31 Mac Bukan 31 Januari | " Cahaya Yang Riang Gembira "


31 Mac Bukan 31 Januari

2 comments
Assalamualaikum..

* * * * *
Setiap kali memandang wajah kekasih hatinya itu, ada hiba yang menjalar. Dia tahu, walaupun Ekhmal tidak dapat membalas setiap apa yang dikatakan, lelaki itu masih boleh mendengar. Dan dia akan sentiasa bercerita pada Ekhmal supaya lelaki itu tidak rasa kesunyian. Dua minggu berlalu dan Ekhmal masih begitu. Tiada apa yang berubah.

"Ekhmal, cuba teka saya bawa apa hari ini?" tanya Irdina ketika dia sampai di bilik Ikhmal.

"Saya bawa sesuatu yang istimewa tau. Nah, cuba pegang." ujar Irdina lalu meletakkan sesuatu di tapak tangan Ekhmal. "Buah epal ini saya petik sendiri di Cameron Highlands. Okay, saya tipu. Sebenarnya saya beli dekat kedai di tingkat bawah. Yang istimewanya, saya dapat percuma sebiji. Jadi saya beri pada awak. Saya tahu awak suka makan epal merah kan?"

Senyap. Keadaan bilik itu hening.

Irdina tersenyum kelat. Tiba-tiba dirasakan dadanya sebak. Sangat perit apabila melihat orang yang dicintai terlantar begitu. Setitis air matanya gugur juga.

"Awak, bangunlah. Saya nak dengar suara awak. Saya nak awak usik saya, buat saya merajuk. Saya rindu awak, bangunlah.." rayu Irdina.

Sunyi. Masih tiada balasan dari Ekhmal.

Credit picture to THIS SITE

Akhirnya, selesai aku membaca Merah Cinta Epal. Semalaman aku membaca, melepaskan tekanan emosi yang mencengkam selama beberapa minggu ini. Tersenyum sendirian aku membaca petikan di atas, yang aku ambil dari Bab 43 novel coretan Ridha Reewani bertajuk Merah Cinta Epal. Teringat pada kenangan-kenangan dulu kala. Kenangan 31 Januari. =)

Tapi hari ini 31 Mac, bukan 31 Januari.


Well, have a great weekend everyone. Enjoy! Tolong doakan aku ya, dengan harapan aku akan dapat berita yang menggembirakan tak lama lagi. Take care readers. Assalamualaikum. 

2 Comments Here:

SyUhAdA berkata...

insyaAllah, smoga bjaya yer..

farhana berkata...

Best ya cerita tu?

Pasti doakan yg terbaik untuk kawan saya ni =)

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.