Don't Mad At Me.. I'm Just A Sleeping Beauty..

Assalamualaikum.. Salam malam Sabtu semua.. Ewah.. Seronok dan beronok-ronok ya semua orang.. Mentang-mentang hujung minggu.. Aku di sini masih belum mampu berseronok, masih dalam peperangan yang belum berkesudahan.. Moga perang kali ini, kemenangan buat aku.. Amin..

Sekarang adalah waktu merehatkan minda, jadinya aku nak ambil peluang ini untuk tulis sesuatu.. Nak cerita sikit pengalaman aku selama beberapa bulan duduk sebilik dengan kakak berdua, roommates aku yang sempoi dan kebaboom.. Hoho..

Ini kisah aku dan tabiat aku.. Kalau kecil-kecil dulu aku ada tabiat berjalan dalam tidur.. Sampai umur 7 atau 8 tahun juga tak silap.. Tempat atau port kegemaran aku untuk sleepwalking adalah bilik air.. Aku akan duduk atas jamban dan sambung tidur.. Ada juga waktu aku akan keluar dan tidur di balkoni.. Macam-macam port, tapi tak sampai tahap keluar rumah dan pergi rumah jiran ke, tidur atas jalan raya ke.. Abah dan mak yang beritahu.. Selalunya abah dan mak memang akan perasan aku sleepwalking ke bilik air atau ke balkoni, merekalah tukang mendukung atau tukang kejut anak mereka yang comel ini..



Al kisah si Sleeping Beauty ini, waktu kecil sleepwalking, bila besar pesen lain pula tabiat tidur dia.. Haih.. Pelik-pelik.. Ini pun menurut cerita-cerita orang yang tidur di sekeliling aku.. Rasanya dulu macam aku pernah cerita, macam mana tengah-tengah tidur, aku buka mata, usap-usap bahu teman tidur aku dan senyum lebar.. Memang aku tak ingat langsunglah insiden tu.. Mana nak ingat, tidur kot..

Dan lagi satu tabiat aku yang memang boleh kata saban malam aku tak pernah miss nak buat.. Sampai orang keliling naik seram dengan aku.. Entahlah nak kata mengigau ke apa, tapi tiap kali tidur aku akan menghasilkan bunyi-bunyi pelik.. Kadang aku gelak ketawa.. Kadang aku buat "suara pelik".. Pernah sekali, adik aku kata aku merengek macam bayi tapi suara tu bukan suara aku.. Dan selepas itu, berkali-kali juga berlaku.. Mula-mula memang adik aku takut, tapi lama-lama dah naik lali.. Keh keh keh..

Yang peliknya, kadang aku sedar tidur aku mengeluarkan bunyi pelik, tapi aku tak dapat kawal.. Entahlah.. Payah nak terangkan.. Kadang dengar orang cerita balik, lawak pun ada, seram pun ada.. Mak aku siap bawa aku pergi berubat sebab hal berbunyi pelik dalam tidur hampir saban malam, tapi berbunyi juga.. Hoho..

CREDIT TO THIS SITE

Kasihan orang-orang yang tidur dengan aku, tak tahu nak gelak ke nak takut ke atau nak marah ke.. Aku pun hairan dengan diri aku, macam-macam dah buat sebelum tidur.. Tapi kalau nak kena, memang kena jugalah.. Entahlah bila akan hilang, dah dekat setahun dua juga simptom pesen gini.. Bila nak hilang???

Kepada mereka-mereka yang pernah "diganggu" saya, I'M SORRY.. DON'T MAD AT ME.. I'M JUST A SLEEPING BEAUTY.. Heee..
=p

Okay.. Sleeping beauty minta diri dulu.. Sampai jumpa lagi.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..

Ulasan

ch!natsu berkata…
omai.. chin pun ada sorang kwn cm farhana.. at first tot dia mengigau jer.. tp stiap kali tdo dia msti akn mcm trbgun n wat smthg.. tot dia dah bgn tdo.. rupenyer smbil tdo dia wat cmtue... huhu comel jer.. =)
@ch!natsu Haha.. Itulah dia.. Tapi tabiat yang bangun tetibe wat something tu lama dah tak buat.. Kalau tak dulu selalu je.. Ape pasal entah.. Haha..
encik pak we berkata…
Kalau dah kawin nanti lagi sweet. Husband plak tolong dukung bawa masuk bilik tidur balik ... kekekekek
farhana berkata…
Muahaha...kita ni bnyk persamaan la DR! =)
I pun mcm tu jugak. Tgh2 tidur tiba2 bangn nak cakap dgn org sebelah, padahal tak ingat pun apa yg dicakap.
Tapi...tak de la sampa sleepwalking..hee, bahaya tuuu =D

Jia you DR! U can do it!
Faaein Talip Roy berkata…
hehehe... macam-macam yer.. bahaya jugak tido sambil jalan..

nanti dah kahwin.. kena sentiasa dok ingatkan husband... jangan nanti dia terkejut je setiap malam.. huhuhu..
NoraChan berkata…
jarang sleep walking, tp selalu mimpi gi kencing kt toilet..tp sbenarnye kencing kt Tilam... hahahahhaha...
tp tu mse kanak2 je la.. skg x dah.. haha
black_mel berkata…
xpernah sleep walking..kalau sleep walking,umah kat johor sedar2 dah ada kat kl..how?hehe..
iman berkata…
huhu seb baik u tak tido sebelah i Dr, kalau tak mesti u sedar dh dok bawah katil.hikhikhik
H A N berkata…
hoho...serious scary!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?