Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Siapa Rindu Aku & Update Aku??? Bacalah.. =)

Imej
Assalamualaikum semua.. Lama rasanya tak update.. Entahlah.. Masih lagi dalam sorrow mungkin.. Huhu.. Hujung minggu aku kali ni aku habiskan di Kuala Lumpur.. Menjenguk adik aku, celebrate kemenangan kawan-kawan yang berjaya get through their exam, meronggeng satu Kuala Lumpur.. Hari ni saja berapa banyak tempat dah aku singgah.. Karaoke pun sampai 10 lagu.. Lagu Hindustan lagi.. Penat satu badan, dapat urut sodap ni.. Heehee.. Namun masih gigih lagi melayan blog dan Facebook.. Sebabnya.. Jalan-jalan buat aku happy.. Bukak blog aku happy jugak.. Layan FB lagi aku happy.. Sebab ramai kawan-kawan mereng aku kat sana yang sudi saja layan kepala aku yang tak kurang merengnya.. Hahaha.. Tapi hakikatnya tak seperti apa yang aku pamerkan di luaran.. Bukan senangkan nak mengubat luka yang sangat dalam??? Hurrmmm.. Walau happy macam mana pun aku, dalam hati aku tetap rasa sakitnya.. Air mata ini juga masih lemah dan masih sukar untuk ditahan.. Kenapa ya semuanya begitu sukar??? Memang pemikiran...

Dah Okey Ke Belum???

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Selasa buat semua. Aku kembali semula ke Ipoh. Pulang dari Melaka. Menyelesaikan semua masalah-masalah hidupku. Masih lagi belum selesai. Entah bila akan reda aku pun tak pasti. Walau reda sekalipun mungkin kesannya masih berbekas di hati dan ingatan. Aku bersyukur punya teman-teman yang tak putus-putus dengan sokongan dan nasihat. Kalian memang best. Sayang sangat kat korang semua. One day, dalam aku merayau tanpa arah tuju dalam dunia maya ni, aku terjumpa wallpaper iluvislam.com. Quotenya buat aku tersentak. Buat aku tersedar. Buat aku terfikir. Kerana selama ini aku tidak pernah dihambat dengan kehidupan yang "bermasalah".. Semuanya okey saja bagi aku. Sampailah satu ketika, aku diberi ujian yang amat berat dari Allah. Ketika itu aku rasa dunia kelam, aku lemas dan hanyut entah ke mana. Aku terfikir, adakah aku GAGAL? Atau BERJAYA? Ramai orang kata padaku.. Allah tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu menanggungnya.. Setiap ujian Allah i...

Terima Kasih.. Thank You.. 谢谢你

Imej
Assalamualaikum.. Tengahari yang sama lagi namun di hari yang berbeza.. Semalam aku begitu cengeng, begitu lemah, begitu kehilangan arah tuju.. Otak aku kosong dan seluruh tubuhku hanya ibarat sekujur mayat hidup.. Pertama kali ku diuji dengan dugaan yang Maha berat.. Dan aku gagal mengatasinya.. Emosiku merajai akal fikiranku.. Sehingga kini, masih lagi bersisa emosi-emosi yang tidak stabil.. Penat mengalirkan air mata dan rasanya kini tiada lagi air mata yang bersisa.. Hanya kesan tangisan yang masih lagi berbekas.. Seperti dalamnya bekas - bekas luka di dalam hati.. Aku tidak mampu bercerita pada kalian.. Mungkin ianya terlalu peribadi.. Ku harap kalian mengerti.. Terima kasih aku ucapkan dari hati aku yang paling dalam kerana kalian sudi meminjamkan bahu untuk aku bersandar dan meluahkan rasa yang terpendam.. Syukur kerana aku punya teman seperti kalian.. Terima kasih.. Banyak dan banyak terima kasih dari aku.. Maaf andai Farhana kali ini begitu cengeng.. Aku tak mampu lagi menjadi...

Allah!! Give Me Strength..

Imej
Assalamualaikum.. Selamat tengahari.. Puas sudah aku menangis semenjak malam tadi.. Semenjak berita itu ku terima dari mak dan abahku dalam esak tangis mereka.. Sehingga kini, di saat aku menaip entry ini, aku masih menangis dan terus menangis.. Hatiku tak kuat.. Aku rasa diriku sangat lemah.. Aku rasa aku kini hidup ibarat tiada esok hari.. Aku mencari ruang untuk meluah dan akhirnya ku jumpa di sini.. Ya Allah.. Begitu berat dan dahsyat dugaan yang telah Engkau bagi padaku dan keluargaku.. Sesungguhnya aku tak mampu menanggungnya.. Aku ingin saja tumbang lalu jatuh ke laut yang paling dalam.. Tenggelam dan tak lagi timbul.. Seumur hidupku, aku hanya ingin menjadi anak yang baik, kakak yang sempurna, bahagiakan kedua orang tuaku dan adik-adikku.. Tapi.. Jangan ditanya kepadaku kenapa, mengapa, sebab apa.. Kerana aku akan terus membisu.. Biarlah ini ku simpan kemas dalam lipatan kisah hidupku, cuma aku pohon kalian doakanlah agar aku dan keluargaku diberi kekuatan.. Doakan aku tenang, ...

