Ubat Ajaib

Assalamualaikum.

Haaa! Itu dia. Sebesar-besar gambar perfume Miracle aku bubuh, walaupun tak ada kena mengena dengan entry Ubat Ajaib. Cuma minyak wangi ajaib. Kekeke.

PERINGATAN : JIKA ANDA DATANG KE SINI MENCARI UBAT AJAIB, BERSIAP SEDIALAH UNTUK KECEWA, SEBAB TIADA ISTILAH UBAT AJAIB DALAM DUNIA

Haaa! Besar peringatan aku bagi. Apa dia ubat ajaib tapi tak ada ubat ajaib? Apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan dalam ayat berbelit-belit begini? Haha. First of all, aku nak pesan, JANGAN IKUT APA YANG AKU BUAT sebab tak pasal-pasal nanti aku kena saman, tak dapat full registration pula nanti. Anda cuma boleh buat jika ianya dipreskripsi sendiri oleh doktor atau disarankan oleh doktor. Okay? 


Semalam dah masuk hari ketiga sakit aku jadi makin teruk, tekak aku merah semerahnya dan bengkak, tak boleh makan tak boleh minum, jadi aku pun selongkar stok ubat yang aku simpan. Aku terperasankan sepapan ubat Prednisolone 5mg yang masih berbaki sebiji. Aku fikir-fikir kejap, terus aku cari apa-apa journal yang membantu, tanya kawan-kawan doktor lebih senior. Aku jumpa banyak journal yang membantu.


Mungkin agak sukar untuk difahami jika membaca research diatas, jadi aku sarankan boleh terus tengok ke ruangan RESULT dan CONCLUSION untuk faham dengan lebih lanjut. Jadi, aku pun telanlah sebiji prednisolone malam tadi. Dan pagi ini aku bangun dengan keadaan tekak yang 80% lebih baik dari semalam. Dah boleh makan, dah boleh minum. Syukur Alhamdulillah.

Jadi, apa sebenarnya Prednisolone, Corticosteroid dan Dexamethasone yang selalu kita dengar doktor sebut-sebut ini? Mereka bertiga adalah part of the steroid family. Mereka adalah ubat-ubat yang selalu juga digunakan dalam bidang klinikal untuk bermacam-macam kegunaan. Contoh macam allergy yang sangat teruk, kondisi yang melibatkan inflamasi yang teruk (macam sakit tekak yang aku alami), dalam bidang onkologi, malah dalam bidang sakit puan, dexamethasone digunakan untuk mematangkan paru-paru bayi dan banyak lagilah kegunaannya.



Tapi semua benda datangnya itu ada baik ada buruknya. Ubat-ubat tersebut adalah keluarga kepada steroid. Jadi nak tak nak walaupun ada keupayaan mengurangkan inflamasi ianya juga ada side effects yang kita juga perlu tahu jika mengambilnya terlalu banyak atau dalam jangka masa terlalu lama. Sebab itu ianya tidak boleh diambil sesuka hati, kecuali jika ianya adalah preskripsi doktor. 

Antara side effects ubat tersebut adalah ianya boleh meningkatkan kandungan gula dalam tubuh, boleh menjadi penyebab Diabetes Melitus Jenis 2, merendahkan sistem imun tubuh menjadikan kita mudah terkena jangkitan, penambahan berat badan, jerawat, ulser perut, tulang menjadi rapuh, insomnia, cataract, dan macam-macam lagilah. Jadi ianya perlu diambil di bawah pengawasan. Jangan suka-suka hati ambil okay!! Sebab aku ada baca banyak pengalaman senior aku yang jumpa patient makan ubat ini dan mereka katakan ianya MAGIC. Hurm. Ingat, tak ada istilah ubat magik.

Aku tengok tak lama dulu ada trend penjualan health supplement yang kononnya boleh sembuhkan ini sembuhkan itu. Bila makan supplement tersebut, berat pun naik, pipi dah tembam. Dalam dunia perubatan, kita panggil MOON FACE, BUFFALO HUMP. Banyak sangat dah aku tengok. Yang sebenarnya, kebanyakan produk tersebut ada kandungan steroid di dalamnya sebab itu berat anda bertambah, pipi anda mengembung. Ya, memang ianya boleh mengurangkan radang tapi ianya ada side effects di mana penggunaannya perlulah di bawah pengawasan.

Steroid juga selalu disalahgunakan oleh atlet kerana sifatnya yang sama seperti testosteron dalam tubuh manusia. Tapi kita lupa kesannya boleh menaikkan tekanan darah, meningkatkan kolesterol dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Jadi selalulah beringat bila ambil supplement yang agak suspicious, lebih baik rujuk pada yang arif dulu, barulah boleh ambil supplement dengan tenang dan bahagia. 



