Mana Kedai Haiwan Dan Klinik Veterinar Di Melaka? | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Mana Kedai Haiwan Dan Klinik Veterinar Di Melaka?

4 comments

Assalamualaikum.

Salam 1 pagi. Hoho. Mata segar sebab asyik duduk melayan si kecil 4 ekor ini memerut. Dengan OCD aku, memang tak boleh tengok najis dia, nak juga buang terus walaupun secotet. Nak kena clean and clear sepanjang masa kalau boleh. Eh! Belum boleh jadi cat lover lagi kot kan? Ke dah? Haha.


Semenjak Bella tinggalkan 4 ekor anak-anak dia, rumah kami memang riuh rendah dengan suara anak-anak kecil ini. Tapi kalau nak jaga kucing, memang budget kena ada ke macam mana eh? Runsing duduk memikirkan kebajikan budak-budak 4 ekor ini. Daripada rumah dia, makanan dia samada dry food ke wet food, tempat dia nak buang segala macam najis dia lagi, barang-barang permainan dia lagi, shampoo, nak cuci telinga dia lagi mata dia pun nak juga. Phew!! Automatik bila scroll IG aku akan follow segala macam jenis pet shop online. Rambang mata woo tengok aksesori kucing. Rasa macam nak rembat apa saja. Haha.

Anak-anak Bella ada 4 ekor semuanya, seekor jantan dan selebihnya betina. Yang jantan bawah ini warna putih capuk coklat, nama dia SNOW. Macam nama perempuan kan? Tak kisahlah, layankan saja Labu. Keempat-empat mereka ini aku yang berikan nama.
^^ 



Yang dua dekat bawah ini, di depannya kita panggil BUBU sebab warna badan dia kelabu. Yang belakang sana panggil KOKO saja. Aku rasa KOKO adalah anak sulung. Sebab yang lain-lain semua hormat dia. Haha. 



Okay, yang terakhir ini aku syak anak bongsu, masa mak dia ada, dia paling manja dengan Bella. Paling takut dengan orang, dan paling sepi sekali bila mak dia dah tak ada. Buat hal sendiri-sendiri. Sebab bulu dia sama macam Bella ada 3 capuk warna, aku bagi dia nama Bella J. Haha. Kengkononnya Bella Junior. Haha. Dah bila jaga anak kucing, selain dari peralatan dan segala perkakas, kesihatan dia pun benda yang utama juga.



Aku dengar mereka ini semua perlu diberikan vaksinasi, sama macam bayi ada beberapa peringkat. Maka aku pun duduklah sibuk cari mana klinik veterinar kerajaan dekat Melaka ini. Eh! Rupanya ada di Ayer Keroh. Jauh juga dari rumah. Hurm. Kedai haiwan pun kebanyakannya terletak agak jauh sedikitlah dari rumah. Malas nak keluar jauh-jauh sebenarnya. Home person katakan. Haha.

Ligat aku tulis entry sekarang, maklumlah dah jumpa kecintaan baru yang mengisi kekosongan hati. Ecewah. Banyak benda lagi aku nak survey pasal kucing, nak kena belajar juga medical part of animal. Heee. Okay semua, tata.

Assalamualaikum.





4 Comments Here:

farhan berkata...

Maju animal klinik batu berendam ok jg hana...

FarhanaDr berkata...

@ FARHAN

Oh. Thanx for the info Farihan. Banyak juga sebenarnya klinik vet dekat Melaka. Nanti usha govt punya dulu, kalau ramai orang memang kena ke swasta la. Huhu.

Hisyam Azriey berkata...

Kucing sya kne matakail kat gusi dye..ksian dye..nak tau brapa kos ye

Farhana Cahaya Riang berkata...

@Hisyam Azriey Saya rasa awak boleh cuba ke klinik haiwan kerajaan yang berdekatan. Selalunya di situ harga rawatan berpatutan. Klinik swasta memang agak mahal. Kos tak pastilah berapa sebab kena tengok tahap cedera dia macam mana.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.