Tua Sebelum Usia
Assalamualaikum..
Cuti weh.. Cuti.. 2 hari aku cuti sebelum memulakan semula perjuangan aku.. Hari ini disebabkan cuaca best, maka aku pilih untuk mengular saja di perbaringan sambil 2 episod RUNNING MAN.. Tengok variety show memang kena restrict sikit jumlah episod yang patut dan perlu ditonton, kalau tak memang melaratlah.. Aku pencen kejap drama Korea, fokus pada variety show saja.. Keh keh keh..
Eh.. Nak cerita pasal TUA SEBELUM USIA.. Bukan apa sangat pun, cuma aku memang pesen manusia yang cepat terasa tua walaupun umur aku baru 24 tahun.. Entahlah.. Aku ada perasaan, aku tua.. Makanya aku cenderung bahasakan diriku "KAKAK" kepada golongan yang lebih muda.. Walaupun satu tahun muda.. Kah kah kah.. Mesti ramai kata aku poyo, kakak bagai.. Iya tak? LOL!
Al kisah tua sebelum usia, aku dah puas bebel dan tulis leret-leret dekat FACEBOOK dan TWITTER.. Sekarang, giliran blog tersayang pula.. Hoho..
Dek kerana cuaca sejuk yang melanda Kuala Lumpur sekarang, melainkan kerap bangun pergi tandas waktu malam kerana terlalu sejuk, ada juga orang yang mengalami masalah lain.. Masalah yang aku nak story sekarang, dah tentu-tentu masalah akulah.. Takkan masalah jiran sebelah aku pula.. Heh.. Cuaca sejuk sekarang ini bikin aku mengalami KEKEJANGAN OTOT.. Aku sedari dulu memang ada masalah pesen gini, rasanya dari sekolah menengah lagi.. Dalam sebulan, akan kena attack sekali atau dua kali..
Aku baru tahu dari teman sebilik, nama lain yang orang gelar adalah SIMPUL BIAWAK atau TARIK MENGKARUNG.. Kebiasaannya, masalah kekejangan kaki pesen aku ni, orang mengandung yang kena.. Eh.. Aku tak termasuk dalam golongan itu ya.. Sebabnya aku dengar soseh orang, kerana kekurangan kalsium dalam darah.. Ibu mengandung memang perlu supply kalsium yang extra berbanding kita yang tak mengandung..
Selalunya akan kena waktu cuaca sejuk atau terlalu banyak dan jauh berjalan.. Itu kes akulah.. Bila tidur, atau tengah duduk rehat baik punya, kaki macam kena tarik dekat betis.. Urat macam bersimpul.. Sakitnya memang siapa yang kena saja faham perasaan yang dilalui.. Memang SAKIT GILA OKAY! Seolah rasa kaki tak ada.. Nak tegak tak boleh, nak bengkok tak boleh.. Kejang dan kejung.. Selalunya akan berlaku dalam 5 - 10 minit.. Tapi selepas itu, sakitnya masih berbaki.. Mahu sehari dua juga hilang.. Perit..
Pst! Ada yang kata, orang aktif, involve dalam sukan-sukan selalu kena.. Kah kah kah.. Aku tak aktif pun.. Cara nak atasinya atau kurangkannya? Aku pun tak pasti sangat sebab aku dari sekolah dulu kena sampai sekarang pun ada..
Apa yang aku jumpa dalam google, mereka nasihatkan minum susu banyak-banyak, makan pisang.. Haih! Tulang rapuh gamaknya.. Patut selalu terjatuh tergolek bila berjalan.. Tulang tak kuat rupanya.. Inilah tua sebelum usia ya anak-anak.. Hehe.. Bila time kena kejang, ada orang ajak urut kaki dengan minyak atau tolak tapak kaki ke dinding.. Tapi aku tak pasti mampu ke buat sebab sakit wo, gerak pun tak boleh kan..
TAPI TAPI TAPI!! Cara paling buat aku jealous, bila aku google, rata-rata yang kena simpul biawak, mereka akan menjerit lalu suami mereka terbangun lalu kaki yang sakit itu akan minta diurut.. Aaaa!! Aku nak juga!! Heh..
Sekian saja keluhan dan cerita aku untuk kali ini.. Sampai sini.. Jumpa lagi.. Jaga diri.. Sayang semua.. Assalamualaikum..
Ulasan
Ada gak kena. Tapi jarang sgt la. Bila kena, mmng ya ampunnnn...sakit! golek2 dibuatnya..
Awww, part suami bangn lalu mengurut kaki tu sgt sweeeetttt! Nak jugakkk...haha =)
jom kuar date ngn saya!
jom2!