Kalau Aku Seorang Lelaki..

Imej
Assalamualaikum.. Malam semua.. Dah 2 hari tak merapu dalam blog.. Rasa senak perut sakit ulu hati.. Hahaha.. Maklumlah, hujung minggu saya gunakan untuk belajar, pelajar contoh tak saya? Hehe.. Sila-sila admire kerajinan saya.. Nak admire saya pun boleh.. =p Baiklah semua.. Sila bersedia zahir dan batin sebab aku nak mulakan hari ini dengan entry yang sedikit berat.. Hoho.. Sebelum tu, comel tak mamat kat atas tu? Perkenalkan, my boy, Harman Baweja.. Pakwe baruku.. Shah Rukh Khan sudah tua, baik lupakan saja.. Heehee.. Okey.. Sila jangan pandang dua tiga kilas, nanti jatuh cinta.. Entry kali ni aku mahu menjelajah dunia seorang yang namanya lelaki.. Aku tertanya, agaknya bagaimana kalau aku, Farhana adalah seorang lelaki? Handsome itu sudah pasti. Tak perlu dipertikaikan lagi kot.. Hahaha.. Kalau aku adalah seorang LELAKI.. Pasti aku kaki ngorat.. Duduk kat simpang tepi jalan usha awek kilang yang berjalan bagaikan itik pulang tengah malam.. Sweeeettt sana.. Sweeeet sini.. Peewiittt...

Cinta Mati Tanpa Nisannya..

Imej
Assalamualaikum.. Malam sunyi dan sepi.. Buku habis ku selak, dari muka pertama terus melompat ke muka akhir.. Malas rasanya seluruh tubuh.. Mahu tulis entry tapi ketandusan idea.. 2, 3 hari ini aku banyak berfikir.. Pada komen-komen yang dihantar tentang entry Pernahkah Kamu.. Adakah aku kelihatan seperti jatuh cinta? Dilamun cinta? Hohoho.. Jika begitu anda silap.. Cinta.. Memang menyebutnya bikin aku tersenyum.. Tapi ketahuilah, sesunggu hnya dalam hatiku ini, tiada ruang untuk cinta, takkan ada cinta.. Aku dan cinta walau memang sinonim, bak kata korang betapa jiwangnya aku, tetapi itu hanya dalam coretanku sahaja.. Cinta telah aku cuci, aku basmi dari hadir dalam hidup aku.. Hipokritkah aku dengan bercerita perihal cinta sedangkan hatiku keras, gelap hatiku pada yang namanya cinta itu? Mungkin itu yang terbaik.. Dulu aku mungkin percaya pada cin ta dan keajaibannya, sekarang cinta mungkin hanya ibarat angin yang menyapa pipi sahaja, nyaman tetapi tetap pergi begitu saja.. Cinta.....

Pernahkah Kamu???

Imej
Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Salam penghulu segala hari.. Ikut hati malas mahu mencoret entry.. Maklumlah, sekarang banyak tension juga banyak pening.. That's what we call life.. Sempat lagi ku release tension dengan karaoke bersama housemateku.. 10 buah lagu okey.. Hahaha.. Giler betol.. Seriously, lately I feel I'm not me.. Pre-menstrual syndrome??? Ouh.. Tak mungkin.. Huhu.. Entry ini simple saja.. Tiada apa aku mahu cerita.. Cuma sekadar berkongsi rasa.. Rasa kamu, rasa dia, rasa saya.. Semua pernah merasa.. Heehee.. Lama sudah ku karang, cuma sekarang baru berkesempatan mahu di kongsikan.. Pernah tak kamu makan TAPI kamu tak rasa kenyang??? Mungkin sebab kamu makan sedikit? Atau mungkin makanan yang kamu suap tak pernah sampai ke mulut kamu? Atau mungkin kamu telah JATUH CINTA? Pernah tak kamu mandi TAPI tak basah-basah walau dijirus berkali-kali??? Mungkin kamu mandi, tapi mandikan kucing? Mungkin basahnya di tempat lain? Atau mungkin kamu telah JATUH CINTA? Pernah ta...

Bezakah Anda Dulu Dan Sekarang???

