4 Minggu Dah Jatuh Cinta
Assalamualaikum.. Salam malam Khamis.. Sekejap rasanya masa berlalu.. 4 minggu di Taiping dah nak habis.. Ada satu orang di Jabatan Ortopedik ini yang bagi impak kebaboom dalam hidup aku.. Jatuh cinta ke "jatuh cinta"? Heee.. Mari mari kita tengok impak apa impak yang beliau bagi pada aku.. Seorang pakar dalam Jabatan Ortopedik, aku gelar sebagai Abang Gur.. Kacak yawww!! Macam hero hindustan.. :p
* * * * * * * * * *
Minggu Pertama
A big, tall, and tough guy.. Mata pandang garang macam nak telan orang.. Doktor-doktor muda buat salah, bom memang akan jatuh atas kepala seorang seorang.. Aku naik takut nak pergi kelas.. Pembentangan dalam kelas, dalam wad.. Puas aku dengan kawan-kawan kena bom.. Masyukkk!!!
Minggu Kedua
Situasi bom mengebom ada kurang sedikit.. Sedikit saja.. Beliau masih dengan kegarangan dan muka ketat beliau.. Aku pun naik malas nak pergi kelas.. Hoho.. Budak medik boleh ponteng tak? Tapi beliau memang garanglah!! Sangat.. Sangat.. Dan sangat.. Ayat-ayat beliau sangatlah pedas..
Minggu Ketiga
Kelembutan mata mula terserlah.. Tutur kata pun makin menyedapkan hati dan melegakan kepala otak.. Kalau tidak, memang sepanjang masa hidup dalam ketakutan yawww!! Bom bom dah tak ada.. Mula mengajar dengan penuh sabar walaupun kadang-kadang kebengongan kami semua terserlah dengan jawapan yang entah apa-apa kepada persoalan beliau.. Maaflah Abang Gur.. Ngee.. :p
Minggu Keempat
Gelak gelak beliau dah boleh kedengaran.. Sejuk hati dengar.. Mata pun dah penuh dengan kemesraan pada kami-kami semua.. Kata kawan baik aku, mungkin Abang Gur dah mula sayangkan kami-kami semua.. Err.. Sayang? Mungkinlah agaknya.. Yawww!! Aku sukalah.. Tapi dah 4 minggu.. Dah habis praktikal di Taiping.. No more!! Takkan jumpa Abang Gur lagi.. Sedih-sedih.. Baru mula nak rasa kasih sayang beliau.. Hihi.. Well!! After all, aku gembira sebab aku kenal beliau.. Seorang pakar yang hebat.. Percaya tak aku kata beliau tak kahwin lagi? Hehe.. Jangan marah haa.. :p
Betul orang kata.. 1 hari memang tak cukup nak kenal orang atas bawah, kiri kanan, luar dan dalam.. Tak kenal, dan maka tak juga cinta.. Masa mampu dekatkan hubungan manusia, dan masa juga mampu jauhkan hubungan manusia.. Ya tak? Heee.. Ambil masa untuk kenal seseorang.. Ambillah tak kira banyak mana masa pun.. Tak ada ruginya.. Tak kenal, maka tak cinta.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Tapi kalau dah kenal sesudahnya terjatuh cinta? Aiyo!! Tak tahu!! Sendiri mahu ingat.. Hihihi.. :p
Ulasan
makin lama kenal, baru tahu isi hati orang.. jaaaa! in love~
ehem boleh kenalkan??
hahahaha
guru itu garang mulanya sbb tak mau ank2 murid main mata... hehe ~
dah xlama dah tu
kat blog mesra semacam.. sejam berjumpa.. die pulak yg kelu riso tertelan emas dalam mulut..
sian bro... dok cakap sorg2 je
T-T
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House