Tapi yang sebenarnya, ubat paling ajaib adalah ubat yang dinamakan doa. Bila kita susah, bila kita lemah, bila kita sakit, bila kita takut, doa itu senjata utama kita. Ingat Allah selalu, tak kira susah atau senang, dan Allah akan juga selalu bersama kita, tak kira susah atau senang.

Okay, dah panjang dah bebel. Jaga diri semua. Jaga kesihatan. Assalamualaikum.
:)


Ulasan

Yg Disini berkata…
Tidur yg cukup juga satu rawatan / terapi untuk orang yg sakit. Tidur di waktu malam ya bukan di siang hari :p

" Semoga cepat sembuh "
Unknown berkata…
Salam doc..sy nk tye cmne nk.elkkan sde effect prednisolne sbb sy trpksa amik ubt ni 30 mg pet day utk stu blan..ats nsihat pkar dermatho hukm.sdgkn sy dh amik ubt anti hstamine sprt piriton..levoctrizn(xyzal)..ranitdne..smuanye maximun dose.slain tu sy amik clecoxib 400mg per day dh 7 blan.Msalh sy skun sy skit chronic abdominal pain serta multiples drug allrgy trmsuk alrgy smua antibiotk..sy akn mrsa skit pert 24 jam walpn dh amik ubt anglsic spt clecoxib sbb nsaid n anglsc lain hmpir smua sy alrgc.utk pgthuan doc dh 2 kli sy admmted in icu..skli intubate n 2 kli dh cpr serta koma.Apa pndpt doc utk msalah sy ni? Tq..
yasmin berkata…
@izzy raizzy predisolone 30mg? mcm tinggi ja dos tu huhu.. 5mg pn da kira kuat sgt.. bengkak2, rasa nk pitam klo mkn bleh ilang serta merta. daripada tengah sakit td then bleh gelak n buat kerja mcm biasa balik.
@izzy raizzy Salam Izzy. Nak ikutkan saya bukanlah tempat terbaik nak dirujuk sebab saya cuma doktor junior je. Huhu. Tapi saya bolehlah bagi pandangan sikit-sikit mana yang saya tahu yang saya belajar.

Selalunya kalau ambil pred sampai 30mg ni ada problem autoimmune, masalah kulit dan sebagainya. Dose yang selalu doktor akan bagi dalam range 5 - 30 mg. So dalam kes awak ni mungkin memang memerlukan 30mg atas sebab masalah dermato awak. Sebab kadang anti histamine dah tak mampu nak bantu. So pred boleh tolong kurangkan radang dan gatal-gatal tu.

Chronic abdominal pain tu boleh jadi sebab awak ambil celecoxib tu untuk jangka masa lama. Sebab salah satu side effect nsaids dia boleh sebabkan ulcer perut but not so serious compare kalau ambil analgesic lain. Maksud saya celecoxib ni lebih better sikit compare dengan nsaid lain.

Untuk masalah pain awak, nsaids, allergy sebab ubat, seeloknya awak refer pada Pain Specialist sebab mereka lebih arif tentang tu dan mungkin boleh suggestkan apa yang terbaik.

Prednisolone dalam dos yang tinggi ni pun selalunya ada cara makan dia kan? Sebab dia tak boleh mendadak makan banyak atau berhenti tiba-tiba sebaliknya kena kurangkan dos perlahan-lahan atau naikkan slowly. Sebab pred pun ada side effect dia. Saya tak pasti sebab utama awak masuk ICU sebab awak tak sebutkannya.

Samada tekanan darah jadi terlalu tinggi kerana prednisolone atau tak saya tak berani nak cakap. Tapi apa yang penting, awak kena bincang dengan pakar awak dan ikut cara yang betul untuk makan ubatan awak.

Maaflah sebab tak banyak yang saya boleh bantu. :)
Unknown berkata…
Salam doc. Sy nak tanye. Kandungan ubat jenis mcm ni boleh dimakan x sekiranya pesakit itu mengalami cacar air @ herpes shingles? memandangkan ianya boleh sembuhkan penyakit allergic tp ianya tiada dlm preskripsi oleh doc. Mohon pencerahan. Terima kasih kerana membantu.
@Mastura Rusli Salam. Saya ni bukanlah arif sangat sebab sekadar junior doktor je, masih setahun jagung. Tapi selalu kalau shingles ni memang kita bagi ubat gatal, ubat antivirus dan kadang2 ubat sapu.

