Misteri Kehilangan Cermin Mata Hitam Berjenama Prada

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Akhirnya selamat sampai ke Kuala Lumpur.. Dengar-dengar cerita akan balik lagi ke Melaka hujung minggu ini.. Eh, yeke? Kekeke.. Kita tengok dulu macam mana..

Tajuk bukan nak berlagak bukan nak riak, cuma nak imbas kembali misteri yang menyelubungi cermin mata hitam berjenama Prada milik aku yang aku cuma sempat pakai dalam 2 atau 3 bulan saja.. Masa tengah memandu di lebuh raya tadi, otak teringatkan tentang ini bila melalui kawasan yang mana aku pernah alami kemalangan kereta 2 tahun lalu.. Maklumlah, trafik agak perlahan, jadi aku sempat duduk dalam kereta sambil makan angin tengok pemandangan keliling..

Lebuh raya cukup sesak tadi terutama dari Pedas Linggi hinggalah ke Nilai.. Pertama sekali, mungkin sebab jumlah kereta yang agak banyak.. Keduanya, mungkin sebab ada banyak kemalangan berlaku tadi.. Kemalangan yang paling mengerikan tadi adalah sebuah lori besar yang marak terbakar.. Dari jauh aku tengok ada kepulan asap hitam yang tinggi dan gelap, bila dah sampai dekat, baru tahu ada sebuah lori terbakar di tepi jalan.. Bukan keseluruhan lori, cuma kepala lori saja terbakar.. Memang dahsyat.. Tidak pasti pula ada pemandu atau tidak di dalamnya.. Itu yang berlaku di susur keluar tol Ayer Keroh.. 

Manakala di Pedas Linggi pula, kereta bergerak memang slow.. Dalam hati aku dah dapat agak dah, mesti ada kemalangan depan sana.. Tepat sekali! Melepasi saja kawasan kemalangan itu, jalan raya terus jadi agak clear, dan kereta boleh meluncur laju.. Magik bukan? Itu dah jadi fenomena dari dulu lagi, kalau lebuh raya jam, depan sana pasti ada kemalangan dan bila lepas saja kawasan kemalangan, automatik perjalanan tadi yang semput-semput terus lancar.. Kekeke.. Perjalanan dari 2 jam, terus jadi 3 jam.. Penat-penat..


Ewah.. Buat liputan kemalangan dan trafik lebuh raya dalam blog pula ya.. Apa cerita cermin mata hitam tadi? Haha.. Okay okay.. Selepas saja kereta aku mengalami kemalangan di kawasan Pedas Linggi, tak sampai 5 minit ada 2 orang lelaki datang kepada aku dan memberikan pertolongan mengalihkan kereta aku yang berada di tengah jalan.. Tak sampai 5 minit yang seterusnya, datang seorang lelaki Melayu untuk tolong.. Mungkin sebab dia tengok aku keseorangan.. Dan dalam masa yang sama itu juga, satu truck tunda kereta datang entah dari mana.. Lelaki Melayu tadi bisik pada aku, "Bila masa entah kita panggil, tup tup datang dah.."

Well.. Itu lagi salah satu magik yang aku belajar sepanjang aku menjadi pengguna lebuh raya.. Magik yang mana jika anda mengalami kemalangan, belum sempat anda buat panggilan apa-apa, samada kepada pihak PLUS atau insurans, akan ada truck tunda kereta yang muncul tiba-tiba.. Magik magik! 

Dan selepas selesai aku berurusan dengan PLUS, pihak insurans, bincang dengan ayah aku menerusi telefon sambil diprovoke oleh orang-orang yang nak tunda kereta, akhirnya aku serahkan kereta itu untuk dihantar ke sebuah bengkel di Seremban.. Sebelum itu aku keluarkan mana-mana barang yang patut, tapi aku terlupakan cermin mata hitam yang elok terletak di atas dashboard kereta..



Cermin mata hitam itu sikit lebih kurang macam ini.. Dan ditepinya terukir perkataan PRADA.. Sungguh aku terlupa untuk mengambilnya.. Selepas 2 minggu, ayah aku ke bengkel dan membawa kereta itu pulang ke Melaka.. Aku menggunakan kereta itu semula seperti biasa.. Ajaibnya, cermin mata hitam berjenama Prada itu telah hilang dari atas dashboard.. Puas aku selongkar dalam kereta, aku tanya pada mak dan abah, tapi ianya lesap begitu saja..

Haih.. Lain kali aku patut tampal dekat cermin mata itu tulisan sebesar alam "MADE IN GERBANG MALAM IPOH" dengan price tag masih tergantung "RM 10"..

Serious aku sayang dia yang bernama Prada.. Sebab aku beli dengan sahabat-sahabat tercinta aku, kami semua beli seorang satu.. Haih.. Kenangan kot walaupun cuma ringgit Malaysia 10.. Tsk tsk.. Sampai sekarang, aku jarang nak pakai shades dah.. Ada satu aku beli tapi cuma duduk saja atas dashboard jadi perhiasan..

Kesimpulannya, kalau kereta kena tunda, angkutlah semua apa yang boleh diangkut dari dalam kereta.. Okay.. Sekian ceritera kita di malam hari sebelum masuk tidur.. Take care.. Selamat memulakan kerja untuk mereka yang dah 4 hari cuti.. Jangan malas-malas okay.. Assalamualaikum..

Ulasan

Hazlin Nazri berkata…
kat gerbang malam je.. ingatkan kat JPO.. hahaha
mr.syazwan berkata…
kuat sungguh tekaan anda

hoho
1000savings berkata…
"MADE IN GERBANG MALAM IPOH" dengan price tag masih tergantung "RM 10"
...

hahaha... tercuit aku dengan coretan ko...
@1000savings Haha.. Thanx untuk komen ko.. Lama dah aku tak tercuit dengan komen dari readers.. Hehe.. Thanx banyak.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?