Ada Baik Ada Buruk

Assalamualaikum.

Cuaca sehari dua ini sejuk sungguh. Terasa mencengkam sampai ke tulang. Nikmat hujan yang ALLAH beri selepas beberapa bulan Melaka berpanas terik. Minggu lepas aku datang lagi untuk entah keberapa kali bagi memenuhi temujanji dengan pakar Ortopedik Hospital Melaka. 

Kalau ikutkan hati, sebenarnya aku dah tawar hati nak meneruskan rawatan, sebabnya aku tak nampak sebarang perubahan dengan keadaan diri aku. Setiap kali aku datang dan berjumpa doktor, yang diberi cumalah ubat yang sama. Selama 8 bulan aku menerima rawatan, aku mengambil ubat-ubatan yang sama walaupun hakikatnya keadaan aku bukannya bertambah baik. Putus asa jugalah sedikit. Terkilan.

Syukur kerana di sekeliling ramai yang memberi sokongan moral. Bila rasa nak berputus asa, teringat pada orang-orang yang akan kecewa kalau aku berputus asa sekarang. Sejujurnya semenjak aku mula sakit, aku selalu duduk termenung fikirkan masa depan. Kehidupan aku, pekerjaan aku. Aku dah tengok ramai orang yang mendapat sakit yang sama, mengalami kesusahan untuk bekerja. Tambah lagi dengan keadaan dunia kerja aku sekarang, sedikit sebanyak melunturkan semangat aku. Selalu tertanya, mampukah aku terus bekerja dalam bidang ini dengan keadaan kesihatan yang begini?


Mak pesan, kita ikhtiar, kita cuba, segalanya di tangan DIA. Semangat itu sebenarnya terlalu penting. Itu yang mendorong kita bila kita rasa nak jatuh dan berputus asa. Walaupun sebagai seorang doktor, tetapi bila aku sendiri dengar tentang kemungkinan pembedahan untuk masalah tulang belakang dan kaki aku, aku juga jadi takut. Tapi kita kena usaha, ikhtiar untuk jadi sihat semula dan bukan berpeluk tubuh mengenang nasib.

Kebetulan ketika temujanji yang lepas, kes aku dilihat oleh seorang pakar yang baik, yang begitu memahami tentang sakit aku dan kerja aku sebagai seorang houseman. Jadi beliau telah menyarankan aku untuk mencuba sejenis ubat untuk masalah tulang belakang aku. Alhamdulillah, aku rasa ada banyak perbezaan dan perubahan. Sakit aku pun dah makin banyak berkurang. Terasa macam seolah aku boleh berlari 10km dengan hati gembira dan langkah yang ringan.


Tapi semua ubat pasti ada side effectnya. Dah tentulah kan. Aku jarang dapat side effect bila makan ubat, tapi kali ini lain pula kisahnya. Sepanjang aku makan ubat ini, perut aku selalu kembung, makan sikit dah tak boleh makan lagi dah, ditambah lagi dengan loya dan muntah-muntah yang teruk, memang seksa jugalah. Ubat yang bagus menghilangkan sakit aku tapi side effectnya juga buat tubuh badan rasa tak bermaya. Berat pun turun sampai 3kg. Orang putih kata, its the price you have to pay. Haha.

Sama juga macam dalam hidup kita, setiap yang datang dalam hidup kita, ada baik ada buruk. Sebab itu orang selalu buat keputusan dengan menimbang tara, baik lebih banyak atau buruknya yang lebih. Everything has pros and cons. Jadi kita kenalah bijak dalam membuat pengiraan dan percaturan.

Hmm. Tak mengapa. Ubat ini tak boleh, mungkin kita boleh cuba ubat lain dan cara lain pula. Yang penting, jangan berputus asa. Never, ever giving up. Right? Have a great day people. Take care. Assalamualaikum.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Cmner eh nk bg nasihat klau kita x berada kt tmpat org tu...x rasa apa yg org tu rsa....parah lg hnya knal kt blog....cik ana oi..sy xnk ada rsa smpati kt awk sbb sy tau awk BOLEH hadapi cabaran ni.....fight!!

ThroughMyRetina
@Anonymous Heee. No. I absolutely don't need pity from people. Cause I know I can fight through this and getting my life back on track. Saya tetap akan fight walaupun kadang-kadang saya rasa nak give up. Well, rasa itu rasa yang datang dan pergi. Just pray for me. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?