My Sun To Shine
Assalamualaikum..
Mata tak boleh nak lelap.. Debar dalam hati makin kuat.. Jujurnya, jauh di sudut hatiku, aku gerun, aku takut, aku bimbang akan kecewa lagi.. Buat ketiga kali.. Memang bukan sesuatu yang mudah saat jatuh kerana kecewa.. Aku takut untuk kecewakan diri sendiri, tak sanggup lagi kecewakan orang-orang yang aku sayang terutamanya mak dan abah..
Jujurnya juga, aku mahu gembira kali ini.. Aku tak ingin menangis lagi.. Aku mahu mak dan abah juga gembira kerana aku.. Aku terlalu ingin melihat mereka bahagia.. Terlalu!
Hanya mampu berserah dan berdoa dalam sujudku, jika ada rezeki yang Allah tentukan untuk aku kali ini, moga dipermudahkan segalanya.. Benar kata orang, kita tak tahu rezeki kita ada di mana tapi kita kena ingat, sesungguhnya rezeki itu ada di mana-mana.. Jika bukan kali pertama, atau kali kedua, mungkin kali ketiga.. Mudah-mudahan..
Doakan aku berjaya melaluinya kali ini.. Doakan juga agar aku selalu tenang dan tak berputus asa.. Doakan aku akan mampu tersenyum gembira bersama kedua orang tuaku pada hari, saat dan tika itu..
Selamat malam.. Assalamualaikum..
Ulasan
Saya doakan semua lancar, dan happy ending =)
Semua tak nak kecewa, sebab kecewa tu sakit.
Saya doakan pemilik nama yg sama mcm saya ni, tak rasa kecewa yg sama lagi, ameen =)