Ada juga sesetengah doktor yang saya pernah baca dalam artikel mereka, bagi prednisolone. Tapi tak boleh untuk jangka masa lamalah sebab ubat ni akan merendahkan lagi antibodi kita. Cukup untuk 3 ke 5 hari, just untuk kurangkan radang dan sakit. Sebab kalau sistem imun tubuh badan makin rendah, makin susah pulak nak bunuh kumannya.

Boleh cuba tanya pandangan doktor yang lebih pakar dan senior sebab ini sekadar apa yang saya tahu dari ilmu saya yang sedikit. Harap membantu.

Take care. :)
ain berkata…
Assalamyalaikum dr.nk tnye..klu mcm sy ada sinusitis.dr oder tab prednisolone 1biji 3x sehari.dia soh mkn smpai abis 20biji.klu lps 2 ari mkn mslh gatal mata hidung n tekak dh xde blh brenti trs x?ke kne abiskn jgn mcm antibiotik tu?
@ain Waalaikumsalam ain. First of all again saya nak cakap saya just junior doktor. Saya bolehlah beritahu setakat apa yang saya tahu. Heeee.

Kalau ikut dose yang awak makan ni tak tinggi sangat, kalau rasa dah okay boleh je stop. Selalunya prednisolone ni dose dia kena monitor dan kurangkan perlahan-lahan kalau awak makan dalam dose yang agak tinggi, sebab dia ada side effects kan.

Tapi kalau awak rasa nak kurangkan slow-slow, sebelum ni ambil 3 kali sehari kan, boleh kurangkan jadi sehari sekali. Lepas 2 / 3 hari boleh stop terus. Tapi kalau berhenti terus pun tak ada masalah selalunya.

Apa pun, kalau was-was boleh rujuk balik doktor awak tu sebab dia lebih berpengalaman. Soalan awak ni saya rujuk juga pada kawan saya yang kerja di klinik kesihatan, dia pun bagi pendapat yang sama.

Take care. :)
Unknown berkata…
Salam. .sy amek pred ni 60mg sehari/12 biji.....sbb sy ade SLE...mmg kaw2 klu mkn 60mg....nk buat camna...huhu..susah nk tundukkn antobodi terlbh aktif ni...
@cho sweetie Waalaikumsalam. Memang SLE dos dia lebih tinggi, sebab antobodi tunggang langgang kan. But it helps kan? It's just that side effects dia je. Hmmm. Anyway, do take care ya. :)
Unknown berkata…
Doktor nk tny....dr sya start ambil pred 12 pastu 8 biji 6 biji n skrg 4 biji bp sy sentiasa 140/102 keatas.kadang2 pnh smpi 170/112...adakah sepanjang sy guna pred spnjg hayat bp sy akan naik smpi camtu sekali? kesan sementara atau kekal begitu??? Sy risau....sebab kebanyakan rasan senasib sy bp normal walaupun nkn pred 8-2 biji...
@cho sweetie Saya jelaskan yang mana saya mampu ya. Macam awak tahu, SLE ni penyakit yang involve multisistem. Maknanya dia bukan saja effect antibodi kita, tapi juga sistem / organ lain dalam badan kita. Contoh macam usus, jantung, darah, kulit, mata, saraf, sendi, buah pinggang.

So lain-lain pesakit, lain manifestasi dia. Ada pesakit SLE mungkin dah start ada problem mata, ada yang tak. So penyebab darah tinggi ni bukan saja prednisolone yang awak makan, dia mungkin juga sebab penyakit SLE itu sendiri. Contoh macam kalau dah mula involve buah pinggang, ianya pun boleh sebabkan tekanan darah kita naik. So kadang-kadang mungkin bukan sebab ubat itu tapi sebab lain. Cause there are many causes of hypertension.

Itu antara apa yang saya tahulah. Heee. :)
@cho sweetie Oh ya, kalau awak nak tahu dan baca lebih lagi, mungkin awak boleh tengok pasal LUPUS NEPHRITIS. Salah satu simptom dia, hypertension.
Unknown berkata…
Yup.....sy skrg dh susah sgt nk mengingat.....walaupun pakai speck tp kabur.... bp macam biasalah sentiasa high...buah pinggang stkt ni alhamdulillah ok....jantung laju....pulse pon 100 lebih keatas...doc ckp sbb ubat... sbb doc ckp sy mmg lambat laun kene hypertension tp xlah secepat ni...untuk makluman doktor sy beru disahkan sle dlm 2 bulan lbh kurang...
Unknown berkata…
Tp yg peliknya kaki x bengkak....cuma proteinuria jela 2+..skrg dh negatif...doc bg ubat anti depressed katanya sy stress fikirkan pasal sakit tu..tido mmg lena x sedar tp bgn tido 170 keatas...
@cho sweetie SLE ni penyakit yang unik, dynamic. Dia ada banyak sisi dia. Ada satu tempoh penyakit tu aktif, ada satu tempoh dia pasif, tak ada simptom apa sangat. InsyaALLAH, makan ubat, jangan stress, penyakit tu dapat kita kawal.

