Friday Of A Farhana Bersama Japanese Cream Puff

Assalamualaikum.

Jumaat dah. Bulan Disember pun dah nak 12 hari berlalu, 19 hari lagi nak jejak 2015. Harap tahun baru, dengan azam baru, moga keadaan hidup lebih bertambah baik. Kalau memang dah tertulis oleh DIA, dunia aku adalah dengan memulakan semula housemanship, mungkin 2015 adalah jawapannya. Moga ditunjukkan jalan yang terbaik hendaknya.

Hari ini memang tak rancang pun sebenarnya untuk ke Seremban mengambil adik aku yang belajar di Nilai, tapi lantas teringatkan sesuatu, terus aku cakap dengan mak aku nak ikut sekali. Melaka, dah macam KL, sentiasa sesak terutama sekali Jumaat, Sabtu dan Ahad. Makin maju makin sesak. 

Bertolak pukul 2, tapi nak sampai Tol Ayer Keroh makan masa sampai nak dekat satu jam. Rupanya ada kemalangan, sampai terbalik Toyota Vios. Tiang lampu pun sampai patah dua. Pertama kali aku tengok kemalangan, kereta terbalik dekat jalan bandar, selalunya dekat highway. Harapnya pemandu okaylah.


Lalu kawasan kemalangan tadi, terus teringatkan seseorang yang bekerja di kawasan itu, Vet department is near there somewhere. Well, you do take care. Semoga setiap hari pergi dan pulang kerja dengan selamat.

Sempat juga singgah Mydin MITC. Kawasan Ayer Keroh aku memang jarang datang tinjau, kecuali kalau nak keluar dari Melaka. Hehe. Rupanya ada macam-macam dekat situ. Burger Byte dengan gambar Zizan terpampang sebesar alam. Orang pun ramai. Kedai kain pun berlambak. Memang betul-betul kota fesyen.

Dan di bawah inilah sebenarnya sebab aku nak turun Seremban. Japanese Cream Puff. Aku beli 12 biji dari seorang adik blogger yang aku kenal sejak dari 2009 lagi. Sebab tengok ramai beli, plus rupa yang mengancam, aku pun orderlah. Bila makan, perghhh!!! Memang ternyata sedap. Balik rumah, sumbat dalam peti sejuk. Lagi lagi lagi sedap. Manis dia sedang elok. Harga pun aku rasa murah kot memandangkan proses nak buat dia macam leceh. Confirm akan repeat order lepas ini. Ten thumbs up! Boleh buka bakery dah adik ini. Sesiapa yang dekat area Seremban, nak makan Japanese Cream Puff, bolehlah Whats App adik ini, nama dia Farah.



And that is my Friday. Hmm. A plain day, I know. Haha. Tadi baca dekat newsfeed, Putrajaya ada Festival Lampu sampai hari Ahad. Teringinnya nak pergi jalan-jalan tengok lampu. Tapi orang yang tanam anggur tak mampu lagi nak jalan-jalan sekarang. Tak macam dulu-dulu. Haha. Keadaan hidup banyak beri pengajaran sebenarnya. Pray for better future. InsyaALLAH.

Till here. Have a great weekend people. Enjoy your holiday. Take care. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?