Kaki Instagram

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah 2 Disember. 2014 pun dah nak berakhir, 2015 pun akan menyapa tak lama lagi. Tahun yang tak berapa produktif tapi tetap bersyukur, semua yang jadi pasti ada sesuatu yang baik untuk kita. Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa tidak.

Lusa dah nak pulang ke Kampung Makam. Balik kampung sekejap jenguk atuk nenek dan saudara mara, kebetulan ada kenduri kahwin sepupu mak, jadi baliklah sekejap untuk 3, 4 hari. Aku memang selalu liat sikit kalau nak balik Johor, sebab nanti macam biasalah akan dapat macam-macam soalan bonus. Tapi sekarang, dah terbiasa dan lali. Layankanlah saja Labu. 


Well, another trip, another chance to shoot and shoot and shoot, filling my Instagram with tons of pictures. Aku kaki instagram sebenarnya. Tapi aku bukan kaki selfie. Cuma aku suka sangat ambil gambar. Bukan fotografer, cuma tukang snap yang merapu. Itu pun pakai handphone cikai saja. Dan aku suka jenguk Instagram yang ada gambar-gambar cantik, travel sana sini dan juga yang penuh dengan quote yang menarik untuk dibaca.

Instagram after all is not all about selfie. But there are a lot more to it. Well, if you carry it well, than it is like an identity of you, a platform for you to express yourself. Well, at least that's what I think it is.


InsyaALLAH, bila hidup dah stabil nanti, aku pun nak mula travel sana sini. Paling tidak pun satu tahun, satu negara. Staying in foreign countries for a month or two will be great ayte? And then I'll fill up my Instagram with all the experience of my journey. Nanti-nanti, anak cucu cicit piut miut semua boleh tengok sekali. Haha.

Well then, till here. Will write more later. Take care. Assalamualaikum.


P/S : Bila dah jenguk INSTAGRAM CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA, jangan lupa menyapa. It will be great to make more friends through Instagram.
^^


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T