Hormon + Perasaan = Kucar Kacir + Gedik

Assalamualaikum.

Haha. Okay, persamaan di atas macam entah apa-apa kan? Sebab aku tak tahu macam mana cara yang sesuai nak bubuh tajuk untuk repekan aku kali ini, jadi aku tepek equation tentang perasaan aku. Haha. #adaorangkisahkaunakbubuhtajukapa

Amboi. Entry pun nak berhashtag bagai eh. Haha. Spoiler alert, entry ini tak perlu diteruskan pembacaannya kalau rasa ada banyak lagi kerja lain nak buat. Sebab jujur cakap, entry ini akan penuh dengan repekan, bebelan. Memang tangan gatal sangat nak conteng-conteng.

HORMON + PERASAAN = KUCAR KACIR + GEDIK

Sebenarnya, dia campur sedih, campur jiwa kacau, tambah lagi dengan stress, bila dah bergabung, benda yang lahir itu adalah kucar kacir dan selebihnya gedik saja. 


Aku boleh katakan suka layan sosial media, tapi tak adalah gila. Aku suka aje layan Instagram, Facebook. More to Instagram sebab aku suka tangkap gambar guna phone cikai aku. Dan of course aku suka tengok gambar. Facebook pula aku banyak guna untuk bacalah apa-apa yang patut, yang tak patut. Haha. Bila tengok kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti, kawan-kawan blog semua kahwin, mengandung, bersalin, tumpang gembira jugalah kan. Jujur cakap aku sangat tumpang gembira. Sikit pun tak ada rasa dengki ke apa ke, erm, cemburu? Sikitlah. Sikit kot. Perasaan manusia aku ini, merasakan dalam 10% cemburu.

Itulah akan jadi pada manusia macam aku, yang suka tengok life orang, lepas itu tengok life sendiri, dan tunduk sambil geleng kepala. Dulu aku tak begini pun, dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan inilah, kehidupan banyak mengubah sifat aku sikit-sikit. Aku rasakan bila bandingkan hidup orang dengan hidup aku yang terasa loser ini, somehow ianya boleh jadi pembakar semangat untuk aku pun berjaya, tapi it was not totally effective. Separuh dari diri aku rasa penuh bermotivasi tengok hidup bahagia kawan-kawan lain, separuh lagi pula rasa down.

Sekarang ini pula tengah hot orang kongsikan motherhood dare, ada juga yang kongsikan tentang usia mereka mengandung, usia mereka bersalin, cahaya mata mereka. Aku baca semuanya, tumpang seronok juga aku baca. Teringat jugalah masa posting O&G dulu, tengok buku pink, duduk berkejar dalam labor room bagai. Haha. Tapi ada juga sudut dalam hati ini rasa sedih, rasa kalut, rasa campur-campur sweet and sour. Mungkin sudut itu adalah sudut rasa keibuan agaknya. Haha. Pandai aku namakan sudut hati sendiri. 4 bulan lagi nak pegang title 3 series, mungkin itu buat hormon aku haywire agaknya.
=p


Tengok orang tunang? Tak kisah, happy saja. Tengok orang nikah? Tak sedih, happy. Tapi bila bab anak, memang ada tercuit sikitlah. Alah Farhana, orang lain relax saja masuk umur 30an as a single lady, kau saja yang melebih. Haha. Ya ya, aku tahu, mungkin aku melebih sikit. Manusia threshold dia lain-lain kan? Ada yang free spirit, high motivation, tapi aku tak berapa nak free spirit, tak berapa high motivation. I learn how to get by all the sadness, but only after I'm done dealing with the sadness, after I cried, after I wholeheartedly accept my fate. That's my way of getting through. Tak lama lagi pun, jika diizinkan oleh DIA, mana tahu aku akan jadi Mak Long. Jadi aku tak boleh nak layan sangat perasaan aku. Sebab itu kadang aku rasa aku gedik saja sebenarnya. Mainan hormon, mainan perasaan. Bisik-bisik syaitan.


Apa boleh kita buat sebenarnya? Mengadu! Ceritalah pada Allah perasaan sedih dan hiba kau di setiap solat kau, mohon doa supaya kau tidak terlalu bersedih dengan perkara duniawi. Orang kata kejar dunia, akhirat terabai. Tapi kalau kejar akhirat, kita boleh dapat keduanya. In shaa Allah. Ceritalah pada kawan-kawan, pada mak ayah, itu supaya hati kita tenang, dan perasaan kita tak terkempam dalam hati, dalam kepala otak kita, itu yang buat kau kucar kacir dan menggedik nak nangis (dush untuk diri sendiri). Kalau lupa, ingatkan balik diri sendiri, ingatkan diri berkali-kali, Allah sebaik-baik perancang. Mungkin DIA tahu, ini bukan masa sesuai untuk kita harung dunia jadi ibu, jadi sabarlah. Sabar, sabar, sabar.

Dan last but not least, kau kena ingat, dunia ini bukan ada kau seorang saja. Bila kau rasa hidup kau terlalu sedih, kau rasa apa kau buat pun tak berjaya, kau fikir kau paling tak bernasib baik dan nasib kau teruk gila, kau kena ingat ada lagi ramai orang dalam dunia ini yang Allah uji dengan ujian yang lagi besar nak dibandingkan dengan apa yang kau lalui. Sebab itulah tidak digalakkan kau membandingkan hidup kau dengan orang lain. Sebab masing-masing ada hitam putih kehidupan, kita mungkin nampak yang putih saja, tapi yang hitamnya dia yang lalui. Mungkin bagi dia, hidup kita ini bertuah.

That's how the world goes around. Ingat pada DIA, berserah pada DIA, selalulah berborak dengan DIA, jadi masalah macam tajuk di atas mungkin akan lama kelamaan berkurang dan terubat. Mudah-mudahan.

Motivasi untuk diri sendiri. Farhana ini hidupnya begitu, kena selalu pesan pada diri sendiri, supaya tak hanyut dengan perasaan yang terlampau. Heee. Selamat malam. Assalamualaikum.


Ulasan

zulaikhaablah berkata…
kak, saya selalu baca blog akak. suka baca dari dlu. especially review movie n kdrama. kita sama hantu movie dan kdrama. i adore u sis. hihi..eh sy pn single lady hehe.. takpe kak, jangan sedih2 tau. just live your life okey?
@zulaikhaablah
Awww. Thank you for the kind, sweet, and comforting words Ika. Mid life crisis ni Ika, nanti dia surut, okaylah tu. Hahaha. Terima kasih sebab suka baca blog akak dari dulu. Terharu. Ingatkan tak ada orang baca dah dekat sini. Huhu. Thanx Ika. Yeah, lets live our life, happily. :)
Wan berkata…
Perasaan bercampur baur....

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?