pesanan. Buat orang orang tak berapa muda, nak masuk simpang jangan lupa bagi signal. tak perlu orpodik nanti.
Hime berkata…
takkan pesakit yg patah2 tu nak wat calon kot?hehe.cr doktor jgk la farhana :)
Tanpa Nama berkata…
hahahah!
pesanan terakhir x leh blah!!!
akak!!!!
takut sgt2 tengok owg xcdent!
nauzubillah!
joegrimjow berkata…
balik mlaka?
nak ikut
Shahada Fauzi berkata…
zombi bandar taiping???hehehe...lawak la doc ni tau..


Selamat Hari Raye Aidilfitri doc..melaka katne doc??

p/s:: ayat pesanan untuk bakal suami tu cute gile..moge 1 hari nnt doc ketemu dgn bakal suami doc..yg bebas dr segala penyakit berkaitan ortopedik..^_^
farhana berkata…
Tau pasal ortopedik ni gara2 dulu jatuh cinta dgn Dr Syed Muzaffar hahaha....

i like ur pesanan tu. eh, mana tau terjatuh cinta dgn dr kat Taiping or else, kat pesakit ke...
hehe
Linglung berkata…
lu dah nak kawin ke apa ni? tajuk entri gaya2 mcm nak kawen..cerita pulak pasal jumpa pakwe dekat sepital..

ermm..ok, gua rasa gua faham dan boleh relate sikit2 :)

lu org melaka? gua stadi kat sana 6 tahun beb dulu
saper bakal suami kau fana ?

yg kat indon tu ke :P

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?