Travel Down Memory Lane

Assalamualaikum.

It's 5 in the morning. And this sleeping beauty can't seems to close her eyes even though how much efforts are being poured into it. Despite the course of antibiotics, my sore throat seems getting worse. I can't drink, I can't eat, I can't even talk as much as I want to. Noted multiple ulcers over the throat after doing self examination. I guess that's the main culprit behind all this. Satu persatu nikmat ditarik. Perlu bersabar dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan pada kita.

Bila dah tak boleh nak lelapkan sepasang mata ini, aku beleklah album-album lama yang ada. Orang kata travelling down memory lane. Aku paling suka belek gambar zaman sekolah rendah. Tahun 1994 aku jejakkan kaki ke darjah satu SRK Tukau, Miri. Aku ingat lagi waktu itu aku dan jiran aku, kami sebaya, masuk darjah satu. Satu dunia yang baru. Bertambah baru bila diri sendiri adalah satu-satunya Melayu dalam lautan rakan kelas yang semuanya berbangsa Cina.

Aku perhatikan semuanya menangis sambil berpaut pada ibu dan ayah. Aku tak sempat pun nak berpaut ke nak menangis ke, cuma kagum dengan dunia sekeliling yang memang asing pada aku. Pandang kiri pandang kanan, semuanya bermata sepet dan berkulit cerah. Tengok tangan sendiri, gelapnya aku! Haha. Fikiran budak darjah satu, begitulah. 


Sejak dari darjah satu sampailah ke darjah enam, dunia sekolah rendak aku penuh dengan semangat ibarat orang nak pergi berperang. Semuanya adalah sebuah pertandingan. Dan aku tak suka kalah. Dari sekecil-kecil menghafal sifir 1 sampai 12 ketika darjah 2, sampailah saat menunggu keputusan UPSR, siapa yang berjaya mendapat 7A. Sebab itu aku suka travelling down memory lane sekolah rendah. Zaman itu adalah zaman di mana aku bina diri aku menjadi aku.

Bila belek gambar, dalam ingatan dah tentulah teringat cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita. Ya tak? Aku pun apa lagi, aku search semua nama yang ada dalam ingatan aku di Facebook. Mana tahu, untung-untung ketemu semula. Tak sia-sia pencarian aku, aku dah pun berjaya add 8 orang guru ketika aku bersekolah rendah dulu. Dalam pada itu, ada juga aku terdengar cerita beberapa orang guru aku, ada yang telah meninggal dunia. Semoga bersemadi dengan tenang cikgu-cikguku. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari proses pembesaran dan pembelajaran aku.


Paling gembira dan seronok dah tentulah bila cikgu kita masih lagi ingat tentang kita, biarpun dah berbelas tahun ianya berlalu. Itulah satu keajaiban tentang kenangan. Sekarang, aku sudah pun berusia 26 tahun. Aku mahu, di saat usia aku 46 tahun nanti, seperti sekarang, aku mampu kenang semula insan-insan yang datang dalam hidup aku, yang bantu aku kenal makna sahabat, makna kasih, makna sayang, makna cinta.

Insan-insan seperti kamu-kamu semua.
Salam Subuh. Selamat pagi. Assalamualaikum.


Ulasan

Time Traveller berkata…
biasa lah tu.. zaman kanak dan remaja adalah yang paling terbaik.. banyak memory yg indah..

hayati lah selagi ia boelh di hayati :D
shamyheart berkata…
best kan zaman kanak2 dulu
@Time Traveller Sentiasa menghayati. Nak jumpa macam yang encik Pengembara Masa dan rakan-rakan sekolah rendah buat, saya tak mampu. Maklumlah nun ke Sarawak sana. Jadi, mampu untuk kenang dan hayati saja.

Sekarang ni remaja lagi tak? Haha. :p
Time Traveller berkata…
sekarang ni still remaje la hahaha :P
eh sebaya ek? hehehe.. dah tahu huhuu.. :D
tapi kalau u wat reunion mesti lagi gempak sebab sarawak tu :D
azuan berkata…
gambar first..kat blakng bawah pokok ada sorang budak..seram kot tengok..haha
@azuan Huhu. Komen kau dari dulu tahun 2009 sampailah sekarang, memang lain dari yang lain. Huhu.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?