Salasilah Cahaya Yang Riang Gembira

Assalamualaikum..

Salam Jumaat untuk semua.. Lama si ungu ini terabai.. Minggu-minggu yang mendera jiwa raga.. Hari-hari yang cukup tertekan dilalui.. Tapi masih terus bertahan, berdiri dan pegang pada sisa-sisa kesabaran yang masih ada.. Moga terus diberi kekuatan melalui hidup ini dan di akhir nanti ada perkhabaran dan kisah yang indah dan bahagia.. Amin.. =)

8hb Mac dah berlalu.. Genap sebulan selepas tarikh 8hb Februari 2012.. Ada apa dengan 8 Februari? Aku sendiri hampir terlupa, 2hb Mac tahun 2009, aku mula belajar apa itu blog, blogger, blogging dan segala macam lagi.. 3 tahun yang aku lalui ini berjalan dengan sangat pantas dan sekelip mata tapi masih tetap aku ingat setiap titik penting dalam perjalanan ini..

* * * * *


2009

Aku ingat lagi, pertama kali si ungu ini wujud, ianya berwarna merah jambu.. Cahaya Yang Riang Gembira juga masih belum wujud.. Macam-macam nama aku bubuh, aku ubah bila aku rasa tak sedap disebut, yang penting nama-nama blog aku ketika itu ada perkataan "JOURNEY" dan "LOVE".. Haih.. Dari dulu rupanya tak lekang dengan love.. Padanlah dapat gelaran Doktor Cinta Luar Biasa (tapi dah bersara).. =p

Mulanya kehidupan blogging aku, memang suci, memang naif dan memang bosan sedikit.. Aku tulis apa yang aku mahu tulis.. Blog ketika itu ibarat diari.. Tiada pembaca, tiada pengomen, apa pun tiada.. Cuma ada aku, kawan-kawan dunia realiti aku dan blog.. Masa yang berlalu, kenalan maya mula bertambah.. Dari satu menjadi dua, dari dua bertambah dan terus berkembang rangkaian sahabat maya aku.. Ketika itu, blog pun dah mula ada pembaca, ada pengomen.. Jujur kata, memang seronok perasaan itu bila apa yang kita tulis dapat kita kongsikan.. Mulai saat itu, corak penulisan aku pun aku ubah sedikit demi sedikit..

Zaman itu, tag, award sangat popular.. Memang tak menang tangan nak tulis entry.. Tapi sekarang? Nampak bayang satu entry dalam satu minggu pun payah.. Kan? Heh.. Antara blogger yang aku kenal mula berblog pada tahun yang sama macam Joegrimjow, Miss Lolly, Puteri Biru dan ramai lagi sebenarnya.. Blogger yang sangat popular zaman itu Kapten Luffy of course.. Rasa macam kita duduk bawah, merenung dia yang di atas dengan penulisannya yang cukup disukai ramai.. Tahun ini juga, sekitar bulan April aku mula mengenali seorang blogger yang aku gelar Azri Sekandar, yang bagi erti besar dalam hidup aku sebagai seorang blogger juga sebagai seorang manusia..


2010

Tahun 2010 boleh dikatakan tahun kemuncak dalam hidup aku sebagai seorang blogger.. Aku merasa hampir kesemua perasaan pada tahun ini.. Gembira, sedih, berdebar-debar, marah, dan macam-macam lagi.. Awal tahun 2010, Januari dan Februari itu memang langsung tak memberangsangkan.. Satu konflik agak besar juga aku lalui dalam dunia blog dengan 2, 3 orang insan-insan yang berlegar di dunia yang sama.. Alhamdulillah, perkara itu selesai dengan baik dan sampai sekarang, masih lagi bersahabat dengan mereka.. 

Tahun ini juga menyaksikan kali pertama aku cashout "gaji" aku hasil "bekerja" dengan Nuffnang.. Tak adalah banyak mana tapi sangat bersyukur.. Aku mula daftar Nuffnang bulan April 2009, dan setahun selepas itu, April 2010 barulah aku cashout untuk kali pertama.. Jika nak bicara menjana duit melalui blog, aku pasti aku bukan orang yang sesuai untuk membicarakannya.. Kalau menjana kepuasaan dan mengeratkan silaturahim melalui blog, bolehlah aku kongsi sikit-sikit..

Awal tahun 2010 juga, perasaan berbunga sempat singgah dalam hati aku walaupun sekejap.. Jujur aku kata, aku ingat tahun itu aku dah boleh mula planning untuk masa depan dan settle down sebab aku fikirkan aku dah jumpa "the other half" yang orang selalu duduk sebut.. Seorang blogger yang aku kenal dari 2009 lagi.. Dari dunia maya ke dunia realiti.. Pertemuan kami ditemani sahabat baik dan ahli keluarga.. Tapi rupanya, bahagia itu belum lagi nak jadi milik aku.. Mungkin aku yang terlalu pantas mengorak langkah sampai nun ke depan sana.. Perasaan berbunga itu berganti dengan duka lara.. Sedih, memang sedih.. Tapi, hidup perlu diteruskan.. Yang pahit yang kelat kita jadikan pengalaman masa depan.. Yang manis kita jadikan saja ianya satu kenangan.. Sejak dari itu, aku jarakkan diri jauh-jauh dengan soal hati, cinta dan perasaan yang melibatkan orang-orang dunia maya.. Takut sebenarnya..

Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang rapat sebab hadirnya mereka, perlahan-lahan, aku lupakan semua kesedihan yang ada.. Aku mula bertemu dengan rakan-rakan blogger pada tahun ini.. Sesi berbuka puasa yang cukup indah dan akan kekal terpahat dalam kenangan hidup aku sebagai seorang blogger.. Seronok! =)


Tahun 2010 memang tahun happening.. Tahun ini juga tahun yang mana aku melibatkan diri dalam banyak contest.. Antaranya yang dianjurkan oleh Joegrimjow, Miss Lolly dan Jard The Great.. Lagi bertambah memorable sebab berjaya dapat tempat.. Warna-warninya dunia blog ini, memang meriahlah..

Ada lagi seorang insan yang hadir dalam dunia maya aku, yang bantu aku lupa kesedihan dan kejadian awal tahun 2010.. Sebenarnya, aku mula kenal dia sebagai rakan blogger dalam tahun 2009.. Kewujudannya dengan satu gelaran mula aku coretkan dalam entry bertarikh 16 April 2010.. Penyebab Senyuman Dalam Rahsia.. Apa pun, terima kasih si Penyebab Senyuman Dalam Rahsia..


2011

Perlahan-lahan aktiviti berblog aku jadi sedikit kurang berbanding 2010.. Mungkin tanggungjawab makin banyak.. Jarang juga ketemu blogger di tahun ini.. Dalam 2 atau 3 kali saja rasanya.. Tahun 2011, perkara besar yang perit berlaku dalam hidup aku, jadi ada satu masa aku memang abaikan langsung blog ini.. Tapi perlahan-lahan, aku bangkit dari jatuh.. Aku bawa sekali si ungu ini berjalan bersama aku, sama macam dulu.. Si ungu ini yang teman aku masa gembira, yang ada untuk aku masa aku sedih, yang cukup setia mendengar menadah telinga.. Blog boleh beri therapeutic effect.. Entah kenapa tapi itu apa yang aku rasakan.. Menulis meringankan beban berat yang anda galas, mengurangkan keserabutan yang anda alami..

Tapi tahun ini adalah tahun yang mana rezeki lebih sedikit dari tahun-tahun sudah.. Syukur Alhamdulillah, berjaya cashout Nuffnang 3 kali di tahun 2011.. Kali terakhir, Disember 2011.. Sepanjang 3 tahun bersama Nuffnang, tak adalah banyak mana pun, RM1000 pun tak cecah, sebab ini bukan blog popular pembaca cecah juta-juta tapi masih rasa gembira dengan apa yang aku dapat.. 

Hari lahir aku pada tahun ini juga, pertama kalinya aku dapat hadiah hari lahir dari blogger-blogger, terima kasih.. Cukup gembira.. Lagi satu yang menggembirakan aku, tahun 2011 ini, aku rasa (AKU RASALAH) aku makin mengenali Penyebab Senyuman Dalam Rahsia lebih sedikit dari tahun sudah.. Cuma makin kurang saja dapat dengar khabar berita.. Huhu..


2012

Dah masuk bulan Mac dah pun.. Tapi boleh dibilang entry yang aku tulis untuk tahun ini.. Mungkin sibuk menunaikan tanggungjawab, menangani stress-stress yang dialami.. Hidup makin kompleks.. Tapi ini bukan bermakna, THE END untuk perjalanan Cahaya Yang Riang Gembira.. Jika diizinkan Tuhan, ianya akan terus hidup selagi aku bernafas.. Walaupun tak sehebat coretan dulu kala, tapi aku akan pastikan ianya terus hidup dengan corat-coret kehidupan aku..

Terima kasih pada yang hadir sejak dari zaman awal aku berblog dan mungkin masih ada sampai sekarang.. Terima kasih pada yang suka pada coretan jemari ini.. Terima kasih pada yang setia berkunjung ke sini.. Terima kasih dan terima kasih yang tak terhingga.. Sayang anda-anda semua.. 

Panjang sungguh coret kali ini.. Puas dapat menulis panjang-panjang.. Lupa sebentar stress-stress dan keserabutan dalam kepala otak.. Masanya untuk sambung apa yang kita tinggalkan sebentar tadi.. Chaiyok Farhana..

Dear readers, thank you.. Deepest gratitude from the bottom of my heart.. Take care and have a great day ahead.. Enjoy your weekend.. Assalmualaikum..
=)

Ulasan

el berkata…
dik kalo sudi join lah GA akk nti eh

hehehe...
Azuan berkata…
aku pun dah rasa cam jarang update...hihii...
pal7 berkata…
semoga hana mendapat apa yang hana impikan dalam hidup..amin
@el Kalau ada kesempatan, saya cuba join ye Kak El. :D
@Azuan Semua orang workaholic. Tak sempat update selalu. Hihi. :p
@pal7 Terima kasih. Mudah-mudahan.
farhana berkata…
Baca entry ni diawali dengan senyuman, di tengahnya macam berair mata sikit bila baca kisah sedih Dr. I feel u my dear. Terima kasih juga kerana wujudkan blog ni. Banyak entry yg boleh dijadikan panduan, pedoman dan nasihat untuk saya. Terima kasih =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?