Awal-awal masa dapat tahu memang macam-macam ada dalam fikiran, cuba kenal kawan-kawan yang ada pengalaman sama, share stories, it helps. Ini pun saya dengar dari kawan-kawan saya yang ada SLE juga. :)
Unknown berkata…
Skrg sy warded icu..radang paru2 balik dan radang otot jantung...huhu...tp mlm2 tido oksiden drop smpi 88-89...kena guna bntuan oksigen..esom bru nk buat pulmonari angiogram...huhu...
Unknown berkata…
Salam doc.prednisolone 5mg ni kuat ke? Sy ad mslh saraf disbbkn oleh oprtion.saraf muka.biasanya bleh smbuh ke?
@Era Izatie Waalaikumsalam. Prednisolone 5 mg ni tak kuat sangat. Ada ramai pesakit kronik yang makan dos lebih tinggi dari ini. Saya tak dapat nak cakap boleh sembuh ke tidak, sebab kecederaan saraf muka tu saya tak pasti berapa teruk. Saraf nak sembuh ni depends pada tahap kecederaan dia. Jadi mungkin awak boleh tanyakan pada pakar awak. Saya sendiri tak adalah pakar sangat, cuma doktor muda saja. Saya boleh share setakat yang saya tahu saja. Anyway, cepat sembuh ya. :)
Tanpa Nama berkata…
salam..dr..sy nk tnye..sblom ni sy ade mngambil ubat prednisolone yg diberi doc disebabkn bell palsy..dan slepas sy mnghbiskn ubat trsebut..wajah sy membulat(moon face) hehe...tp jerawat naik dgn byk di muka dan juga dileher...adakah disebabkn kesan ubat steroid itu..tq
@ ANONYMOUS

Memang long term of steroid usage akan menyebabkan moon face dan keluar acne. But slowly after you stop the medication, selalunya akan hilang. :)
Tanpa Nama berkata…
tp sy dah stop mngambil ubat prednisolone(steroid) sbb da habis...tp dekat sebulan lebih jerawat di leher sy tdak brhnti timbul..adakah mmg makan masa untuk ianya stop effect pada tbuh kita?tq
Tanpa Nama berkata…
sy kena pyakit gatal2.. doc bg ubat pred ni mkn 30mg.. hrp sembuhlh
Tanpa Nama berkata…
Sy pun sama kulit gatal2 n doc bg 30mg/day...tp bila baca side effect steroid,sy jd tkut nak mkn..buntu sangat..harap dr bley bg idea...#lola
@ ANONYMOUS

Seeloknya makan ikut aturan yang dah ditetapkan, then it won't be a problem. Atau, makan bila rasa perlu saja, gatal teramat sangat ke. Saya pun ada problem kulit gatal, steroid ambil bila perlu saja. Tapi, saya makan ubat anti histamine macam loratadine bila keluar gatal-gatal. Saya sapu lotion / cream. Semua itu membantu juga. And of course, pemakanan pun kena jaga. Alhamdulillah, problem gatal2 saya pun makin terkawal. :)
salam doctor. now almost 3 weeks saya stop makan prednisolone due to bells palsy. memang pimples akan naik di badan ke?
@Mrs Spongebob Squarepant Waalaikumsalam. Terlebhih dahulu saya nak mohon maaflah, saya bukanlah pakar sangat dalam bidang ini, cuma doktor pelatih saja. Kuli saja. Tapi mengikut ilmu yang tak seberapa yang saya ada ini, selalunya dos prednisolone akan dikurangkan secara berperingkat dan bukan berhenti serta merta. Ini untuk kurangkan side effect selepas berhenti mengambil ubat tersebut. Salah satu side effect adalah acne (jerawat) tak kiralah pada muka atau badan.

Memang ada kes-kes seperti saudara yang mengalami steroid withdrawal, dan ianya bergantung pada individu sebenarnya. Ada yang sekejap saja dah atasi fasa withdrawal, ada yang ambil masa beberapa bulan. Cuba saudara ke klinik / hospital, selalunya untuk masalah acne ini doktor akan berikan krim.

Saya harap ini membantu. Sebab seperti saya katakan, saya bukanlah pakar. Kalau saudara nak rasa lebih yakin, boleh rujuk pada doktor yang lebih banyak pengalaman. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?