Ini Bukan Review Captain America : Civil War!! | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Ini Bukan Review Captain America : Civil War!!

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Terasa nak menulis tapi malas nak tulis panjang-panjang. Haha. Jangan kecam!! (Ayat popular netizen zaman sekarang)

Pertama-tamanya, ini bukan ulasan, review, dan yang sebagainya okay. Jangan datang ke sini mengharapkan review ya. Ini cerpen! Ops! Sebenarnya adik bongsu yang dari bulan lepas lagi dah duduk sibuk ajak aku tonton Captain America : Civil War. Aku memang peminat siri Marvel, walaupun bukan kesemuanya, kebanyakannya memang aku akan layan dekat wayanglah contoh macam Avengers, X-Men, Captain America.

Oh! Lama gila tak tengok wayang. Adalah dalam 5 bulan kot? Jejakkan kaki ke Aeon Bandaraya Melaka apatah lagi. Terasa macam anti sosial bila lama tak tengok manusia. Haha. Sebabkan adik aku nak sangat tengok, waktu tayangan yang paling sesuai pun cuma pukul 4. Malam-malam tak best, sebab manusia ramai sangat dekat Aeon tu. Pagi pula adik aku bersekolah. Dan dengan ceritanya yang 2 jam 27 minit, kena pandai agak-agakkan masa. Jangan pula sampai terbabas waktu-waktu solat okay. Macam tayangan pukul 6 ke, tak payahlah. Sah-sah bila keluar, azan Isya dah berkumandang. Ingatan untuk kita semua. :) 


Sebelum tengok wayang, dalam Civil War ini, aku adalah Team Iron Man. Tapi bila dah mula tengok, awal sampai akhir, aku terjebak ke dalam Team Captain America. Siri Captain America kali ini aku lebih suka kalau nak bandingkan dengan siri Winter Soldier yang sebelumnya. Mungkin lebih banyak elemen dalam siri Captain America kali ini.

Scene favorite? Fighting scene dekat lapangan terbang. Kudos pada Spider Boy eh Man, dan juga Ant Man (ke Ultaman?) yang menceriakan hidup aku. Haha. Oh ya, tadi cakap bukan review kan? Okaylah okay okay. Sampai sini sajalah.

Lupa pula. Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang. Dan macam biasa siri Marvel, jangan keluar wayang dulu selagi tak tengok post credit scene okay. Selamat malam. Assalamualaikum.


P/S : Nama Black Panther adalah T'Challa dan ayahanda baginda T'Chakka. Nampak tak betapa rhyme nama mereka anak beranak? T'Challa (tercalar)? T'Chakka (tercakar)? 
=p


0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.