"Aku Bukan Samseng" - @JohanAsari

Assalamualaikum.. Selamat hari Selasa untuk semua.. Merujuk pada tajuk kita di atas, entry ini dah tentu-tentunya ada kena mengena dengan Johan Ariff A'sari a.k.a Botak Juvana.. Jom tengok apa yang dah terjadi antara aku dan Mr. Johan.. Please! Jangan jealous okay.. =p

* * * * *

Tengahari itu, asrama Blok G dikejutkan dengan kedatangan seseorang yang penghuni-penghuninya tidak duga sama sekali.. Satu kejutan besar yang mampu memengsankan mereka.. Okay.. Ini palsu, tak adalah sampai pengsan..

Dalam khusyuk 3 gadis di bilik G001 menelaah dan membelek buku, pintu bilik mereka dikejutkan dengan ketukan bertalu yang kuat bagaikan mahu rebah pintu.. Kedengaran suara lelaki bernada agak garang di luar.. Masing-masing mencapai dan bersiap apa patut.. Pintu pun dibuka..

Masing-masing terlopong! Terkejut melihat siapa di depan mereka!


"Siapa nak ambil gambar dengan aku, cepat siap.." dengan nada garang lelaki itu bersuara..

Aku pun apa lagi.. Gila tak excited tengok siapa depan mata.. Haha.. Sambil tersengih aku pun memanggil lelaki itu, "Eh! Abang Samseng!"

Lelaki itu meluru datang depan aku sambil menjegilkan mata dan bercekak pinggang.. "Eh! Aku bukan samseng eh.. Nama aku Aril.. Eh budak ni, memang nak kena dengan aku.. Sedap mulut aje panggil aku samseng.. Abang tak apa lagilah.."

Aku hanya tergelak besar sambil berkata, "Wah! Abang Samseng dalam real life pun menjiwai watak eh.. Dahsyat betul.. Jadilah Johan Asari kejap, Aril garang sangatlah.."

"Dah dah.. Siap cepat.. Siapa-siapa nak ambil gambar dengan aku, cepat siap eh.. Aku nak pergi tandas kejap.." Lelaki bernama Aril itu pun berlalu pergi..

Balik saja dari tandas, aku orang pertama yang berdiri di sebelahnya dan kawan-kawan aku disuruh mengambil gambar.. Haish.. Apa yang aku ingat, memang senyum tak hengat dunialah masa tengah bergambar.. Berapa juta keping dan aksi yang entah macam-macam dah aku ambil.. Tiba-tiba Aril bersuara..

"Eh.. Takkan dia ni aje yang nak ambil gambar dengan aku? Dia ni sorang aje dah berapa banyak gambar.." sambil menjeling ke arah aku..

Aku sengih lebar dan berkata, "Dah saya aje dalam bilik ni yang minat Abang Samseng.. Kikiki.."

* * * * *

Kedengaran suara sayup-sayup sambil menggerakkan tubuh aku.. "Along! Along! Sembahyang Subuhlah.. Apa gelak-gelak dalam tidur ni.. Sengih-sengih.. Ish ish ish.."

Aku buka mata dan check telefon bimbit.. Hampa.. Tak ada pun gambar-gambar yang diambil tadi.. Dush dush.. MIMPI RUPANYA.. Abang Aril oh Abang Aril..


Ini mimpi yang aku alami 2 hari lepas.. Gila ke apa duduk mimpi #retismatacute macam Johan Asari.. Ini semua sebab penangan drama Cinta Elysa.. Aku rasa dah agak lama aku tak minat menonton drama bersiri Melayu macam apa yang aku alami dengan Cinta Elysa sekarang.. Haha.. Setia betul menunggu setiap minggu.. Jadinya, malam ini mari kita berjanji temu dengan Abang Samseng dan Elysa pukul 9 malam di TV3 ya.. Ecece.. Macam promote pula ya..

Okay.. Till here.. Until next entry.. Take care peeps.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hahaha..
lama gila dah akak sy tak tgk drama melayu kali terakhir pun tak ingt cerita apa..
hahaha
Cikgu Fonik berkata…
Salam,

O mimpi,,, hairan juga camna lelaki boleh datang blok pompuan sampai masuk dlm bilik :p,,, mimpi rupanya.
Tanpa Nama berkata…
makin lama dah makin best cerita ni... tak sabar nak tunggu mggu depan plak ~
Shahada Fauzi berkata…
amboi doc..siap termimpi2 tu..hehehe..

saye pun suka tgk drama ni sebab saya suka sangat tgk fasha walaupun ramai yg tak suka dia..tapi saya suka..^_^
mr.syazwan berkata…
aiyooo

penangan drma cinta eiysa ke??

ohh suka yg ganas2 ye

i like2


hahaha

best drama ni
Puteri Iqa Izyan berkata…
haha. terkono den. =P

tapi botak mmg tadek perasaan betul dlm cite tu. geram tgk. huhu

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?