Imej
Assalamualaikum.. Hai kawan-kawan.. Haha.. Petang Selasa.. Ouh Mimie .. Kali ni saya waras okey sebab berjaya mengingat hari dengan tepat dan jitu.. Keh keh keh.. Petang ni aku nak mengarut dan merapu lagi.. Cerita pasal aku.. Pasal yang dulu dan yang sekarang.. Kalau korang nak KENAL dan CINTAI aku, bacalah.. Hahaha.. Kalau korang tak kenal aku, macam mana nak ngorat aku kan.. Kan kan kan?? Hahaha.. Ade ke ye nak ngorat? (please cakap ada..) Confuse aku dengan ko ni Farhana.. Berserta dengan entry ni gak, aku dengan berat hati tempek la jugak gambar muka aku yang tak seberapa nak cun macam Kajol.. Dah lama rasanya tak mencapap muka sendiri.. Haha.. Tapi gambar recycle laa.. Sebab aku sekarang camera phobia duhh.. Aku takut laa gak kalau ada entiti terperangkap dalam gambar yang ada aku.. Muahahaha.. DULU - Aku ada ramai boprenz, nak kira guna jari kaki ngan tangan pun tak cukup tau.. Kena guna kalkulator.. SEKARANG - Satu jari nak angkat pun payah.. (Maknenya takde laa tu.. Jaga hati ...

Bila Aku Mula Merapu.. Semua Pasti Ternganga..

Imej
Assalamualaikum.. Today is Isnin.. When i kira, it is almost seminggu i entered posting yang baru.. Gynaecology posting.. Apa itu gynaecology??? Sila selak dictionary sekarang.. Yup.. You are betul.. In this 1 minggu, everyday dari 8 - 5.. Talking about vagina, cervix, uterus, menstruation, ovulation dan banyak lagi.. Otak mula tepu, bila tepu bosan pun datang.. Hari-hari kelas have to stand for almost 2 atau 3 jam.. Kaki sakit yang amat.. A friend of mine tanya, "WHY??? LEG PAIN IS IT??? " Aku sengih like kerang busuk.. He said some more, " HEAVY, THAT IS WHY " Oh God.. Feeling macam nak tumbuk aje him.. Ini memang menimbulkan anger.. Bersabarlah dear.. Apa? Kenapa bored? Becoz tiada opposite attraction in what i belajar.. Basically, study Gynae is a studied about wanita.. Wanita dan woman.. Negative charge.. Bored.. Haha.. Apabila saya bored, otak saya suddenly teringat something.. Pernah i read dalam blog someone, LELAKI TERANGSANG 30 KALI SEHARI.. Saya repeat.. ...

Soalan Untuk Siapa Yang Rasa Dirinya Lelaki..

Imej
Assalamualaikum semua.. Tak tidur lagi??? Aku pun sama.. Tak boleh nak lelapkan mata.. Banyak benda buat aku fikir.. Banyak berfikir buat aku sukar mahu tidur.. Malam-malam begini, cuaca sejuk, mencengkam segenap tubuh, buku malas mahu ditatap.. Ku layan lagu Sp ring.. Sampai Hati.. "Entah Mengapa Rindu Di Hati ku Masih Di Dada Bukannya Mudah Nak Kulupakan" "Hanya Tuhan Yang Mengerti Hati dan Perasaanku Di Tengah Malam Syahdu Hati ku Merindu" Luka.. Luka.. Luka.. Huhu.. Bosan melanda waktu-waktu macam ni.. Malam sunyi.. Aku pandang laptop, laptop pandang aku balik.. Nak taip entry ke??? Tak??? Taip??? Tak??? Taip juga akhirnya.. Heehee.. Ada banyak aku nak ce rita.. Tapi aku tak tahu mahu cerita apa dulu.. Bagi aku fikir.. Hmmm.. Semalam pergi makan.. Restoran Vanggey.. Gila ramai budak lelaki.. Aku malas nak turun bila dah nampak segerombolan mamat-mamat (budget macam ada nak ngorat ko ke Farhana???).. Tapi sebab lapar punya hal, turun jugak.. Pekena nasi kanda...

Lebatnya Hujan Selebat Rasa Dalam Hati..

Imej
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.. Serasa seperti tidak mahu bangun dari mimpi yang indah.. Indah kerana ada dia.. Mimpi yang datang menyapa sekali sekala sahaja.. Atau mungkin malam tadi sahaja.. Benar.. Sudah lama aku tidak bicara tentang dia.. Bukan sudah lupa cuma tidak mahu mengingatinya sahaja.. Siapalah aku untuk mengingati dia yang ternyata bukan aku yang punya.. Lantaran itu aku cuba, cuba untuk membuangnya jauh-jauh.. Namun mimpi indah menyapa tidurku.. Indahnya bikin hatiku berbunga riang.. Terasa seperti benar dia ada di sisi.. Terlerai rasa rindu yang menggunung yang hanya Tuhan saja tahu betapa beratnya aku menanggung.. Orang melihat aku happy.. Orang melihat aku ketawa.. Tapi ternyata aku tidak mampu untuk benar-benar happy dan ketawa.. Hati aku begitu sukar sekali untuk mendengar kata.. Untuk gembira.. Dan akhirnya, aku hidup dalam pura.. Luaran dan dalaman tak sekata.. Mungkinkah mimpi kelmarin bawa petanda??? Atau hanya bawaa...