Main-Main Ke Atau Betul-Betul Ke..
Assalamualaikum semua.. Salam pagi Isnin.. Phew!! Akhirnya bernafas juga blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Semenjak di Taiping menempuh 4 minggu posting Ortopedik, memang tak ada masa langsung nak sentuh dan belek blog.. Tinjau dalam diam saja.. Hujung minggu yang lalu pun sakan berjalan ke utara tanah air, memang tak buka blog langsung.. Jalan-jalan Alor Star, jumpa blogger, borong barang di Padang Besar dan tak lupa bercinta dalam Gua Kelam.. Weeeee.. =p
Ada satu hari, walau dalam sibuk, sempat jugalah aku belek-belek dan skodeng-skodeng Facebook.. Aku terpersankan status Kapten Luffy yang berbunyi begini..
"Lelaki ni adik-adik sekalian.. Dia cakap memang nampak bergurau, nampak main-main.. Tapi maksudnya dia serius.. Lelaki kan penyegan, pemalu.."
Lama tak bicara soal bezanya lelaki dan perempuan.. Tentang pandangan lelaki pada perempuan dan perempuan pada lelaki.. Dulu aku mungkin percaya 100% statement Kapten Luffy.. Tapi sekarang, buat aku berfikir 150 juta kali.. Setuju aku dengan serangan balas dari adik angkatku, yang menyatakan..
"Susah.. Perempuan tak faham benda-benda macam tu.. Dah korang cakap main-main, perempuan anggap main-main la.. Kalau anggap serius, takut orang kata PERASAN pula.."
Absolutely right.. Pengalaman dah banyak hantuk aku sampai berdarah dan luka hantukan masih lagi berparut dan denyutan pun masih lagi terasa.. Sedangkan kata-kata yang lahir dari orang yang paling rapat dengan anda, yang memahami diri anda, yang ada wujudnya sayang anda kepada dia, yang rasanya seperti ada putik-putik cinta pun sukar untuk dipercaya..
Mulut senang menutur kata, yakin dan serius malah cuba meyakinkan, "mak mahu merisik, serius, tak main-main.." Tapi pengakhirannya, yang tinggal hanyalah hati yang dah keras dan tak lagi ada percaya.. Bukan saja pada dia, tapi dia, dia dan dia malah juga dia.. Hoho..
Dan bagi diri aku sendiri.. Dah tak ada istilah percaya.. Prinsip hidup aku, kalau lelaki kata main-main, anggap saja dia MEMANG main-main.. Walau dia kata serius sekalipun, anggap juga dia main-main.. Orang kata action speaks more than words.. Tapi untuk aku.. Tindakan juga kadang-kadang menipu.. Jadi apa lagi yang tinggal untuk aku pegang dan aku percaya? Sampai bila kerasnya hati ini akan cair kerana tekad dan kesungguhan seorang yang namanya lelaki? Dan aku sendiri, masih tak pasti.. Huhu.. Di mana letaknya sebuah yakin sebuah percaya yang aku tak pasti masih ada atau tiada lagi..
Haish.. Dah macam kes kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Apakan daya.. Diri sendiri harus dipelihara dari terluka.. Sedangkan orang yang kita sayang dan percaya pun lukakan kita.. Apa lagi yang tinggal untuk kita selain diri kita sendiri.. Heeee.. Ego ego.. =p
Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Orang mungkin kata aku jiwang, bunga-bunga kembang dalam taman.. Tapi hakikatnya, bunga ada dalam taman TAPI dah gugur daunnya, diselaputi salji yang makin menebal.. Orang luar mungkin nampak pemandangan daun-daun gugur dan diselaputi salji itu cantik.. Tapi di dalam sana.. Sejuknya yang mendera tubuh tak ada siapa yang tahu.. Heee.. Tapi.. Aku tetap akan terus tersenyum.. =)
Ulasan
:)
bersabarlah..satu hari nnt pasti doc ketemu cahaya yang akan menghangatkan dan mencairkan kembali hati doc..^_^
ade certain lelaki..
yg actually diew serius tp diew malu nak luah kan..
so..
owg akan anggap diew x serius...
kadag lelaki pun tewas dlm permainan dia..nak main2 tp last2 dia sendiri jd serius.
heeeee~
:D
Memang itu cara yang paling ramai lelaki gunakan. Cakap main-main.
Jarang jumpa yang serius maksudkan apa yang dikatakan.
Anyway, harap Cik Nur kembali suburkan bunga di taman.
jangan buang semua...
Satu hari nanti, kebahagiaan yg pasti akan dtg jua.
Ini doa sy untuk anda, dan juga diri sendiri =)
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House