I Think I'm Cool. Do The Kids Think The Same Too?

Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk pengunjung sekalian alam.. Blog ini dah banyak sangat berupdatekan Wordless Wednesday dan entry sekarang semua pendek belaka which is so not me.. Alhamdulillah, datang keinginan untuk menulis di hari Jumaat ini.. Lupakan buku sekejaplah ya..

Mood hari ini nak cerita tentang aku dan kanak-kanak.. Pengalaman aku yang berusia 24 tahun ini dengan kanak-kanak yang rata-rata dalam lingkungan 12 tahun dan ke bawah.. Idea ini datang bila mana aku terjumpa coretan gambar di bawah ini..


- I LIKE SAYING HI TO RANDOM KIDS I DON'T KNOW.. I'M COOL LIKE THAT -

Inilah salah satu sifat aku sebenarnya, yang memang susah aku nak kikis semenjak dulu lagi.. Aku pantang jumpa kanak-kanak lalu depan mata, tak kisahlah samada aku kenal atau tidak, aku di tempat terbuka ataupun tempat tertutup sekalipun, memang siaplah mereka semua.. Muahaha.. Mula-mula aku pandang, bila mereka pandang balik, aku akan angkat kening dan mengelipkan mata berkali-kali.. Ini adalah supaya perhatian mereka dapat aku tarik dan mereka akan fokus pada aku saja.. Dan bila attention mereka telah di'grab', mulalah sesi berdialog..

"Hai adik.." - suara comel
"Haaaa.. Buat apa tu?" - suara menyergah
"Xiao di di.. Xiao mei mei.." suara yang lagi comel
"Mak mana dik?" - suara sambil lewa, pura-pura jalan dan tak memandang mereka
" (tiada suara cuma suwit suwit) " - tahap malas nak bercakap tapi nak kacau juga

Ini adalah kisah benar sebenar-benarnya ya.. Bukan rekaan semata.. Teman-teman serumah aku dulu memang cukup memahami aku bila bab-bab begini.. Mereka pun tahu kegilaan aku yang satu ini.. Sampai satu hari, kami bertiga baru pulang dari kolej dan menaiki kereta.. Aku duduk seat belakang.. Masuk di kawasan taman perumahan kami, aku nampak 3 orang budak lelaki menaiki basikal.. Keh keh keh.. Siaplah korang.. Aku apa lagi, jengulkan kepala dan melambai pada mereka.. Sambil berkata "Hai adik"

Tanpa disangka-sangka, mereka bertiga mengejar dengan menaiki basikal.. Seriously, aku amat takut ketika itu dan aku jerit pada housemate aku supaya pecut kereta dan aku bersembunyi di belakang.. Haha.. Bila ingatkan balik, memang nak gelak.. Teman-teman serumah aku memang cukup suka mempermainkan aku dengan mengingati semula kisah itu.. Aku memang ketakutan gila saat itu.. Pergh!! Luruh jantung..



Tapi aku tak pernah serik, tiap kali aku memandu, kalau nampak ada kanak-kanak, aku akan perlahankan kereta ataupun berhenti terus.. Sambil melambaikan tangan dan buat muka comel.. Susahlah nak dapat respon positif di mana mereka akan kembali senyum kepada anda.. Selalunya mereka akan lari, palingkan muka dan yang paling hebat sekali aku pernah alami, kena jeling.. Pergh!! Jelingan tajam menusuk ke jiwa betul.. =p

BAGUSLAH.. INI BERMAKNA PESAN IBU BAPA, "DON'T TALK TO STRANGERS" ITU BERKESAN.. PADAN MUKA AKU!!

Tabiat ini aku rasakan akan berterusan sampai bila-bila walaupun aku dah tua rasanya.. Sebabnya aku rasa aku macam cool.. LOL! But, do the kids think I'm cool too? Haha.. Apa pun, ceria-ceria dan senyum-senyumlah selalu, anda pun akan rasa bahagia dan awet muda sentiasa.. Kanak-kanak adalah sumber kebahagiaan juga okay.. =)

Have a great day ahead peeps.. Take care.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Motif gambar YoSeob (Beast)? Sebab aku rasa beliau adalah "kanak-kanak" comel yang kalau boleh aku takkan lepaskan peluang untuk usik.. Haha.. =p

Ulasan

joegrimjow berkata…
budak2 suka org tua sbb nak pancing beli mainan
cayelah
Hime berkata…
tidak!!!! my Seobie!! jgn culik dia.hehe
mr.syazwan berkata…
nnt kahwin buat ank ramai2 ye

hahaha

=_=
farhana berkata…
Sy pun suka jugak usik budak2 tp xde la sampai jenguk kepala keluar dr kereta =P

Yesoub super duper comel woh! Fall in luv in 1st sight =)
ch!natsu berkata…
chin xrs farhana cool bila wat cmtue but yet u damn so c0meeellll~~~ hehehe.. :)
amirulfaiz berkata…
Sejak ada anak sendiri, saya lebih suka kanak-kanak. :D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?