Ingatan Tulus Ikhlas

Assalamualaikum.

Lama dah abaikan Cahaya Yang Riang Gembira. Sibuk sangat dengan anak nombor dua. Mana tidaknya. Minggu ini dah masuk minggu kedua kita beraya, tak puas lagi merasa kenikmatan makan makanan yang enak-enak. Angkara tekak yang semakin teruk sampai demam berhari-hari, hilang satu nikmat rasa. Mampu tengok saja orang jamu perut dengan makanan yang enak dan menyelerakan.

Dan hari ini juga, aku tak sangka ada kad raya yang sampai untukku. The one and only kad raya untuk aku di tahun 2013. Rasa bersalah. Yang amat untuk si pengirim ini. Pengirim yang tak lupa untuk hantar kad raya sebagai tanda ingatan sama seperti tahun yang sudah.

Maaf, dan terima kasih.  



Betul sangat apa orang kata. Kita duduk sibuk ingat orang yang belum tentu-tentu ingat dekat kita, tapi kita tak sedar, tak nampak ada orang lain yang masih selalu ingat dekat kita.

Apalah beza diri sendiri yang mengeluh dan berkecil hati bila orang lain macam acuh tak acuh, dan tak kisah pun dengan ingatan kita pada dia. Sedangkan orang lain juga mungkin mengeluh dan berkecil hati atas sikap acuh tak acuh diri ini. Itu orang kata, kita dapat balik apa yang kita buat pada orang.

Maaf, dan terima kasih. Maaf atas kealpaan diri kerana lupa untuk berterima kasih. Terima kasih kerana selalu menjadi "Yang Di Sini" dalam dunia maya Cahaya Yang Riang Gembira.

Selamat malam semua. Assalamualaikum.
  

Ulasan

Adziim berkata…
Bersyukur dengan orang yang selalu ingat pada kita.
Time Traveller berkata…
Selamat HAri Raya Aidilfitri..
Best la ada juga orang yg ingat and dapat lagi kad raya :D
Kesakitan tu ujian sebelum mndaoat kegembiraan je ..
Salam kenal dari saya.. :D
@Time Traveller Betul. Ingatan itu sendiri sebenarnya dah cukup bernilai. Salam Aidilfitri. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?