Oh My Bella! Kisah Sedih Si Penakut Kucing
Assalamualaikum.
Salam hujung minggu untuk semua. 22 April 2016, tarikh yang mengundang air mata dan kesedihan. Apart from "sedih" sebab nak deactivate facebook. Haha. Over. Tak sedih pun, cuma ragu-ragu nak deactivate ke tak. Ngada kan?
Dan kisah sedih sebenarnya berlaku pada tengahari tarikh 22 April 2016. Kisah si penakut kucing, dan kucing yang baru di belanya. Akulah si penakut kucing itu. Haha. Tiap kali balik kampung, memang aku tak boleh tidur malam, sebab kucing-kucing dekat rumah nenek aku suka main-main waktu malam. Aktif bukan main. Memang bila orang tidur, aku duduk seorang diri menjerit bila diterkam. Sampai mak aku pun naik bengang. Serious memang aku takut gila dengan kucing. Takut dia susah nak jelaskan.
But, everything change when Bella came into my life.
Walaupun Bella kucing kampung, tapi dia sangat disiplin dan pembersih orangnya. Tak perlu susah-susah nak train dia. Aku sendiri yang bagi nama Bella dekat dia. Aku dengan family decide nak jaga dia bila tengok dia bersalin depan rumah. Anak-anak dia yang 4 ekor semua comel-comel belaka. Pertama kali, memang susah nak dekat dengan dia. Aku akan melompat, tak pun menjerit. Haha. Kasihan Bella sebab selalu terkejut dengar jeritan aku.
Kami letak Bella dan anak-anaknya di bilik belakang rumah. Bella pula akan datang ke rumah sehari 5 kali untuk makan. Mak akan rebus ikan, gaul dengan nasi, memang laju Bella kejar bila mak bawa mangkuk makanan dia. Sampai sondol menyondol orang. Kadang dia duduk berlingkar dalam rumah. Yang selalu main dengan dia, of course aku dan adik lelaki bongsu aku. Selain mak dengan abah.
Daripada tak boleh nampak bayang kucing, aku dah boleh mula usap badan dia. Selepas sebulan selalu bermain dengan Bella dan anaknya, aku dah boleh usap-usap kepala dia, dagu dia, baring-baring sebelah dia. Rutin harian bermula pukul 5.30 pagi, dia akan duduk dekat tingkap dapur tengok mak aku berperang dekat dapur. Lepas dah dapat makan Subuh itu, dia pun balik ke bilik dia. Pukul 11, dia akan masuk ke dalam rumah, baring-baring, teman masak dekat dapur. Kira pukul 11 sesi brunch untuk Bella. Jadual dia seterusnya pukul 5 dan pukul 9. Memang punctual. Cukup dengan panggil nama dia, Bella akan berlari-lari dari tingkap bilik dia dan masuk ke dalam rumah.
Bella sangat manja dan suka bermanja especially dengan adik lelaki aku. Dalam masa 2 bulan bersama dengan dia, kami dah rapat macam adik beradik. Aku punya fobia pada kucing pun dah banyak berkurang. Bella siap baik hati teman aku jogging satu padang, senyap saja lari ikut belakang. Tapi sehari dua yang lepas, Bella tak lalu makan. Nampak makanan pun dia tak kejar seperti selalunya. Bella suka menyendiri dan jarang datang ke rumah, mungkin satu atau dua kali sehari. Dia cuma duduk dalam biliknya saja dengan anak-anaknya.
Dan pagi 22 April, mak kata Bella tak ada di tingkap dapur seperti selalunya. Pukul 8 pagi pun tak nampak batang hidungnya. Dari pukul 9 sampai ke pukul 12 aku duduk memanggil dan menjerit-jerit memanggil Bella untuk datang makan. Kami semua fikirkan dia keluar cari makanan sendiri. Walaupun dalam hati dah rasa tak sedap, hakikatnya dah 2 ke 3 hari rasa tak best. Sebelum solat Jumaat, adik lelaki aku keluar rumah dan mencari Bella, yang ditemui cuma sekujur badan Bella yang dah keras dan dihurung semut tak jauh dari rumah. Kata abah, badan dia penuh luka. Aku sempat tengok Bella sebelum abah tanam dia belakang rumah.
Dalam tak sedar, air mata aku meleleh laju. Terasa baru petang semalam aku bermain dengan dia di belakang rumah. Terasa baru lagi aku usap-usap kepala dia sambil dia terkebil-kebilkan matanya. Adik lelaki aku pun menangis dengan pemergian Bella, walau tengah duduk beri makan pada anak-anak Bella pun, dia masih lagi menangis. Entah kenapa, sebak sangat.
Aku sendiri sampai tertidur tengahari tadi lepas menangis dengan mata yang bengkak. Walaupun cuma sempat jaga Bella selama 3 bulan, aku sangat terkesan dengan pemergiannya. Maklumlah, kucing pertama yang dibela, yang buat aku lupa pada fobia aku dengan kucing. Bella tinggalkan 4 ekor anaknya untuk kami jaga. Buat masa sekarang, keempat-empat ekor masih takut bila tengok orang dan asyik melilau-lilau seolah mencari ibu mereka. Tak ada lagi dah si ibu yang memberi susu, yang menjilat bulu-bulu di badan mereka, yang bermain dengan mereka. Sayu tengok anak-anak Bella.
Selamat tinggal Bella. Tidurlah ya dengan lena. Along janji, kami semua akan jaga anak-anak Bella elok-elok, sampai sihat dan gebu. Along rindu gila dekat Bella, tapi mungkin jodoh kita tak panjang. Bella, tidurlah ya. Walaupun ini kisah sedih si penakut kucing, tapi ada gembira sepanjang 3 bulan bersamanya.
Banyak lagi aku nak tulis pasal Bella, tapi tak mampu dah nak teruskan. Yang kedua dan ketiga takkan sama dengan yang pertama, aku pasti itu. Selamat malam. Assalamualaikum.
Ulasan